Ternyata, kematian isteri adalah kehilangan paling perit buat suami kerana bukan mudah padamkan memori hidup bersama semenjak diijabkabulkan.
Perkataan redha mungkin mudah diungkap namun amat payah untuk melaluinya. Tentu saja ia mengambil masa agak lama, apatah lagi arwah pergi dengan meninggalkan pelbagai kenangan bersama.
Kehilangan pasangan hidup sudah tentu tidak akan sama dengan kehilangan orang lain. Isteri adalah nyawa, “the other half” dan sentiasa memahami luar, dalam suaminya.
Ikuti perkongsian Nazri Ahmad dan fahami yang dia cuba sampaikan:
Terbaca awal pagi tadi yang Siti Sarah meninggal dunia.
Bagi para suami, kematian isteri adalah satu kehilangan paling perit. Setakat sekarang, itu satu pengalaman hidup paling memberi kesan pada emosi saya dan sangat menyedihkan bagi saya sebagai suami.
Bagaimana baik pun tahap keharmonian rumah tangga anda bersama isteri, akan datang silih berganti penyesalan demi penyesalan of not doing good enough as a husband semasa hayat si isteri.
Ini bukan kehilangan ibu atau bapa. Ini kehilangan pasangan hidup kita. Kehilangan seseorang yang kenal kita sebagai suami isteri luar dalam, yang tersurat dan tersirat, kenal perilaku kita suami yang tidak dipamerkan ke umum, kenal kita suami semasa ups and downs.
Shuib akan lalui satu ketidaktentuan emosi lepas ni. Bukan mudah nak padamkan memori semasa mereka masih hidup. Hidup bersama memori-memori itulah yang killing us inside.
Baca Juga Di Sini:
Siti Sarah Selamat Dikebumikan, Anak-Anak Masih Belum Tahu Berita Sedih Pemergian Ibu Tercinta
SITI SARAH, Ikon Cerita Pengorbanan Ibu-Ibu Yang Biasa Kita Terlepas Pandang
Shuib Tunai Hasrat Allahyarham, Siti Sarah Ingin Dikebumi Sebelah Arwah Ibu
Tidak Hairanlah Betapa Dekatnya SITI SARAH Di Hati Semua
Pesan saya ke saudara dan kawan-kawan, even sampai sekarang. Hargailah isteri anda. Jaga dan lindungi isteri. Kita suami ini lah pelindung isteri. Sayangi isteri sepenuh hati.
Mereka ini tinggalkan ibu bapa, keluarga yang berpuluh tahun hidup bersama. Hanya untuk bersama kita dan lalui hidup berumahtangga bersama kita. Zalimlah diri suami andai gagal lindungi dan bahagiakan isteri.
Terus kuat ye Shuib Sepahtu
demi diri sendiri dan anak-anak. Shuib mampu hadap semua ni. Shuib kuat, sebab tu Allah duga sebegini.Nazri Ahmad
Mingguan Wanita : Benarlah hanya yang pernah melalui sebuah kehilangan yang memahami apa yang dirasai Shuib buat masa ini, Bukan mudah hilang isteri tercinta, di saat dia baru saja menghadiahkan anak. Allahuakbar ampunkanlah dosa-dosa Siti Sarah. Al-Fatihah.
Sumber : Nazri Ahmad
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita