Kenapa Lepas Makan Rasa Mengantuk, Adakah ItuTanda Kita Berpenyakit? Ini Penjelasan Doktor

Share

Kenapa lepas makan rasa mengantuk, adakah itu tanda kita berpenyakit? Ini penjelasan doktor. Ramai pernah alami situasi beginikan. Rasa mengantuk yang amat sangat selepas menikmati makanan khususnya sebelah tengahari.

Tidak dinafikan terlalu banyak mengambil makanan yang tidak seimbang boleh membawa kemudharatan kepada kesihatan tubuh badan.

Ini kerana makanan sumber utama dalam menyumbang kepada sesuatu penyakit, jadi biasanya pada musim perayaan banyak penyakit yang secara tidak secara sedar datang bertandang jika gagal mengawal pemakanan.

Tapi normalkah kalau selepas makan rasa mengantuk? Ini perkongsian ilmu diberikan oleh Dr Samhan tentang sindrom ini, adakah rasa mengantuk ini normal?

“Doktor,kenapa lepas makan kita mengantuk? Normal ke?” “Jawapannya, boleh jadi normal dan tak normal” Jom lihat kenapa kita mengantuk!

Kenapa Lepas Makan Rasa Mengantuk

1. TINDAK BALAS SISTEM PENCERNAAN:-  Selepas makan, sistem pencernaan memecahkan nutrien dari makanan untuk mengubahnya menjadi glukosa yang kemudiannya menjadi tenaga. Tubuh akan melepaskan hormon seperti amylin, glucagon dan cholecystokinin (CCK).

Hormon ini meningkatkan paras gula dalam darah, mewujudkan rasa kenyang dan menghasilkan insulin yang akan disalurkan melalui tisu sel dan memberi tenaga kepada mereka. Pada masa yang sama, otak mengeluarkan serotonin yang menyebabkan rasa mengantuk.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Ibu Mengidam Cari Makanan Jam 3 Pagi, Anak Sempat Hubungi Sebelum Rentung

Video Tikus Makan Ayam Di Kedai Mamak Lokasi Pandan Indah, Diarah Tutup 14 Hari Kerana Kotor

“Tak Makan Di Sekolah..” Anak Ikat Perut, Gigih Berniaga, Kumpul RM25K Buat Pembedahan Ibu

2. JENIS MAKANAN :-  Makanan yang tinggi karbohidrat (seperti nasi) dan makanan yang kaya dengan protein, seperti daging, ayam, telur, ikan, bayam, tofu, keju dan kacang soya, mengandungi asid amino tryptophan.

Asid amino ini digunakan oleh badan untuk menghasilkan serotonin, yang bertanggungjawab menyebabkan kita mengantuk!

Adakah Ianya Normal? Ini Penjelasan Doktor

3. TABIAT TIDUR :- Corak tidur yang tidak teratur juga boleh menyebabkan rasa mengantuk selepas makan.

Selepas makan, badan berasa kenyang dan rileks, menjadikan tubuh terasa seperti sedang berehat, menyebabkan rasa mengantuk, terutama jika tidur anda tidak berkualiti pada malam sebelumnya.

4. TAHAP KESIHATAN :-  Sekiranya anda sering berasa mengantuk,mungkin ia adalah tanda-tanda penyakit seperti penyakit Celiac, Anemia, Food intolerance, Alahan, Sleep Apnea, atau masalah kelenjar tiroid yang tidak aktif. Rujuk doktor anda jika anda mengalami keadaan ini berterusan.

Dr Ahmad Samhan -mengantuk itu adalah nikmat-

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

TAK PERLU DAPAT TANDA TANGAN ISTERI PUN UNTUK BERPOLOGAMI. INI PENJELASAN PEGUAM SYARIE

Published by
Almaswa Haji Che Ros