Kenal di Twitter, wanita beranikan diri ajak taaruf & pinang bakal suami. Sweetnya berakhir di pelamin. Selalu kita dengar perempuan agak malu menyuarakan isi hati kepada orang disukainya. Ini kerana malu itu sebahagian dari iman. Masa yang sama bimbang dikatakan bertepuk sebelah tangan atau ditolak.
Tapi tidak salah memberanikan diri mencuba kerana kita tak tahu aturan jodoh itu sebenarnya sudah ditulis di luh mahfuz, hanya perlu digerak dan memerlukan sedikit usaha.
Satu perkongsian jodoh dari @imanriznoah di Tik Toknya cukup menarik dan dirinya sudah selamat bernikah pada 5 November lalu bersama cinta hatinya, Muhammad Amran.
Menurut perkongsian darinya, perkenalan mereka bermula di twitter sebelum beralih ke WhatApp kemudian taaruf dan terus berkahwin. Sesi merisik pada 29 Januari 2022, bertunang pada 19 Mac 2022 dan bernikah pada 5 November lalu.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Sanggup Tolak Lima Pinangan Lelaki, Nenek PILIH Menikah Suami 47 Tahun Lebih Muda
Lelaki Kongsi LOKASI Makan Sedap Bila Cuti Ke Penang, Paling Penting Halal, Suci & Tanpa Was-Was
Jelas Iman, sesi perkenalan dengan suaminya, Muhammad Amran bermula di Twitter di mana di awal perkenalan suaminya ada tweetnya mengenai hasratnya menyambung pengajian ke UM. Kebetulan suaminya adalah alumni UM.
Kata Iman, selepas bertukar-tukar nombor telefon, mereka mula berkawan dan pada 26 Mei 2020 iaitu PKP pertama dirinya mengajak “bakal suaminya” taaruf untuk mengenali lebih rapat lagi di antara satu sama lain.
Bahkan dirinya berterus terang mengakui suka dan mahu menikah kalau mereka saling menyukai. Bahkan ketika itu dirinya akui tidak kisah kalau “permintaannya” itu ditolak kerana katanya hatinya jenis kering.
Tanpa diduga “lamarannya” itu membuat jantung bakal suaminya berdegup kencang kerana ada orang confess begini, dengan lafaz bismillah, dia menerima hubungan itu.
Menurut Iman, perhubungan mereka juga di awal 2020 itu ada badainya namun sudah tertulis jodoh itu bersama mereka.
Dari twitter Whatsapp Taaruf Merisik Bertunang Menikah. Nampak macam macam lancarkan. Tapi hanya iman dan pasangan je tahu. Walaupun dah sorok hubungan ni sebelum sah menikah tetap ada je gangguan. Tapi syukur Alhamdulillah.
Allahuakbar masa tok kadi & saksi cakap sah tu, terus mengalir air mata aku dan suami. Sebab terlalu banyak cabaran orang-orang yang dengki dalam diam ingin kami berpisah. Tapi Alhamdulillah Allah rahmati hubungan kami, tulisnya dalam perkongsian di Tik Toknya.
Dalam pada itu, sebaik memuat naik kisah cinta mereka ini, ramai wanita yang mengakui kagum dengan semangatnya yang berani berterus-terang di awal perhubungan.
“MashaAllah beraninya sis ajak dia taaruf terus setuju menikah. Alhamdulillah sis dapat lelaki yang baik budi pekerti dan agamanya. Doakan saya juga tau.
Dalam pada itu, Iman menjelaskan, "sebab saya dah bersedia, duit dah ckup, tinggal cari pasangan je. Alhamdulillah semakin kita dekatkan diri dgn Allah, Allah dekatkan jugak jodoh yang baik untuk kita.
Bahkan perkongsiannya itu membuatkan ramai gadis yang mahu meminjam “kekuatannya” agar mereka juga bertemu jodoh tahun depan.
Ya tak salah pun untuk wanita memulakan dahulu. Bahkan wanita meminang lelaki ini sudah terjadi di zaman Rasulullah lagi di mana Baginda sendiri selepas kewafatan Syaidatina Khadijah.
Selepas kewafatan Saidatina Khadijah,diceritakan oleh Anas R.A di dalam hadith riwayat Imam Bukhari. Ketika Anas berada bersama Rasulullah SAW, dan anak perempuan Anas juga ada bersama mereka, datang seorang wanita kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam lantas bertanya:-
” Wahai Rasulullah, adakah engkau mahukan aku ( sebagai isterimu )”.
Anak perempuan Anas lantas memberi komentar kepada ayahnya; “Bagaimana dengan wanita ini, tidakkah dia malu melamar begitu kepada Rasulullah. Tidakkah dia punya harga diri”.
Lalu Anas r.anhu berkata; “Dia lebih baik daripada engkau. Dia cintakan Rasulullah, lantas menawarkan dirinya untuk Rasulullah”.
Imam Al Bukhari meletakkan hadith ini di bawah bab ” Wanita menawarkan diri kepada lelaki yang soleh”.
Kata seorang ulamak bernama Syeikh Badruddin Mahmud Al-Aini mengenai perkara ini;
"Kata-kata Anas r.a kepada anak perempuannya, menunjukkan bahawa harus seorang wanita menawarkan diri untuk dinikahi oleh seorang lelaki yang soleh, dan diketahui bahawa wanita itu melamarnya kerana kesolehan dirinya, atau kerana kemuliaan dirinya, atau kerana nilai-nilai beragama yang wujud pada dirinya, dan itu tidaklah mencacatkan maruah wanita tersebut bahkan menunjukkan kepada ketinggian jiwa wanita tersebut".
Para ulamak juga menyebut bahawa tidak menjadi suatu yang salah pun di sisi syarak, untuk seorang wanita memulakan dahulu lamaran kepada seorang lelaki. Sebagaimana harusnya seorang lelaki memulakan lamaran kepada seorang wanita.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.