Tak dapat bayangkan, dirinya mempunyai adik kembar yang telah terpisah sejak dari kecil. Kembar terpisah ketika berumur 3 hari. Segalanya terbongkar selepas ibu kandung meninggal dunia dan meninggalkan amanah untuk mencari adiknya.
Dalam video tiktok yang dikongsikan oleh @deadly.heart133 menceritakan tentang amanah arwah maknya supaya mencari adiknya terpisah sejak 15 tahun lalu.
Mereka mempunyai 4 orang adik beradik. Di bawahnya ada sepasang adik kembar. Tapi, ditakdirkan maknya telah berikan salah seorang anak kembarnya pada orang lain. Langsung tak ada khabar berita selepas itu.
Ads
Sebaik maknya meninggal dunia, satu wasiat diberikan kepada beliau supaya mencari kembar adiknya yang telah terpisah sejah 15 tahun.
Melawat pusara ibu.
Akhirnya dengan kuasa viral tiktok, adik beradik kembar, Muhammad Haziq Iskandar dan Muhammad Haziq Ikhwan ini bertemu kembali.
Ads
Mingguan Wanita : 15 tahun terpisah dan tak sangka mereka ada kembar seiras. Gembira dalam sedih sebab tak dapat merasai kasih sayang seorang mak yang telah pergi selamanya.
Jangan pandang rendah pada penghantar makanan. Kita tak tahu survival mereka. Kadang-kadang, mereka inilah punyai pendapatan harian yang lebih banyak berbanding dengan orang makan gaji.
Ada sesetengah penghantar makanan ini bukanlah dari mereka yang tidak pendidikan. Sebaliknya, mereka ini adalah golongan intelektual yang mencari rezeki sambilan dalam meneruskan hidup.
Mungkin ada juga yang penghantar makanan ini bekerja sambilan. Daripada membuang masa, sekurangnya jadi ‘rider’ ini bolehlah tambah pendapatan. Sebab itulah, jangan pandang rendah pada mereka.
Begitu juga usaha rider ini, dia bukan calang-calang orang. Bekerja sambil belajar dalam pengajian tertingginya, Ijazah Kedoktoran.
Segelintir masyarakat beranggapan penghantar makanan adalah mereka yang tidak mempunyai sijil pendidikan. Semuan ini tidak benar. Sebaliknya, mereka ini adalah orang yang tidak memilih pekerjaan mengikut taraf pendidikan yang dimiliki.
Begitu juga dengan penghantar makanan ini, Mohd Akmal Azhar, 36 tahun. Dia bukan calang-calang rider kerana usaha gigih dan kerja kerasnya telah membuahkan hasil dan bergelar graduan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Teknologi Farmaseutikal dari Universiti Malaysia Pahang (UMP).
“Memang ada pelanggan tanya kenapa saya jadi ‘rider’ Foodpanda, tetapi kemudiannya mereka faham, ini semua adalah untuk ‘survival’
“Jadi, jangan sesekali kita menilai buku hanya dengan melihat kulitnya dan kita tidak boleh pandang rendah kepada penghantar makanan ini sebab bukan semua tiada pelajaran,” katanya
Mphd Akmal mengakui bekerja sebagai penghantar makanan dan dalam masa yang sama menyiapkan tesis PhD adalah sangat mencabar. Dia menghabiskan masa antara 10 hingga 12 jam sehari menghantar makanan yang dipesan pelanggan di sekitar Kuantan.
“Apabila buat penghantaran itu, dapatlah pulangan dan perasaan itu membuatkan saya untuk terus mencari duit selagi boleh.
“Namun, dalam masa sama kita ada tanggungjawab lain kerana kita perlu selesaikan urusan pengajian, jadi saya kena pandai bahagikan masa,” katanya.
Mohd Akmal memperuntukkan masa satu jam sekurang-kurangnya setiap malam bagi penulisan tesis. Dia yang turut memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam Bidang Pengajian Bioteknologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata buat masa ini akan meneruskan pekerjaannya sebagai penghantar makanan sementara mendapat tawaran dari mana-mana pihak.
Kurnia Sumbangan Dari Istana Pahang
Kisahnya ini turut menarik perhatian pihak Istana Pahang. Sehingga dia diundang ke Istana Abdul Aziz mengadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
.
Dalam pertemuan itu, Tengku Hassanal turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada Mohd Akmal atas kecekalan dan kejayaan beliau menyiapkan tesis pengajian dengan sempurna.
“Tiga tahun pertama saya sememangnya fokus dalam tugasan di makmal. Tahun keempat saya mula fokus dalam penulisan tesis dan perlu mencari sumber pendapatan sendiri bagi membiayai pengajiannya itu.
“Memandangkan ketika itu negara dilanda pandemik Covid-19, justeru saya memilih untuk bekerja di waktu siang sebagai penghantar makanan untuk menambah pendapatan dan menyiapkan penulisan tesis pada waktu malam,” katanya.
Sebelum ini, dia pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Pahang selama enam tahun sebelum kontraknya tidak disambung pada tahun 2017.
Tugas Harian Rider
Katanya, memandangkan jarak antara kediamannya di pekan Gambang ke bandar raya ini kira-kira 50 kilometer, seawal jam 9 pagi, dia sudah keluar dari rumahnya.
“Sekarang saya perlu kerja lebih kuat dan isteri saya baru melahirkan anak ke 6 kami.
.
“Saya akui kerja ini ada risiko, tapi saya bersyukur sekurang-kurangnya ada juga kerja untuk dijadikan sumber pendapatan,” katanya.
Mingguan Wanita : Hebat dia, siang kerja rider malam siapkan tesis. Moga terus maju jaya Dr Akmal.
“Hati Saya Dah Berpunya, Tak Berminat Nak Cari No 2,” itu antara reaksi daripada Menteri Kewangan, Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz,48 apabila namanya dikaitkan⠀oleh janji manis scammer.
Mangsa berusia 59 tahun yang bekerja sebagai guru tadika itu juga dijanjikan hadiah wang tunai RM1 juta dan sebuah kereta mewah jenis Rolls-Royce sekiranya bersetuju untuk menjadi isteri lelaki itu.
Nasihat Jangan Mudah Terpedaya
Dalam perkongsian di Instagram, Tengku Zafrul nyata berasa terkejut apabila ada pihak menabur janji manis dan yang mengaku sebagai ‘Menteri Kewangan’. Beliau turut menasihatkan agar wanita tidak mudah terpedaya dengan penipuan yang dilakukan.
“Saya terkejut bila baca ada wanita terpedaya dengan janji-janji manis scammer yang mengaku Menteri Kewangan sehingga menyerahkan wang sebanyak RM4,200.”⠀
⠀
“Saya minta semua di sana berhati-hati dengan pelbagai scam di luar sana. Semak dengan pihak berkuasa kalau ada perkara yang mencurigakan. Jangan mudah percaya dengan janji manis orang yang tidak dikenali.”ujarnya.⠀
Tak Berminat Cari Isteri No 2
Disamping itu, ayah kepada empat orang cahaya mata ini juga menjelaskan bahawa dirinya tidak berminat untuk berkahwin lain (poligami) malah tak perlu sama sekali menerima ‘tawaran cinta’ untuk menjadi ‘isterinya’.
⠀ “Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah. Hati saya dah berpunya dan saya tak berminat nak cari no 2.” ⠀
“Pesanan ini juga khas untuk isteri saya,” ujar beliau.
Untuk makluman, Tengku Zafrul telah 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datin Sri Johanna, yang juga seorang kerabat diraja Selangor-Negeri Sembilan. Pasangan bahagia ini juga dikurniakan dengan empat orang cahaya mata bernama Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.⠀
Mingguan Wanita: Semoga penerangan ini memberi penjelasan buat wanita, mahupun sesiapa sahaja agar jangan mudah percaya dengan segala ‘janji manis’ yang ditawarkan.
Kedua bayi kembar Medina Safiya dan Medina Sofiya ini iras arwah ibu mereka, Allahyarham Siti Nur Nasuha, 23 yang meninggal dunia pada 14 April lalu. Kebesaran anugerah Ilahi ini, dirasai oleh ayah mereka, Syazwan Najmi Zulkarni, 23.
Maklumnya, kedua kembar perempuannya membesar dengan baik. Malah, mereka ada iras wajah isterinya. Biarpun keduanya dilahirkan pra-matang pada penghujung Mac lalu, kedua-duanya semakin montel.
Diam tak diam, sudah dua bulan rupanya arwah isteri Syazwan meninggalkannya dan bayi mereka. Allahyarham meninggal dunia selepas mengalami komplikasi selepas melahirkan cahaya mata sulungnya itu.
Dalam tempoh dua bulan itulah, bayi kembar ini menerima kasih sayang daripada ayah dan kedua nenek mereka yang tinggal saling berdekatan.
Suami ini tak pernah sedikit pun melupakan pengorbanan isteri. “Pengorbanan arwah isteri menjadikan saya dapat bergelar seorang ayah. Dan saya tak akan sia-siakan setiap detik manis bersama si kembar kami.”
Sungguh setiap momen bersama anak kembarnya akan diabadikan di laman facebook miliknya. Pasangan kembar ini pun dah ada peminatnya yang tersendiri.
Akui bapa ini lagi, gelaran bapa memberinya satu perasaan yang cukup istimewa. “Saya tak sabar menunggu kembar ini boleh bercakap. Mahu dengar dia ucapkan Hari Bapa kepada saya.”
Anak Kembar Iras Arwah Isteri Dijaga Secara Bergilir
Selepas pemergian isteri tercinta, kedua anak kembarnya di bawah jagaan Syazwan dengan dibantu secara bergilir oleh ibu dan ibu mentuanya.
“Buat masa sekarang kedua anak ini dalam jagaan keluarga saya dan mentua secara bergilir kerana rumah mereka tak jauh antara satu sama lain.”
Memandangkan dia bekerja bersama ibu dan ayah di kantin hospital dekat Tumpat, anak-anaknya itu lebih kerap ada di rumah mentuanya.
Malah, ibu mentuanya, Maharani Abdul Rahman, 43 pun tak keberatan menjaga cucu-cucu mereka. Menatap wajah cucu-cucunya itu membuatkan rindunya pada arwah semakin terubat.
Kedua kembar ini ibarat anugerah yang tak ternilai, yang tuhan berikan selepas pemergian anak keduanya itu.
“Pemergian (arwah) Nasuha agak mengejutkan. Tapi kami redha kerana itu adalah asbab kematiannya. Dia tinggalkan dua cahaya mata yang comel ini sebagai amanah untuk kami. Dan kami takkan sia-siakannya.”
Malah, ada juga yang menyatakan keinginan mahu mengambil si kembar ini menjadi anak angkat.