Anak kena buli di MRSM, ibu kongsi anak dipaksa masak maggi Korea samyang 2 bungkus setiap malam. Budaya buli di asrama penuh sering dipaparkan di media massa. Sekolah tempat menuntut ilmu sebaliknya menjadi medan “ketakutan” pada pelajar-pelajar junior bila dibuli oleh senior.

Anak Kena Buli Di MRSM

Terkini,  seorang ibu @iqa.schamemey  meminta nasihat mengenai keadaan anaknya yang dibuli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Dalam perkongsian itu, ibu ini memaklumkan anaknya didera secara mental bila disuruh oleh pelajar senior untuk memasak maggi Korea Samyang dua bungkus setiap malam.

Satu bungkus berharga RM6 ke RM7 dan maggi ini perlu dibeli oleh anaknya. Sudah tentu ia memakan belanja yang besar.

Ibu Kongsi Anak Dipaksa Masak Maggi Korea Samyang 2 Bungkus Setiap Malam

“Malam tadi anak lelaki saya mengadu kat asrama dah tak tahan kena buli oleh senior Form 5 ni. Anak saya Form 1. Cara buli tu dengan memanggil anak saya ke biliknya untuk masakkan dia maggi. Setiap hari.
“Senior tu request maggi Korea samyang nak pulak sampai 2 pek. Satu pek tu RM6-7. Korang imaginelah hampir setiap hari,  habis prep malam suruh anak saya beli untuk dia dan masakkkan. Bukan pakai duit dia tapi pakai duit anak saya 😔.
“Mental anak saya didera. Anak saya sampai takut kalau tak sediakan maggi untuk senior tu takut kena pukul 😭. Anak saya mengadu sampai takut mohon pada saya jangan bagitahu warden atau cikgu.
“Sebab dia risau jika sampai ke pengetahuan senior ni,  bakal mengundang kemarahan senior tu. Saya hantar anak saya ke #MRSM untuk menuntut ilmu bukan untuk dijadikan mangsa buli. Apa perlu saya buat untuk bantu anak saya?

Selepas luahannya mula tersebar di media sosial, budaya buli ini di MRSM ini telah dikongsikan oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman di fbnya sebentar tadi dan di tag ke Pengerusi Mara iaitu Dato Asyraf Wajdi Dato Dusuki.

Ads

Ternyata kes buli ini menarik perhatian dari  Dato Asyraf Wajdi Dato Dusuki yang memberikan komen dirinya tidak boleh berkrompromi dengan apa jua bentuk buli.

Malah Dato Asyraf Wajdi memaklumkan pengurusan  MARA berpegang kepada prinsip YOU TOUCH YOU GO.

“Boleh saya tahu MRSM mana? Saya tidak boleh kompromi dengan apa jua bentuk buli. Lebih-lebih lagi jika melibatkan fizikal. Pengurusan MARA amat mengetahui bahawa saya berpegang kepada prinsip “YOU TOUCH YOU GO”. Tidak layak duduk dalam MRSM jika tidak boleh belajar hidup bermasyarakat dan berakhlak.

Kena Buli Di MRSM, Ibu Kongsi Anak Tertekan Dipaksa Masak Maggi Korea Samyang 2 Bungkus Setiap Malam

Ads

Buat masa ini, ianya masih baru dan nasib pembuli tidak di ketahui. Moga budaya buli ini berakhir kerana ada banyak kesan buruk dari baiknya.

“Saya turunkan ego saya…

Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.

Ads

Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.

Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.

Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI