“Kena banyak bersabar & reda” Elfira kongsi tip tunaikan umrah bawa dua anak kecil. Sememangnya melakukan ibadah umrah banyak cabarannya.
Jika pergi bersama pasangan tidak ada masalah namun jika bawa bersama anak-anak kecil sememangnya sesuatu yang sukar.
Pelakon Elfira Loy yang kini berada di tanah Suci Mekah menunaikan umrah berkongsi pengalamannya.
Elfira dan suami, Faris Khairol serta dua anak mereka, Rayyan, 4, dan Aria sudah berada di Mekah sejak minggu lalu.
Berkongsi di akaun Instagramnya, Elfira akui pengalaman pertama menunaikan umrah bersama dua anaknya yang masih kecil mencabar kerana anak bongsunya, Aria yang berusia lapan bulan masih menyusu badan.
“Hajjah kecil ini (Aira) kalau dah tidur, baru saya boleh bernafas sikit. Saya berasa ‘part’ (bahagian) paling susah sikit sebab Aria jenis ‘melekat’ je dengan saya.
“Lepas tu ‘breastfeeding’ (menyusu badan) lagi kan, jadi mencabar sikit. Tapi sebab memang dah tetapkan dalam fikiran, ‘trip’ (perjalanan) ini untuk anak-anak, jadi saya dan suami lebih ‘chill’ (tenang) sedikit,” tulisnya.
Elfira turut menjelaskan dia memang gementar untuk membawa dua anaknya bersama.
“Tapi bila kami sudah sampai di Tanah Suci, alhamdulillah, boleh dengan izin Allah,” luahnya.
Ibu kepada dua anak itu juga berkongsi tip buat mereka yang mahu membawa anak-anak kecil ke Mekah.
“Tips saya untuk membawa anak-anak buat umrah ini kena banyak bersabar. Kena banyak reda kalau kita tak dapat banyak peluang untuk melakukan ibadah.
“Contohnya pergi Raudhah. Hari tu saya sudah ‘book’ (tempah) slot tapi terlewat 10 minit terus tak boleh masuk.
“Siapa tak sedih kan takkan nak marah pada anak-anak? Apa yang perlu kita buat? reda je. Insya-Allah, doa dekat mana pun Allah dengar, ‘hopefully’ (harap) masih ada peluang untuk saya, doakan ok.
“Tapi kalau nak betul-betul beribadah, saya tak cadangkan anda (ibu bapa) untuk bawa anak kecil kecuali ada orang yang boleh tolong dan dia betul-betul faham ini untuk tolong jaga anak-anak,” tulisnya.
Baca Disini : Elfira Mohon Doakan Dirinya “Tubuh Badan Perlukan Rehat, Terlalu Banyak Berfikir Mampu Menyakitkan”
Petua Elfira Loy Bagi Anak RAMBUT LEBAT, Tak Kusut, Gunakan 3 Bahan Secara Rutin
Sumber / Sumber Foto : Instagram Elfira Loy