Kena Marah Mak Setiap Hari, Anak Mengadu Polis Suruh Hantar Dirinya Ke Rumah Anak Yatim!

Share

Fasa pembesaran anak-anak memang banyak ragam dan kerenahnya. Adakalanya sanggup bertindak di luar jangkaan apabila dimarahi mak ayah.

Mengadu Polis, Minta Hantar Rumah Anak Yatim

Gara-gara dimarahi ibu kerana tidak menyiapkan kerja sekolah, seorang kanak-kanak di China sanggup melarikan diri dari rumah. Kanak-kanak berusia 10 tahun itu dilaporkan lari menuju ke balai polis untuk membuat aduan dan merayu untuk dihantar ke rumah anak yatim.

Media China baru-baru ini melaporkan insiden itu yang berlaku di Chongqing.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan budak lelaki itu meluru masuk ke balai polis Huixing di wilayah Yubei sebelum dihampiri oleh dua anggota polis.

Tak Siap Kerja Sekolah

Mereka kemudian mula berbual dan kanak-kanak itu memaklumkan dia ditegur oleh ibunya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah, lalu meninggalkan rumahnya untuk ke rumah anak yatim.

Setelah dipujuk oleh anggota polis berkenaan, budak lelaki itu akhirnya memberi maklumat nombor telefon ibu bapanya.

Polis kemudian menghubungi ibu kanak-kanak itu yang mengesahkan berlakunya pertengkaran antara mereka berdua mengenai kerja sekolah.

Namun, wanita itu tidak pernah menyangka anaknya sanggup melarikan diri untuk tinggal di rumah anak yatim hanya disebabkan perkara itu.

“Hampir setiap hari saya kena marah kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Jadi, saya meninggalkan rumah.

“Dia hanya membebel saya untuk belajar setiap hari. Saya lebih rela tinggal di rumah anak yatim,” kata kanak-kanak itu.

Selepas menenangkan kanak-kanak itu, polis menghubungi bapanya untuk membawa anaknya pulang ke rumah.

Kanak-kanak itu pada mulanya enggan pulang ke rumah, namun polis cuba memujuknya dan memaklumkan bahawa itu adalah pilihan terbaik berbanding tinggal di rumah anak yatim.

Mesti Baca:Hadiah Untuk ‘Teman Wanita’, Budak Prasekolah Bawa GELANG EMAS Mak Ke Tadika!
Baca Lagi Di Sini:Mak Ayah MARAH Anak Tanda Dia Sayang, Jangan Simpan Dalam Hati, Hargailah Mereka
Artikel Menarik:Marah Anak Jangan Keterlaluan Sehingga Lukakan Hati, Lagi Parah Timbul Dendam

Mingguan Wanita: Ragam anak-anak memang macam-macam.Ramai anak-anak yang macam ni, bila kena marah mulalah rasa mak ayah tak sayang nak lari dari rumah. Tapi niat dalam hati je, tak berani nak buat betul-betul.

Sumber: Utusan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab