Hakak memang perasan betapa viralnya lagu Baby Shark Doo Doo Dooo ni. Sampai anak-anak pun dah hafal step tarian Baby Shark. Tapi tak sangka boleh ‘berhantu’ sampai macam gini sekali.
Itu baru video Baby Shark, belum posting-posting yang menderu-deru dan tak pernah berhenti-henti dari netizen pasal lagu Baby Shark Doo Doo Dooo ni.
Sampai tengah drive pun boleh dihantui lagu comel kanak-kanak.
Lagu Baby Shark Doo Doo Dooo ini dicipta pada tahun 2006. Oleh penggubah lagu kanak-kanak bernama Mike Whitla. Waktu itu, lagu Baby Shark ini dimuatkan dalam albumnya berjudul ‘Early Morning Knee-Slappin’ Lagu ini kemudiannya popular di Amerika. Malah ada video ‘nursery rhyme’ yang dihasilkan oleh Howdytoons sekitar tahun 2014.
Pinkfong, syarikat animasi yang berpusat di Korea ini memperbaharui lagu dengan rentak yang lebih rancak dan catchy disertakan dengan gerak tari. Gerak tari ini kemudiannya dipopularkan artis-artis K-Pop mereka menjadikan lagu BabyShark Viral sama seperti tarian Gangnam Style milik Psy.
Cuma mengulang beberapa perkataan yang sama, Baby Shark Doo Doo Doo sudah boleh menjadikan ia satu lagu yang catchy di pendengaran anak-anak. Anak-anak juga mudah nak menghafalnya.
Gerak tari Baby Shark yang simple dan mudah diingati oleh anak-anak kecil bagus untuk melatih kemampuan fizikal, kognitif sampailah emosi dan sosial mereka. Lagu ini mengajak anak-anak bergerak. Malah banyak sekali video ini dimainkan di kalangan anak-anak pra sekolah.
Baby Shark menggambarkan sekeluarga jerung yang keluar memburu. Di pertengahannya mereka dikejar oleh haiwan pemangsa sampai akhirnya terpaksa berlari menyelamatkan diri.
Apa nilainya? Biarpun dilanda pelbagai cabaran dalam hidup sebuah keluarga. Kita perlu saling bergantung dan membantu. Sebab dengan sokongan itulah ahli keluarga akan selamat. Itulah nilai yang dapat anak kecil pelajari dari mata hati mereka.
Haa.. Dah faham kan kenapa lagu Baby Shark Doo Doo Doo ini dikatakan berhantu.
Sumber Foto/video: Pinkfong, Tular Media – Mingguan Wanita