'Kena Buang Kerja Tapi Tak Merempat, Bila Syukur Baru Datang Redha’ Padu Nasihat Pemandu Grab Ini

Hidup kita tak selamanya berada di atas. Ada masa Allah uji dengan ujian yang berat, menarik kita ke lantai rumput nan hijau. Ada ketika, Allah uji kita terbang tinggi ke awan biru. Apa pun ujian yang datang, formula hati tenang adalah BERSYUKUR.

Dan inilah perjalanan hati yang dilalui oleh seorang Agency Manager di Public Mutual Berhad, Maya Amir. Sembang bersama pemandu Grab usia 50-an yang memberi pengajaran indah yang bagus untuk sama-sama kita fahami.

Kerana itulah sebenarnya pun yang perlu diri kita terapkan dalam prinsip mencari rezeki halal di muka bumi ini.

 

‘Kena Buang Kerja Tapi Tak Merempat, Bila Syukur Baru Datang Redha’ Padu Nasihat Pemandu Grab Ini

‘Syukur Dulu Baru Hati Redha’ 14 Poin Ini Hadam Satu Persatu

Minggu lepas, kereta buat hal. Jadi saya pergi ofis Public Mutual naik grab. Grab driver saya kali ni bukan budak babyface macam kat Ipoh hari tu. Kali ni, ayah babyface. Nampak lingkungan umur 50-an.

Mula-mula saya macam tak nak borak sangat. Pagi kot, malas nak bukak mulut. (Kalau unit trust consultant lain tentu dah laju soal siasat). Saya diam jek. Tapi driver ni macam nak ajak borak.

Sebab dia macam abah-abah (Muka of courselah tak macam KJ tapi kulit ada macam KJ), jadi saya layan sambil mengiakan sikit-sikit. Tanda hormat.

Dia banyak cerita hal-hal agama. Lama-lama saya naik syok dengar dan kami bertukar pendapat dan sama-sama berkongsi tips.

Saya buat ringkasan ya:

1) Beliau resign. Panjang cerita. Saya pendekkan, company tempat beliau bekerja mengalami kerugian. Jadi, ramai staf dihint-hint suruh berhenti kerja. Jawatan terakhir beliau ialah General Manager.

2) Sebelum company yang last ni, beliau kerja dengan company lain. Yang tu lama berkhidmat. Tapi akhirnya kena VSS.

IKLAN

3) Jawatan tinggi, gaji besar dan company bagus tak menjamin perkhidmatan kita diperlukan sampai bila-bila. Takde yang kekal dalam hidup ini.

4) Sejak bawak grab, beliau banyak muhasabah diri. Sebenarnya banyak perkara yang berlaku di keliling kita ada tarbiyah tersendiri. Allah mahu mendidik kita.
Alhamdulillah kalau kita dapat berfikir. Adalah amat rugi, jika kita biarkan berlalu pergi dan tak ambil apa-apa iktibar.

5) Dulu kerja mengarah orang, lepas bawak grab, dia pulak diarah-arah. Hidup macam roda kan? Kejap kita kat atas, kejap lagi kita kat bawah.

6) Syukur. Apa-apa jadi kena syukur dulu. Kena buang kerja tapi hidup tak merempat. Makan pakai cukup. Ada kudrat dan badan masih sihat untuk cari rezeki. Anak dah besar panjang dan dah bekerja. Bukankah itu semua nikmat?

Bila syukur, baru datang redha. Kalau tak syukur, sampai bila-bila kita tak redha.

 

‘Kena Buang Kerja Tapi Tak Merempat, Bila Syukur Baru Datang Redha’ Padu Nasihat Pemandu Grab Ini

IKLAN

Siang Bawa Grab, Malam Wajib Untuk Keluarga

7) Kerja di siang hari. Malam masa untuk keluarga. Beliau akan pastikan sebelum Maghrib mesti stop bawa grab.

8) Anak muda jangan memilih kerja. Buatlah apa juga pekerjaan yang halal.

9) Kita tak perlu jadi ustaz atau ustazah untuk sampaikan ilmu dan kebaikan. Bila kita buat baik dengan orang, Allah akan temukan kita dengan orang yang baik-baik.

10) Solat awal waktu. Dan beliau akan pastikan beliau solat di masjid. Sebelum azan, beliau dah terpacak di masjid. Keluar masjid, on grab. Bertalu-talu Allah hantar customer. Non-stop.

11) Sedekah setiap hari. Nilai kecil takpe, yang penting ikhlas.

12) Bila kita buat apa yang Allah suka, Allah akan atur semua urusan kita mudah jek.

13) Ada seorang imam bagitahu beliau, kalau nak pergi haji tapi belum ada rezeki panggilan mahupun duit, baca selawat haji setiap hari.

IKLAN

Saya sertakan erti selawat haji

“Ya Allah limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW yang dengan rahmat itu semoga Engkau menyampaikan kami berhaji ke rumahMu yang mulia dan berziarah ke makam Nabi Mu Muhammad SAW kepadanya dipenuhkan kesejahteraan. Semoga kami sentiasa dikekalkan di dalam sihat walafiat, selamat dan tercapai segala hajat dan limpahkan pula rahmat, berkah dan salam kepada keluarganya dan para sahabatnya”

14) Ada orang Pakistan share pada beliau. Setiap pagi selepas Subuh, amalkan baca Yassin. Selepas itu, dimulakan doa dengan menyebut, Ya Allah, ini sunnah Rasulullah SAW dan aku mengikut semua sunnahnya. Kau permudahkanlah segala urusan ku hari ini dan makbulkanlah segala hajatku.

 

‘Kena Buang Kerja Tapi Tak Merempat, Bila Syukur Baru Datang Redha’ Padu Nasihat Pemandu Grab Ini

Kejutan Sebelum Turun Kereta

Ok tu jek kot. Kalau ada yang saya teringat balik, saya share lagi.

Tapi ada 1 perkara yang buat saya terkejut sebelum turun kereta.

Alhamdulillah, hari ini saya dapat ilmu dari adik. Dan adik juga dapat ilmu dari saya. Saya tak pandai menulis kat FB. Ada orang pandai menulis, jadi tulislah. Share pada ramai orang

Aikk! Dia tahu ke aku suka menulis? Ajaib ni. Mungkin muka ada cop penulis? Kahkah.

Silakan share sekiranya bermanfaat.

Moga-moga Encik Mohamed, Imam Masjid dan Orang Pakistan (serta saya) dalam cerita di atas dapat tempias pahalanya.

Sumber/Foto : Maya Amir (Adik, ehem)

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI