Apa sahaja yang ingin dibuat perlu bersandarkan ilmu. Termasuklah hal mencantikkan wajah. Jangan kerana terikut-ikut dengan trend semasa, ada yang tak teragak-agak mengambil risiko membuat pembedahan yang sia-sia hanya kerana mahu cantik persis selebriti pujaan. Program bual bicara Mingguan Wanita hari ini mengupas isu Totok Wajah di mana totok itu sendiri membawa pengertian urutan ataupun rawatan alami ke atas wajah.
Hadir sama memberi komentar, Dr Nadzirah Abdullah yang juga pakar estetik bertauliah dan bersama dua tamu selebriti Sherry Ibrahim, Ifa Raziah berkongsi pandangan mengenai regim cantic amalan mereka. Di sesi yang sama, seorang tamu juga diundang berkongsi ‘kesilapan’ teknikal yang berlaku ke atas wajahnya selepas memalui satu siri pembedahan kecantikan. Walaupun pembedahan itu sudah berlaku hamper 13 tahun lalu, kesannya masih dirasai sehingga hari ini.
Diskusi hari ini dikelolakan oleh Siti Elizad dan Erra Fazira juga berkongsi pengalaman masing-masing dalam berkongsi komentar mereka berkenaan isu ini. Jangan lupa saksikan ulangan diskusi Totok Wajah sekali lagi, pada jam 5 petang ini di Astro Ria 105 dan Prima HD 121.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI