Kena Faham Nak Muliakan Suami Bukan Perlu Jadi Hamba Kerja 24 Jam

Share

Nak muliakan suami bukan setakat kita sebagai isteri perlu menjaga makan pakai dia. Malah, bukan bermakna kita perlu mengabdikan diri kepadanya setiap masa. Jangan salah faham. Bukan itu caranya.

Sebagai isteri kita kena faham cara yang sebetulnya dalam memuliakan suami. Kerana suamilah kunci syurga isteri. Suami pula, janganlah pula menganggap isteri sebagai hamba. Kena patuh dan dengar segala katanya 24 jam.

Dalam rumah tangga, suami isteri kena ada tolak ansur dan saling memahami, membantu dan bertanggungjawab dengan tugas yang diberikan. Barulah rukun, aman dan damai sebuah keluarga.

Begitulah yang dikongsikan oleh Khairunnisa Nadiah 11 ini suapaya isteri dan suami di luar sna faham tentang tanggungjawab masing-masing.

Muliakan Suami

Sebagai isteri, kita kena faham muliakan suami ini bukan makna kena jadi hamba abdi kerja 24 jam sampai badan penat lepas tu mood asyik berubah jadi ribut taufan.

Kita faham diri kita sebagai isterikan. Buat mana yang mampu. Mungkin ada orang mampu 24 jam kerja tanpa rehat dan dia memang nak niat suami dia duduk saja kat rumah. Mungkin suami dia dah mewahkan dia.

Sekarang ada gadget/maid elektronik jika mampu bolehlah tambah koleksi untuk mudahkan urusan rumah.

Pada saya, apalah guna buat itu ini, korban itu ini mengharapkan pengiktirafan dari suami, ada yang tak kena mata terus sound suami depan anak anak, depan orang sebab kita rasa berhak.

Maklum sahaja telah banyak berkorban untuk suami.

Maruah Suami

Suami pun ada maruah. Dari nak khidmat, bertukar jadi tempah tiket di neraka. Huhu. Tapi kalau tak nak buat segala benda, jagalah juga tutur kata.

Suami kita bukanlah BFF, walaupun kita anggap dia sebagai BFF, teman sebantal dan kongsi susah senang.

Dialah kunci syurga isreri dan mana mungkin kunci sama martabat dengan yang memerlukan kunci kalau kita fikir logik akal.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini Perkahwinan Bukan Perlumbaan Tapi Perjalanan. Bahagialah Dengan Apa Yang Kita Ada

Niat LAYAN Suami Sebaik Mungkin, Biar Allah NILAI, Bukan Kita PENENTU

Isteri Jaga Kesihatan

Asasnya, isteri kenalah jaga kesihatan. Lebih-lebih lagi selepas bersalin. Badan yang sihat, emosi pun stabil kan? Ambillah sedikit peruntukan bulanan untuk kesihatan, tak mampu beli mahal cuba cari yang affordable. Tak mampu juga, cari resepi bancuh sendiri dari dapur.

Kemudian kalau rasa tak boleh juga buat sesuatu urusan rumah tangga, berkomunikasi dengan pasangan. Suami yang baik, dia akan prihatin dengan keadaan isteri. Tetapi prihatin gaya lelaki lah.

Mungkin dia akan terus tanya nak solusi apa atau dia cadangkan terus yang dia rasa sesuai dan berkesan untuk tangani masalah. Syukurlah walaupun dia tak respond macam kita nak. Maknanya dia masih sayang, dengan cara dia.

Nak buat khidmat, buat betul betul. Rasa tak nak buat pun buat cara yang betul dengan menjaga mulut dan persepsi diri kenapa aku tak nak buat. Bukanlah sebab laki tak layak di layan, atau memang nak kenakan suami.

Apa apa pun lain rumah tangga lain padang.

MW: Moga ia membuka mata isteri-isteri di luar sana.

Sumber: Khairunnisa Nadiah 11

Published by
Nora