“Kemiskinan Orang Jangan Dibuat Mainan Atau Gurauan” Fedtri Yahya

Share

“Kemiskinan Orang Jangan Dibuat Mainan Atau Gurauan” begitulah antara luahan personaliti TV popular Fedtri Yahya.

Mengulas isu mengenai sebuah video yang kini semakin tular tentang seorang pensyarah di sebuah universiti awam yang telah menegur pelajarnya sewaku menjalani kelas Online.

Di mana pensyarah tersebut telah memarahi pelajarnya yang hanya menggunakan telefon pintar berbanding laptop bagi tujuan pembelajaran.

Menerusi hantaran video dan kapsyen yang dimuat naik menerusi Instagramnya, Fedtri memberikan pendapatnya tersendiri. Malah dia turut menegaskan kemiskinan orang tidak boleh dipersendakan.

“Kemiskinan Orang Jangan Dibuat Mainan Atau Gurauan”

“Saya kira kemiskinan orang jangan dibuat mainan atau gurauan, lain keluarga lain apa yang terjadi dalam keluarga itu.

“Terutama bila mak dah tak ada. Lagi-lagi bila mak dah tak ada macam-macam boleh berlaku. Adik beradik pun bawa diri.

“Saya harapkan sekalipun dalam kesempitan dalam mencari ilmu, pensyarah juga perlu ada impati.

“Paling utama bahasa dan adab sangat penting, kerana bahasa boleh menyakitkan hati dan melibatkan emosi.

“Mungkin ada cara lain untuk membantu, daripada marah-marah baik kita bantu,” ujar Fedtri.

Santuni Emosi Golongan Kurang Berkemampuan

Menerusi ruangan kapsyen hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya pula, Fedtri berkongsi perihal pemilihan kata dan bagaimana ‘menyantuni’ emosi orang yang berkurangan.

“Saya hanya menjawab persoalan, memandangkan isu tengah hangat dan tular.

“Apa yang ingin saya ketengahkan ialah perihal pemilihan kata dan bagaimana ‘menyantuni’ emosi orang yang kekurangan dalam bab kewangan dan harta.

Memang Ada Yang Betul-Betul Tak Mampu

“Berdasarkan pengalaman, memang ada yang betul-betul tak mampu. Dari segi pelbagai faktor.

“Lain keluarga lain bentuk masalah yang dihadapi. Kadangkala, bukan apa yang kita bicarakan tetapi bagaimana kita berbicara,” ulas Fedtri.

Cara Menegur Adab Kena Selaras, Jangan Main Hentam Saja – Komen Warganet

Menerusi ruangan komen ramai warganet yang bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Fedtri Yahya.

Sumber Video : Tik Tok Ariefeddy

Menarik Lagi : Disebalik Kejayaan Fedtri Yahya “Isteri, Anak-Anak Tercinta Sentiasa Menjadi Sumber Kekuatan, Inspirasi”

Golongan M40, B40 Elok SIMPAN Je Duit RM7,000 Tu

Sumber / Sumber Foto : Instagram Fedtri Yahya

Mingguan Wanita : Sememangnya bukan semua orang hidup senang dan bertuah.

Sedihnya mak ayah naik pentas konvokesyen wakil arwah anak ambil skroll.

Isteri sememangnya mengharap suami hanya mencintai dirinya.

Cara Eina Azman pikat hati suami, boleh cubalah mak-mak.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

 

Published by
Norhayati Suboh