Menjadi kebiasaan bila cuti sekolah, lokasi pelancongan akan jadi penuh sesak kerana musim cuti persekolahan yang serentak. Mungkin selepas ini mak ayah boleh menarik nafas lega kerana cadangan terkini daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan bahawa cuti sekolah akan dibuat secara berperingkat mengikut zon negeri-negeri bagi mengelakkan berlakunya kesesakan tersebut.
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan akan mencadangkan supaya cuti sekolah dibuat secara berperingkat bagi memacu sektor pelancongan dan mengurangkan kesesakan di beberapa tempat tumpuan pelancong tempatan.
Cuti Sekolah Tiga Penggal Pertama
Timbalan Menterinya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, berkata pihaknya mencadangkan supaya cuti sekolah bagi tiga penggal pertama persekolahan dibuat secara berperingkat mengikut negeri, yang biasanya pada Mac, Jun dan September.
“Mungkin kita boleh bahagikan negeri di kawasan utara, selatan dan pantai timur supaya tempoh minggu cuti sekolah di negeri ini berbeza antara satu sama lain.
“Dengan cuti sekolah secara berperingkat ini, kawasan tumpuan pelancong dalam negara akan menerima jumlah kunjungan pelancong lebih sekata sepanjang masa dan bukannya seperti keadaan sekarang apabila keadaan menjadi terlalu sesak menjelang tiba cuti sekolah.
Ads
“Kami sedang mengumpul data dari pihak hotel dan pengusaha sektor pelancongan sebelum berbincang dengan Kementerian Pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Arkeologi Negara Keempat, di sini, hari ini.
Kecuali Cuti Hujung Tahun
Bakhtiar berkata, pada musim cuti sekolah, kebanyakan tempat tumpuan pelancong sesak, seperti di Melaka dan Cameron Highlands.Cadangan itu bagaimanapun, katanya, tidak akan membabitkan cuti hujung tahun yang seragam di seluruh negara.
Beliau berkata, beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat dan Australia juga sudah mengguna pendekatan itu bagi mengelak kesesakan pelancong.
Ads
Sementara itu, Bakhtiar berkata, pihaknya sedang mendapatkan persetujuan daripada beberapa kerajaan negeri untuk membolehkan empat lagi destinasi di Malaysia diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Empat tapak itu adalah Taman Negara; Royal Belum di Grik, Perak; Permatang Kuarza di Gombak, Selangor dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
“Kami berdepan beberapa cabaran untuk mendapatkan persetujuan daripada kerajaan Pahang, Kelantan dan Terengganu bagi tapak Taman Negara sejak 10 tahun lalu, tetapi bagi tiga tapak lagi, tiada sebarang masalah.
Ads
“Saya harap ketiga-tiga negeri ini dapat memberi persetujuan segera supaya kami dapat memanjangkannya kepada UNESCO,” katanya.
Pada masa ini, empat tapak di Malaysia sudah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia iaitu Georgetown, Pulau Pinang dan Melaka; Lembah Lenggong di Perak; Taman Negara Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Mulu di Sarawak.
Sebagai rekod, Malaysia kini mempunyai 965 tapak arkeologi dengan 822 tapak berada di daratan, manakala 143 tapak lagi di dasar laut.Sebanyak 13 tapak diwartakan sebagai Tapak Warisan Negara dan lapan lagi sebagai tapak warisan di bawah Jabatan Warisan Negara.
Mungkin juga ada rasionalnya cadangan ini.Jadi buat mak ayah setuju ke cuti sekolah dibuat secara berperingkat?
Ramai yang tahu bahawa setiap rakyat Malaysia yang layak dan memenuhi kriteria tertentu, wajib membayar cukai daripada sumber pendapatan yang diperolehi.Namun masih ramai yang enggan atau gagal berbuat demikian.
Kena sedar bahawa membayar cukai merupakan satu kewajipan sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab untuk masa depan negara. Cukai pendapatan ini pula boleh dibayar menerusi LHDN.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) merupakan salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.
LHDNM ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperoleh lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.
Pesanan buat individu yang menjalankan perniagaan, jangan lupa isi eFiling yang bakal berakhir pada 15 Julai 2019 ini. Boleh layari https://ez.hasil.gov.my/CI/ untuk lebih mudah, tepat dan selamat.
Selain itu, berita baik buat individu yang mahu membayar cukai sekaligus menjadi warganegara yang bertanggungjawab, rebut segera tawaran Pengakuan Sukarela oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) yang bakal berakhir pada 30 September 2019 ini.
Semak diri anda, sekiranya tergolong dalam kategori berikut?
Tidak pernah berdaftar dengan LHDNM
Belum mengemukakan Borang Nyata Cukai
Terkurang lapor pendapatan
Tidak lapor keuntungan pelupusan aset
Gagal membuat penyeteman surat cara dalam tempoh yang ditetapkan
Jika ya, jom rebut tawaran pengakuan sukarela oleh LHDNM sekarang.
Penalti 10% ke atas cukai sekiranya anda membuat pengakuan mulai 3 November 2018 hingga 30 Jun 2019. Pastikan bayaran cukai dibuat pada atau sebelum 1 Julai 2019.
Mulai 1 Julai 2019 hingga 30 September 2019, penalti ke atas cukai yang dikenakan akan dinaikkan kepada 15%. Bayaran cukai perlu dibuat pada atau sebelum 1 Oktober 2019.
Untuk maklumat lanjut hubungi HASiL Care Line: 1-800-88-5436 atau layari www.hasil.gov.my
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nak masak Nasi Ayam Thai ni, kena pastikan nasinya sedap dulu baru tekan yang lain-lain. Jadi kali ini Puan Nik Nur Adibah Athirah bongkar cara masak ayam yang mungkin ada sesetengah mak-mak masih tak tahu.
Luahnya, ini adalah percubaan pertama buat Nasi Ayam Thai, kalau nak cuba sila godek resepi ini ya…
Resepi Nasi Ayam Thai
Cara Buat Sup
Ayam
Halia
Bawang putih (ketuk)
Bawang merah (mayang)
Halia (ketuk)
Akar daun ketumbar
Kiub ayam
Garam
Masuk semua bahan, masak hingga ayam masak.
Sos
Gula merah
Kicap pekat
Sos ikan/kicap sotong
Cuka
Bawang putih (cincang)
Halia (cincang)
Cili padi hiris nipis
Daun ketumbar (cincang)
Serbuk perasa
Sedikit air
Masuk bahan semua sekali dan perasakan
Nak Buat Nasi Ayam Sedap
Basuh beras dan masukkan sup yang dimasak tadi dan susun ayam dalam beras tadi. Masak nasi macam biasa hingga masak.
Jangan lupa simpan sup tadi sikit untuk makan bila nasi dah siap.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Luahan hati pelakon Catriona Ross mendedahkan bagaimana selama ini hak kebebasan bersuara segelintir anak-anak seni telah disekat. Buatkan dirinya berasa bimbang mahu berkongsi walau sekeping gambar bersama individu politik seperti YB Nurul Izzah Anwar yang dikagumi. Fahamilah jiwa anak seni ini melalui catatan tulusnya.
Dan bersempena dengan kedatangan Ramadhan, Catriona mahukan sesuatu yang lebih baik daripada pihak pemerintahan yang baru dengan membenarkan anak-anak seni ini menikmati erti sebenar kebebasan.
Rupanya inilah yang dipendam selama bertahun-tahun, “Assalammualaikum, Ramadhan Kareem buat semuanya. Sempena malam istimewa ini, saya pilih untuk menyatakan apa yang tersirat di hati saya selama ini.”
Malam pembuka Ramadhan ini, Catriona berkongsi fotonya bersama YB Nurul Izzah Anwar. Katanya, foto itu telah tersimpan lama. Ini kerana, dia tak boleh dan dilarang mendedahkannya.
“I knew uploading this picture back then wil bring harm to me.”
Pernah Dalam Pemantauan Sesetengah Pihak
Suatu waktu dulu, selebriti dan personaliti tanah air barangkali berada on a ‘watch list’ yang mana foto-foto begini jika dilihat boleh mengakibatkan seseorang selebriti digam, digantung kerja, ditamatkan kontrak dan sebagainya. All in the name of capitalism.
“Today, I ask from anyone and everyone, pada kerajaan terkini juga seandainya bertukar tangan di masa hadapan, allow us what was written in the Declararion of Independence.”
Jika benar kita merdeka dari penjajah, let us be. Jika benar kami anak merdeka, let us be, Jika benar jiwa-jiwa dan hati-hati kita merdeka, allow us untuk bebas bercerita kisah dan berkongsi rasa in the name of Freedom of Speech.
Tolong Hentikan Ini..
Pinta Catriona Ross lagi, “Hentikan penganiyaan pada selebriti dan personaliti kerana terlanjur mempamerkan foto individu berlainan kelompok.”
“Hentikan sekatan rezeki buat selebriti dan personaliti kerana mungkin fahaman politik barangkali berbeza.”
“Bukan kah kata kita, kita sudah merdeka?”
Semoga apa yang terbuku di dalam hati Catriona Ross ini terlerai juga akhirnya. Dan dalam bulan yang mulia ini, sama-samalah kita mohon kebaikan untuk semua.
Moga Malaysia Baru ini akan menjadikan negara kita semakin bagus ekonominya, sosialnya malah pemikiran rakyatnya lebih positif ke arah kebaikan.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...