Kenal Sejak 10 Tahun lalu, Beza Usia 17 Tahun Bukan Penghalang

Share

Sejak semalam, hangat diperkatakan tentang hubungan cinta antara pelakon Harris Alif bersama Intan ladyana yang jauh beza usia. Rentetan perkongsian Harris di instagramnya dengan gambar berbaju raya sedondon dengan caption ‘second raya with (love)’

Rupanya, akui Harris atau nama sebenarnya Nor Harris Alif Nor Rashidi yang kini berusia 21 tahun, tidak kekok menjalin hubungan cinta dengan Intan Ladyana, 38. Biarpun jarak usia 17 tahun membezakan mereka, ia tak menjadi halangan untuknya saling mengenali hati budi masing-masing.

Kata Harris, dia sudah pun mengenali Intan sejak 10 tahun yang lalu. Namun, tiada yang istimewa berlaku antara mereka, sehinggalah tahun ini mengubah sisi pandangnya terhadap aktres tersebut.

Biar pun tiada lagi memikirkan soal berkahwin, memandangkan hubungan mereka masih baru, namun pintanya agar mendoakan yang baik-baik untuk mereka berdua.

Ramai cakap fasal perbezaan usia, bagi saya itu hanya angka. Saya tak nampak ianya sebagai satu masalah kerana masing-masing tahu apa matlamat dalam hubungan.”

Bukan Mereka Saja Pasangan Dengan Beza Usia

Bak kata Harris, bukan mereka saja pasangan yang berbeza usia. Ada orang lain pun sama dan mereka dah buktikan perbezaan umur bukan penghalang.

Nampaknya hubungan mereka pun dah mendapat restu orang tua.

Dalam hal ini, saya bersyukur kerana keluarga okay saja dan mereka merestui.” Jelasnya memaklumkan senang bersama Intan yang dilihat sebagai wanita yang matang.

Intan seorang yang ringkas, saya suka sebab dia tak ada ‘drama-drama’. Dia juga matang dan saya rasa banyak benda yang kami boleh ‘masuk’”.

Betul juga apa kata Harris itu, kalau disenaraikan artis yang dah berumah tangga dan bahagia dalam perkahwinan berbeza usia ini ada beberapa contoh,

Misalnya,

Amar Baharin (1985) – Amyra Rosli (1991) = 6 tahun
Fizz Fairuz (1979) – Almy Nadia (1986) = 7 tahun


Que Haidar (1979) – Linda (1972) = 7 tahun
Fattah Amin (1990) – Fazura (1983) = 7 tahun
Azad (1976) – Eira Syazira (1984) = 8 tahun

Dan kesemuanya direzekikan hubungan rumahtangga yang bahagia.

MW : Mendoakan yang manis-manis untuk Harris Alif dan Intan Ladyana.

Sumber/Foto : Mstar, Harris Alif

Published by
Team MW