Masalah bayi muntah selepas menyusu itu mesti mak-mak pernah laluikan? Nanti habislah meleleh susu basi itu dekat baju bayi. Sebenarnya mak-mak ada cara betul nak sendawakan bayi lepas menyusu.
Baca perkongsian daripada Dr Shahirah Hassan, Pengasas dan Pakar Laktasi di Eve Love Sdn Bhd tentang topik menarik ini. Lagi-lagi untuk ibu yang bersalin muda.
Ramai ibu muda bertanyakan hal ini, “Kenapa bayi saya ni, lepas minum, selalu muntah? Saya tak sedawa betul ke? Berapa lama nak sedawa kan bayi? Ke…overfeeding
?”
Macam ni ceritanya. Ramai baby mengalami infantile gastro-esophageal reflux. Tanda-tanda nya adalah bayi kerap mengeluarkan balik sebahagian susu yang diminum, kadang-kadang seolah-olah tak selesa, meragam.
Ini kerana, lower esophageal sphincter masih belum matang, otot spinchter belum kuat, maka tidak dapat menahan isi perut dari mengalir semula dalam esophagus. Senang cerita, tengok gambar di atas, tengok beza atas dan bawah.
So macam mana nak atasi perkara ni? Penat kot, baju berbakul nak cuci! Asyik kena tukar baju je tiap kali muntah.
.
1- Jangan terus susukan baby kalau rasa payudara dah bengkak penuh susu,
Sebelum saya end sharing post ni, nak pesan ya, tanda-tanda yang ibu bapa kena prihatin adalah, baby muntah berlebihan, nampak lemah, projectile vomit (muntah memancut), muntah sampai masuk hidung, berat badan bayi susut, kurang atau pekat air kencing.
Careful ya, kalau nampak tanda-tanda ini, please seek medical attention secepat mungkin.
Sekian sharing hari ini. Thank you my client sudi bagi pinjam baby jadi model.
Hebat first time mummy ni, cekal menyusu.
Sumber/Foto : Shahirah Hassan