Kenapa Mydin Berani Cabar Caprice Saman Mereka? Peguam Terkenal Kata “Lihat Ada Asas Fitnah Tak Di Situ”

Share

Kenapa Mydin berani cabar Caprice saman mereka? Peguam terkenal kata lihat ada asas fitnah tak di situ. Sejak semalam isu meminta maaf dan cabaran berlaku antara Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Ameer Ali Mydin dan Ariz Ramli atau disapa Caprice selepas satu kenyataan di twitter rasmi Mydin.

Ia bermula dari satu hantaran mereka yang menulis, “mula-mula ingat nak beli teh je, sekali terbeli cap dengan rice. Bila sampai rumah rasa tak perlu pun cap dengan rice tu. Nasib Mydin bagi pulangkan balik dalam tempoh 24 jam.”

Rentetan itu, Ariz Ramli telah meminta Mydin meminta maaf atau disaman RM30 juta dan hal saman ini telah disambut oleh pengarah urusannnya yang meminta agar pihak Caprice menghantar surat saman kepada mereka.

Hal saman ini turut menarik perhatian ramai termasuk peguam terkenal, Mahmud Jumaat yang bertindak sebagai peguam bela bagi kes Bella.

Dirinya telah menulis di fbnya bagi menjawab mengapa Mydin begitu berani mencabar Caprice untuk disaman. Dan inilah jawapannya dari sudut perundangan.

Soalan yang banyak saya terima adalah sama ada Caprice boleh tak saman Mydin atas penerbitan Mydin yang dikatakan secara innuendo menghina beliau sehingga menyebabkan beliau rasa kurang selamat dan trauma oleh pelanggan, pekerja dan pembeli daripada Mydin Malaysia.

Jawapan saya: Boleh! Apa yang tak boleh, bayar peguam untuk saman, keluarlah saman ke atas individu yang ingin disaman sebab peguam buat je kerje. Ada duit jalannn…

Namun persoalan yang kita perlu mengambil kira adalah sama ada ada kes atau tidak dan boleh ke kita menang dengan saman kita tu. Kalau kalah malu ooo. Lebih mengaibkan sebab kita nak sangat saman orang walaupun kita tak selidik sama ada ada kes fitnah atau tidak.

Saya rasa ramai dah rakan peguam dalam sosial media kongsikan bahawa undang-undang dekat Malaysia tiada saman malu. Saman fitnah ada. Orang putih dia Defamation action. Humiliation action takda dekat Malaysia.

Kita lihat posting Mydin. Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice. Bila sampai rumah, rasa macam tak perlu pun cap dengan rice, nasib Mydin bagi pulangkan balik dalam masa 24 jam.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Elak Fitnah & Salah Sangka Mas Anizan Kini Ibu Tunggal “Suratan Takdir. Allah Tentukan Segalanya”

“Saya Tidak Gila Harta, Tak Fitnah Sesiapa,” Hidayah Syukur Dapat BERSIHKAN Nama

Isu pertama: Kat mana dalam kenyataan Mydin merujuk kepada Caprice? Mungkin ada sesetengah pihak lihat secara tak langsung merujuk kepada Caprice. Kalau Mydin kata memang betul dia hari tu memang terbeli cap dengan nasi untuk anak dia patu kata na return balik Cap kat Mydin and Mydin terima kita na cakap apa?

Ada pulak bukti dia return cap dengan nasi dekat Mydin hari tu. Tambah na jadi citer dia tengah bergurau dengan kawan dia nama Caprice juga. Tak ke pishang?

Isu kedua: Yang paling susah nak proof dalam kes defamation adalah kenyataan tersebut mesti MEMFITNAH. Please tunjuk kat saya kat mana ayat tu fitnah? Fitnah sape? Fitnah sebab tersalah beli topi dan nasi? Fitnah sebab Mydin bagi pulangkan balik topi dan nasi?

Isu ketiga: Kerugian awak apa? Rasa kurang selamat dan trauma oleh pelanggan, pekerja dan pembeli daripada Mydin Malaysia. Aduih tak patut buat kenyataan ni. Better silent.

Memang confirm rendah kalau na proofkan kerugian nanti. Saya pernah ada satu kes menang tapi Court langsung tak award punitive damages pun. Pishang!

Saya lihat secara keseluruhan kenyataan penerbitan Mydin, tiada mana-mana pihak yang difitnah dalam kes ni. So what is your cause of action?

Saya yakin Mydin sudah merujuk kepada peguam beliau tentang isu ini dan kerana itulah beliau begitu yakin dan dengan berani mencabar Caprice untuk menyaman beliau.
Tahu tak kalau kita saman orang and if kita kalah kita perlu bayar kos Mahkamah yang boleh mencecah RM100k. Sebab kalau na saman orang atas RM1 juta pergi Mahkamah Tinggi. Kos Mahkamah Tinggi amatlah tinggi.

So sebelum kita saman orang dapatkan nasihat daripada beberapa peguam untuk dapatkan second opnion. Nanti yang pishang kita, lawyer dapat legal fees senyum bro.

Cubalah berbincang secara aman antara kedua belah pihak dan janganlah menggunakan ayat seperti peguam sebagai respond.  Sekadar nasihat!

Published by
almaswa Haji Che Ros