Kenali 8 Tanda Wanita Hidap Penyakit Endometriosis, Bahayanya Sehingga Rahim Boleh Dibuang!

Share

Bahayanya penyakit Endometriosis ini sehinggakan boleh menyebabkan rahim wanita dibuang. Menurut perkongsian oleh doktor berpengalaman Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat ini, ramai wanita yang mengalami penyakit ini dan akibatnya ia mampu merosakkan peranakan, menimbulkan masalah kesuburan,kemandulan, kesuburan dan rahim dibuang.

Menurut beliau lagi, ada 8 tanda-tanda yang menunjukkan kebarangkalian seseorang wanita itu menghidapi penyakit Endometriosis ini serta 6 perkara yang perlu dilakukan sekiranya wanita mengalami tanda-tanda ini.

Berikut merupakan antara perkongsian tersebut;

Penyakit endometriosis semakin meningkat dan teruk merosakkan peranakan wanita, menimbulkan masalah kesuburan dan kemandulan, keguguran dan akhirnya bedah buang rahim.

Punca:

Penyakit endometriosis disebabkan tisu-tisu darah haid, iaitu endometrium tumbuh diluar rahim.Darah haid tumpah kebelakang rahim, sering berlaku jika rahim retroverted atau pintu rahim sangat sempit.

Sebab mengapa tisu-tisu endometrium tumbuh diluar rahim tidak diketahui, mungkin ada kaitan ketahanan atau immuniti yang lemah.

Awas! Jika ada 8 Tanda-Tanda berikut:

1. Senggugut yang semakin teruk, bermula sejak umur remaja dan tidak hilang lepas kahwin.

2. Senggugut dan tidak hamil selepas lebih setahun kahwin.

3. Senggugut dan hamil tetapi sering gugur diawal kehamilan.

4. Mengalami sakit atau tidak selesa waktu persetubuhan dengan suami.

5. Sakit pinggang khususnya waktu haid.

6. Perdarahan tidak tentu masa disertai sakit dibawah perut.

7. Senggugut atau perdarahan setelah lama tidak melahirkan anak dan umur dalam lingkungan 40an tahun.

8. Jika didapati rahim retroverted (kebelakang) bila discan oleh doktor pakar gyne, berserta tanda-tanda senggugut dan sukar hamil atau sering gugur.

6 Langkah Yang Perlu Dilakukan:

Jika ada tanda-tanda atau gejala-gejala tersebut ambil langkah-langkah berikut;

1. Jumpa pakar buat scan vaginal atau TVS dimana akan dapat dikesan rahim retroverted, cyst dalam ovay dan dinding otot rahim menebal dibahagian dinding belakang .

2. Buat pembedahan laparoscopy dan minilap untuk laser endometriisis, buang cyst, repair saluran fallopian jika sumbat, betulkan rahim yang retroverted kepada anteverted.
Adakala saya lakukan pembedahan ini pada gadis yang mengalami senggugut teruk. Bertujuan mengawal kerosakkan peranakkan. Endometriosis adalah penyakit yang berterusan dan merosakkan peranakan.

3. Lepas pembedahan penting untuk meningkatkan immunti untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis dan meningkatkan peluang hamil.Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, ambil langkah untuk kurangkan stress dan mengurangkan pendedahan kepada toksin.

4. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain. Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kuih muih, aiskrim , coklat dan lain-lain. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

5. Makan 70% bahan-bahan mentah dan segar , iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah-buahan tempatan saperti betik, nenas, jambu batu, tembikai , buah naga dan lain-lain.

Saya galakkan makan ulam-ulaman , sayur bayam, bendi, terung, kangkung, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

“Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji epal hijau, 2 batang lobak merah, 2 batang celery dan 1/4 buah betik. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.”

Diet Pemakanan Harian

Sarapan Pagi:

  • Minum satu gelas jus, lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
  • Makan 2 biji telur separuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih.
  • Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Makan buah-buah atau segenggam campuran kekacang almond, gajus dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

Makan Tengah hari:

  • Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohidrat.

Makan Malam:

  • Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.
  • Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai.Gantikan nasi putih kepada beras perang.

 

6. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU. Makan juga goji beri, spirulina, rumpai laut.

Semoga bermanfaat & kongsikan juga kepada wanita lain.

Sumber:Dr Hamid Arshat

Published by
Suhaidah Abd Wahab