Kenal pasti bahan-bahan alami yang boleh membantu anda tampil lebih cantik tentu mengujaan. Tiap bahan mengandungi khasiat tersendiri. Misalnya enam makanan ini yang boleh membantu anda memiliki kulit yang putih dan cerah. Boleh lah cuba sendiri.
Kandungan pada gandum mempunyai biotin vitamin B yang dapat membantu sel memproses lemak. Dan kulit yang bersih serta lembap sangat membutuhkan vitamin B. Jadi, dengan memakan gandum seperti roti putih biasa dapat membantu kulit lebih sihat.
Dengan mengambil lobak merah secara teratur, kulit akan menjadi putih dengan sempurna. Ia memiliki kandungan vitamin C dan karoten yang tinggi, serta para pakar juga sudah membuat penelitian bahawa lobak merah sangat baik untuk dimanfaatkan bagi kulit dan rambut. Jadi, jika menginginkan kulit yang putih secara alami, maka makanlah lobak merah secara teratur, sama ada dijadikan jus atau dimakan mentah-mentah.
Buah yang berwarna merah ini memiliki kandungan lycopene yang mampu melindungi sel kulit daripada kerosakan daripada luar. Tomato juga mengandung kolagen yang dapat membuat kulit menjadi anjal dan putih. Jadi, dengan mengambil tomato secara teratur, akan mendapatkan manfaat yang baik untuk kulit.
Coenzim Q10 yang terkandung di dalam buah strawberi dapat menghalang radikal bebas, melambatkan proses penuaan kulit, dan dapat membantu menghilangkan sel kulit mati. Selain itu strawberi juga sangat kaya akan vitamin C serta antioksidan yang dapat mencegah efek negatif daripada sinar matahari. Apa pun, pengambilan makanan ini perlu dilakukan secara teratur untuk kesan yang efektif.