Kematian Yang Dicemburui, Warga Emas MENINGGAL Ketika Solat Isyak Berjemaah

Share

Kematian yang sangat dicemburui, seorang warga emas meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat Isyak berjemaah. Allahyarham dikatakan merupakan jemaah yang tegar menunaikan solat Jemaah pada setiap waktu di masjid.

Orang yang baik, sudah tentu dia pergi dengan cara yang baik. Semoga keluarga allahyarham tabah menghadapi ujian ini dan Allah akan mengampunkan dosa-dosanya. Amin.

Tak Pernah Culas, Jatuh Dalam Rakaat Kedua Isyak

Di Kajang, seorang warga emas meninggal dunia ketika solat Isyak berjemaah di Masjid Bandar Seri Putra di sini, malam tadi (kelmarin).

Pengerusi masjid, Dr Mohd Farid Ravi Abdullah berkata, ketika kejadian, Abdul Latif Salleh, 75, tiba-tiba jatuh ketika solat.

“Arwah seorang jemaah tegar Masjid Bandar Seri Putra dan setiap waktu akan datang berjemaah ke masjid ini dengan menunggang motosikal.

“Dia tiba-tiba jatuh ketika dalam rakaat kedua sebelum masuk rakaat ketiga waktu solat Isyak malam tadi,” katanya ketika dihubungi.

Baca Juga Di Sini:

Tanya Khabar Mak Ayah! Warga Emas Antara Kes Kematian Covid-19 Paling Tinggi

Ajal Maut Rahsia Allah, Bersedialah Untuk Kematian

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Kematian Dicemburui Kerana Meninggal Ketika Solat

Katanya, cara kematian arwah memang dicemburui kerana meninggal dunia ketika sedang solat dan arwah tidak menunjukan sebarang perubahan ketika hadir ke masjid ini untuk solat berjemaah.

“Ketika itu arwah solat di saf kedua dalam keadaan ikut prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan sosial. Cara kematian ini amat baik, ketika solat berjemaah di masjid.

“Arwah ketika itu sedang berdiri sebelum jatuh… terus tidak sedarkan diri dan cuba diberi bantuan pernafasan.

“Pihak masjid kemudiannya menghubungi ambulans yang membawa arwah ke hospital Serdang sebelum disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

“Ini kejadian pertama jemaah meninggal dunia ketika sedang solat di masjid ini,” katanya.

Mohd Farid berkata, jenazah selamat dikembumikan 10.45 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Bandar Seri Putra, Kajang.

MW: Semoga Allah menempatkan arwah dia kalangan orang beriman. Semoga kita semoga kita beroleh pengkahiran sepertinya. Insyallah. Amin.

Sumber: myMetro

Published by
Syazwani Mehat