Mana-mana ibu yang mempunyai anak lelaki sudah pasti akan berasa kecewa jika anak mereka itu berkahwin dengan wanita yang tidak direstuinya. Ini jugalah yang berlaku pada Puan Yanti Yushilla Firdaus dan suaminya.
Yanti Yushila Firdaus telah dijemput hadir ke Mingguan Wanita Talkshow bagi mengupas topik Bukan Menantu Pilihan.
Lebih mesra dengan panggilan Shilla Firdaus, wanita berusia 46 tahun ini telah mendirikan rumah tangga dengan suami yang jauh lebih muda daripadanya. Jarak usia antara mereka berdua adalah 24 tahun.
Melihatkan jarak umur sebegini sudah pastilah ibu kepada suaminya tidak setuju dengan keputusan pasangan ini mendirikan rumah tangga. Namun demi cinta, usia bukan penghalang bagi Shila dan suami membina mahligai perkahwinan.
“Mungkin sudah jodoh kami boleh berkahwin. Tetapi sebenarnya suami ini adalah anak jiran. Saya kenal suami ini sejak dia kecil lagi. Saya ingat lagi semasa saya hendak pergi ke tempat kerja, dia (suami) akan tumpang saya untuk ke sekolah.
Ads
“Kebetulan arwah suami saya meninggal pada tahun 2012. Suami sekarang ini sebenarnya rapat dengan anak buah saya. Saya sebenarnya memanggil suami sekarang ini menantu sebab saya mahu ‘kenenkan’ dia dengan anak saya. Akhirnya kami pula yang berkahwin.”
Shilla Firdaus
Ambil Sikap Berdiam
3 bulan bercinta Shilla dan suaminya mengambil keputusan mendirikan rumah tangga. Ibu mentuanya tidak boleh terima perkahwinan Shilla dan suaminya. Ditambah pula perbezaan usia dia dan ibu mentuanya hanya tiga tahun.
“Mula-mula ibu mentua banyak menentang perhubungan kami. Tetapi saya ambil sikap berdiam. Walau apa ibu cakap saya diam. Malah saya nasihatkan suami walau apa yang berlaku, kita tetap salah.
Ads
“Saya kena kuatkan hati sebab ibu tidak terima saya. Saya juga tidak berani jumpa ibu untuk memberitahu bahawa saya dan suami mahu berkahwin,”ujarnya lagi.
Sudah Dapat Restu Ibu
Shilla telah melakukan pelbagai cara untuk mengambil hati ibu mentuanya. Ibu mentuanya seorang yang tegas dan sukar untuk menerima sebarang hadiah sebagai cara untuk mengambil hatinya. Disebabkan itu juga Shilla telah menggunakan suaminya sebagai orang tengah untuk memberi sebarang hadiah kepada ibu mentuanya.
“Saya ambil masa hampir setahun untuk mengambil hati ibu mentua. Hari pertama saya jumpa selepas setahun berkahwin adalah pada hari ibu mentua mahu menunaikan umrah. Saya takut hendak pergi sebab tahu ibu tidak terima.
Ads
“Saya cakap pada suami untuk memberitahu ibu bahawa saya mahu menghantarnya ke lapangan terbang. Saya jumpa ibu dan hulur tangan. Ibu terus peluk saya. Memang saya menangis kuat-kuat masa itu,” ujarnya lagi ibu turut meretui kehadirannya untuk berkongsi cerita di program temu bual yang ke udara di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD ini.
Cara Menangi Hati Ibu Mentua
Pendakwah Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre yang turut dijemput sebagai tetamu Mingguan Wanita Talkshow musim baru yang dihoskan oleh Norman Hakim dan Raja Azura ini menegaskan seorang menantu itu perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hati ibu mentua mereka.
Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre
Ini adalah antara cara yang dicadangkan oleh Ustaz Syed:
1-Mengakui rasa bersalah.
2-Cuba perbaiki hubungan kerana restu dan redha ibu mentua itu amat penting. Suami paling memerlukan redha ibu mereka kerana syurga itu di bawah telapak kaki ibu suami.
3-Jangan lupa untuk berdoa kerana hati ibu itu dipegang oleh Allah. Kita bersangka baik yang Allah akan ubah hati ibu mentua.
4-Beli jiwa ibu mentua. Bagi hadiah dan sebagainya kerana akhirnya hati dia akan lembut juga.
Siaran Ulangan 8.00 malam
Ingin mengikuti kupasan sepenuhnya berkaitan topik Bukan Menantu Pilihan ini, siaran ulangan Mingguan Wanita ini akan kembali ke udara pada pukul 8.00 malam di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mingguan Wanita Talkshow bersiaran lagi hari ini dengan topik Berusia, Kekal Jelita. Sebagai seorang wanita sememangnya sangat suka untuk mengekalkan kecantikan kulit. Apatah lagi apabila sudah mencecah usia 40 tahun.
Tengahari tadi Mingguan Wanita Talkshow membincangkan isu ini bersama Pakar Dermatologi, Dr. Azura Mohd Affandi.
“Kulit merupakan organ terbesar yang paling penting melitupi tubuh badan. Kulit wajah paling utama dan perlu dijaga dengan baik. Banyak faktor yang boleh menampakkan kulit wajah nampak lebih tua. Antaranya faktor tekanan. Tidak dinafikan seseorang yang menghadapi tekanan akan menyebabkan kulit nampak lebih tua,” ujar Dr. Azura.
Pentingnya menjaga kulit wajah.
Jaga Pemakanan
Dr. Azura juga menerangkan bagi anda yang mahu mendapatkan kulit wajah yang cantik, anda perlu menjaga pemakanan.
“Apa yang kita makan akan memberi kesan pada kulit terutamanya di wajah. Jadi jaga pemakanan, minum air putih secukupnya ini kerana jika kulit kering akan sebabkan pigmentasi berlaku di wajah.
“Bila pilih satu-satu produk kecantikan tolonglah pilih yang bersesuaian kerana jika anda pakai produk yang tidak sesuai akan tumbuh jerawat dan masalah lain pada kulit wajah,” sambung Dr. Azura.
Dr. Azura juga menasihati gunalah pelembap muka dan pelindung suria sebelum keluar rumah.
“Terimalah apa yang Allah dah kurniakan pada kita. Apa yang ada pada kita adalah kurniaan dari Allah yag terbaik buat kita,” ungkapnya. Jadi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisah ini bolehlah saksikan ulangan Mingguan Wanita Talkshow di saluran Astro Prima & Astro Prima HD.
Tip:
Makanan yang berkhasiat boleh mencantikkan wajah.
Banyakkan memakan dari sumber protien seperti ikan, vitamin dan mineral. Kulit akan mendapat manfaat yang besar dengan makanan yang berkhasiat, termasuk lemak yang menyihatkan, protein yang cukup, sayur sayuran serta buah-buahan.
Elakan daripada merokok atau terkena asap rokok. Kerana ia boleh menyebabkan kulit cepat berkedut.
Minum air dua liter atau sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk mempastikan tubuh anda berfungsi dengan baik.
Kulit wajah yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada yang sepatutnya.
Jagalah kebersihan diri dan amalkan gaya hidup sihat. Kulit yang cantik mencermin keperibadian diri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selera manusiainisukardijangka. Berbeza sabanharimenunya. Kalau asyikmakanmakanan yang samajemu juga kan.Mingguan Wanita TalkShowhariinimembincangkantopikberkenaanKetagih Jeruk yang dikendalikan oleh Kak Engku. MenurutNurul Zaiza Zainuddin yang merupakan Pakar Nutrisi Bahagian Pemakanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) trend makanjeruknisudahmenjadisebahagiandari habit masyarakat Malaysia.Tak salah makanjeruk, tapi yang salah kalaukekerapanmakanjerukitusehinggamenjadiobses.
“Sejak jerukmanggamenjadi viral dan mudahdidapati, menjadikanjerukmenjadikegemaranrakyat Malaysia. Kalau dulu, kitaseringdimomokkandengan orang mengandungkalaumengidamdiamestisukamakansesuatu yang masam-masam; sepertijeruk. Tak salah kalaukitamakanjeruk…sesekali. Tetapi tidaklahsehinggamakanjerukdenganketerlaluansampailupamengambilmakanan yang berkhasiat.
“Satu lagisuka juga sayasyorkanibu-ibuhamilataupunmereka yang gemarmakanjeruk, ubah menu andadenganmenggantikannyadenganbuah-buahanbersifatmasambagimelegakan rasa loyaataupunteringin. Ini kerana buahlebihberkhasiat dan tidakmengandungikandungangula dan garam tambahan yang bolehmengundangpenyakitdarahtinggi dan juga kencingmanis,”jelas Nurul Zaiza.
Kimchi & Tempe
Tidaksemuaproduk yang dijerukkanitutidakbermanfaat. Sekadar mengambilcontohmanfaat yang terdapat di dalamjerukmamanmisalnya, baikuntukkesihatan.
“Jika proses penapaian ataudijerukkan itu tidak menggunakan tambahan garam mahupun gula dan cuka, ia boleh diambil tanpa bimbang. Sebaliknya kalau kandungan bahan tambahan itu ada, berpada-padalah makan…Mungkin ramai juga yang tak tahu, makanan yang melalui proses penapaian sepertikimchi, tempe, budu dan cencalok mengandungi kandungan probiotik yang tinggi. Probiotik adalah mikroorganisma hidup yang memberikan manfaat kesihatan jika diambil dalam amaun yang mencukupi. Dalam bahasa mudahnya probiotik itu adalah kuman baik yang bermanfaat kepada tubuh,”jelasnya.
Mingguan Wanita TalkShow turut mengundang Chef Adu Amran dan dengan bantuan kak Engku mereka berdua bersama menghasilkan dua resipi menggunakan jeruk kedondong yang boleh bikin kecur air liur. Jika anda terlepas cerita menarik dan nak tau sejauh mana manfaat jeruk, jangan lupa saksikan ulangan Mingguan Wanita TalkShow jam 8 malam ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Membincangkan isu yang popular di kalangan masyarat Malaysia iaitu Diabesiti (Obesiti & Diabetes), Illya Buang (Senario) atau lebih mesra dipanggil Pak Ya yang juga seorang penghidap diabetes meluahkan pendapatnya mengenai isu ini.
“Keadaan kesihatan saya boleh dikatakan terkawal buat masa sekarang. Saya mula menghidap diabetes lebih 10 tahun lalu dan pada 2014, saya mula mengambil insulin sebagai salah satu proses rawatan.
“Mula-mula saya tak tahu ada kencing manis, masa di kampung masing-masing saja test alat pengukur diabetes dan ketika itu kencing manis saya lebih dari 7. Selepas itu saya terus ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan pada awalnya saya hanya mengambil ubat kemudian doktor nasihati saya untuk mendapatkan suntikan insulin,” terang Pak Ya.
Gaya Pemakanan
Pak Ya juga turut berpendapat punca dia mendapat penyakit ini kerana gaya pemakanan yang diamalkan oleh keluarga.
“Memang ada yang beritahu penyakit ini disebabkan keturunan. Pada saya lebih kepada gaya pemakanan sesebuah keluarga. Sebabnya kami biasanya makan benda manis, jadi anak-anak pun akan makan benda yang sama,” ujar Pak Ya yang akui selepas mendapat kencing manis dia mula cepat letih jika lakukan aktiviti lasak.
Pantang Makan Sangat Susah
Salah satu cara untuk mengawal kencing manis adalah dengan mengurangkan berat badan dan kurangkan pengambilan gula dalam makanan. Pak Ya akui perkara itu namun bukannya senang untuk mengawal makan.
“Pada saya hendak pantang makan adalah satu perkara yang sangat susah. Saya amalkan mendaki bukit dan senaman. Saya akan pastikan saya bersenam dan mendaki. Jika saya tidak lakukan senaman sebegini saya akan dapati kandungan gula dalam badan akan naik.
“Sekarang ini saya sentiasa berhati-hati dan akan selalu tengok samaada kaki ada tak tanda-tanda yang boleh bawa kepada kudis ke. Bila tidur berselimut tapi kaki rasa pijar, hati-hatilah.
“Bagi merawat penyakit ini saya sering berjumpa dan minta nasihat doktor. Doktor selalu pesan agar saya menjaga pemakanan. Pada saya nak makan apa-apa boleh tapi biarlah berpada-pada,” ungkapnya.
Berasa tenang tatkala mendaki bukit.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kisah mengharukan tentang Dr Siti Ruqyah Adnan yang kehilangan ayahnya beberapa jam sebelum konvokesyen, namun tetap bangga menunaikan impian ayah untuk melihatnya bergelar doktor.