“Kena Terima Hakikat Pekerjaan Hari ini Perlukan Kemahiran Yang Tinggi”- Dr Ridzwan Che Ros

Share

Ramai ibu bapa yang bimbang jika pencapaian akademi anak-anak kurang cemerlang. Namun secara realitinya pada hari ini kecemerlangan akademi bukan segala-galanya. Seseorang itu perlu ada penambahan kemahiran. Ikuti kupasan Dekan Fakulti Teknikal Dan Vokasional Universiti Sultak Idris (UPSI), Prof Madya Dr Ridzwan Che Ros sewaktu membincangkan isu Akademi Bukan Segala-Galanya menerusi program Mingguan Wanita Talkshow tengahari tadi.

Sewaktu dijemput menjayakan program MW Talkshow…Foto: Facebook Dr Ridzwan Che Ros

“Pekerjaan hari ini memerlukan kemahiran yang tinggi. Graduan daripada latihan teknikal dan vokasional hampir 95 peratus yang dapat pekerjaan selepas enam bulan tamat peembelajaran.

“Saya sendiri sebagai ibu bapa pun kena berubah kita kena melihat kemahiran yang tinggi kalau ikut transformasi sebelum ini kita berhasrat sehingga tahun 2020 kita akan dapat menjana masyarakat yang berpendapat tinggi. Jadi untuk mendapat pendapatan yang tinggi kita memerlukan kemahiran.

“Jadi kami di UPSI sentiasa menekankan bahawa pendidikan ini mengikut origami kecergasan pelbagai. Ada yang cemerlang akademi, cemerlang interpersonal, kemahiran komunikasi, anak yang pandai melukis banyak peluang yang kita perlu digilap. Falsah kebangsaan menurut pendidikan di Malaysia adalah untuk mengembangkan potensi anak-anak kita dari segi jasmani, rohani dan interlektual dan campur dengan spiritual,” ungkap Dr Ridzwan Che Ros.

Foto: Facebook Dr Ridzwan Che Ros
Foto: Facebook Dr Ridzwan Che Ros

Ubah Persepsi

Dr Ridzwan juga menerangkan masyarakt hari ini perlu mengubah persepsi terhadap akademi semata-mata sebagai sesuatu yang hebat.

“Dulu kalau kita lalu lebuhraya akan jumpa toll gate girl

hari ini dah tak ada orang jaga di situ. Berhadpaan dengan cabaran masa depan yang memerlukan seseorang yang berkemahiran tinggi. Nak tak nak memang kita kena ubah persepsi kita terhadap akademi semata-mata sebagai satu yang hebat. Kena berubah. Maksudnya akademi dan kemahiran adalah sesuatu yang penting. Contohnya Kolej Vokasional, dalam bidang pertanian, teknologi, ekonomi rumah tangga.
“Kolej-kolej ini menawarkan pelbagai bidang daripada Sijil Kolej Vokasional Malaysia, Diploma Vokasional Malaysia campur dengan Sijil Kemahiran Malaysia. Diorang akan dapat tambah nilai terhadap sijil akademi sedia ada mereka berbanding dengan institusi pendidikan yang lain,” sambung Dr Ridzwan.
Antara pelajar yang mengikuti kursus pertanian…Foto: Facebook Dr Ridzwan Che Ros
Salah seorang pelajar di bahagian pertanian…Foto: Facebook Dr Ridzwan Che Ros

Ada Majikan Yang Iktiraf & Bagi Gaji Tinggi

“Tak ada jurang yang jelas. Sedikit jurang saja. Secara realiti, majikan cuma bayar gaji minimum saja. Kita minta iktiraf kemahiran yang tinggi yang ada pada graduan. Kena sokong dengan beri gaji yang sesuai.
“Alhamdulillah banyak majikan dari syarikat yang dah iktiraf dan bagi gaji yang tinggi. Contohnya, yang ada kemahiran dalam elektrik, pertanian bergantung pada usahanya. Hari ini kita minta majikan harus mengiktiraf sepenuhnya kemahiran yang ada pada graduan anak-anak tempatan sebab kemakmuran bersama harus mendapat pendapatan yang setimpal,” ujarnya.

Jangan lupa saksikan ulangan MW Talkshow pada jam 8 malam ini di Astro Prima dan Astro Prima HD.

Published by
Norhayati Binti Suboh