Kenal di Tik Tok, beza usia 35 tahun tak halang cinta nenek 62 tahun bertemu jodoh lelaki bujang. Ajal maut jodoh pertemuan sudah diatur Allah sejak di luh mahfuz lagi.
Satu perkongsian di Tik Tok @rokiah samad menarik perhatian ramai apabila bertemu jodoh dengan lelaki bujang, di mana usia mereka berbeza 35 tahun jaraknya.
Dari perkongsian Rokiah memaklumkan, pertunangan mereka berlangsung pada 6 Jun 2022 selepas mula berkenalan di media sosial pada 21 Oktober 2021. Tidak mengambil masa lama untuk mengenali hati budi, di sebalik perbezaan usia itu keduanya mengikat janji tiga bulan kemudian iaitu pada 9 September 2022 untuk disatukan sebagai suami isteri.
Selepas berkongsi di media sosial, kisah unik cinta pasangan berbeza usia 35 tahun ini meraih perhatian media kerana jarak usia di samping dirinya sudah bergelar nenek
sementara suaminya, Mohammad Amin Jundail seorang lelaki bujang.Walau dilihat agak jauh perbezaan usia umpama nenek dan cucu atau ibu dan anak tetapi pasangan ini dilihat begitu bahagia. Tambah lagi Rokiah dilihat seakan tidak makan usia meski pun sudah bergelar warga emas.
@mohammadamiinrokiahfamli♬ original sound – 🐝
Dalam satu petikan temuramah bersama MStar, Mohammad Amin atau lebih dikenali sebagai Adam yang berasal dari Sabah, pada awalnya dia hanya mahu berkenalan saja dengan isterinya yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu.
“Tapi makin lama perasaan sayang semakin menebal. Dari rasa sayang hingga rindu timbul dalam diri hingga sukar untuk saya ungkapkan perasaan itu bagaimana. Tambah lagi, isteri bukanlah usahawan ternama sebaliknya hanya biasa-biasa saja. Saya percaya Allah sudah menetapkan jodoh saya bersama isteri,”katanya.
Jika sebelum ini mereka hanya berhubung melalui mesej, panggilan telefon namun pada Disember 2021 saya datang ke Semenanjung.
“Bukan terus bertemunya tapi saya cari kerja dulu sebagai tukang urut di Johor buat mengumpul duit. Tepat pada hari jadi saya, 10 Januari 2022 barulah saya bertemunya di Kelantan. Adam memaklumkan ketika mereka bertemu, isterinya
itu memiliki 11 anak, 22 cucu dan seorang cicit di mana anak sulungnya sendiri berusia 45 tahun.“Tapi Allah sudah mengatur jodoh kami dan saya bersyukur di atas pertemuan ini,”katanya yang merupakan anak ke-8 dari 10 beradik berasal dari Semporna, Sabah.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Jodoh Janda Ditentang Kerana Kekasih Masih Teruna
Bahagia Dengan Jodoh Yang Diatur Anak-Anakku Sendiri
Dalam pada itu, Rokiah turut mengakui walau usianya 62 tahun namun dia terasa seperti usia 40 tahun. Masih sihat, insya Allah.
Ditanya mengapa dia menerima lelaki jauh lebih muda darinya itu pada peringkat usia anak-anaknya saja, kata Rokiah, dia menerima suaminya Adam kerana dirinya baik. Sangat bertanggungjawab dan caring.Paling penting dirinya penyabar,”katanya memaklumkan dirinya suri rumah sepenuh masa.
Dalam pada itu Adam turut memaklumkan, dia bersyukur dipertemukan jodoh dengan isterinya.
Ällah dah atur sebaiknya. Dia pelengkap tulang rusuk saya. Walau beza usia, kehidupan kami bahagia dan aman damai. Isteri juga caring dan pandai masak. Dia sempurna di mata saya serba serbi.Anak-anaknya juga menerima saya dengan baik. Alhamdulilah atas jodoh ini,”katanya yang memohon doa agar rumahtangganya terus bahagia.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.