Kemas sungguh bahagian dapur tambahan Zaza Zalina ini. Susun aturnya pun teratur dan boleh dijadikan inspirasi kemas rumah untuk geng mak-mak yang lainnya. Sentuhan klasik itu yang buat mudah jatuh hati.
Kata Zaza, “ni cara saya mengemas di dapur. Rak kayu dan rak rotan lama tu pun masih elok. Boleh digunakan untuk letak bawang dan periuk-periuk.”
Yang penting, dapur klasik Zaza ini mengamalkan penjimatan ruang dan barang dapur yang masih boleh digunakan tak dibuang, tapi digunakan semula.
Orang lama yang masih gunakan periuk lama.
Dulu-dulu rotan ni tempat letak suratkhabar dan majalah. Sekarang akak gunakan untuk letak dulang-dulang.
Bakul yang isi bawang tu pun dulu-dulu mak kita pakai untuk alas kuali dan periuk panas. Bukan sekadar panas aje tau….untuk selamatkan meja comot sebab masak dapur kayu, bawah kuali tu jadi hitam legam hehee. Dipanggil lekar.
Kicap dan sos selalu guna, tak sempat simpan esbok dah habis.
Sekarang musim durian kan… memang sesuai gunakan dulang ni tau.
Ni tempat letak hanger dan sepit baju, kuali, besen-besen dan lain-lain peralatan dapur.
Penyapu dan mop akak sangkutkan di grill ujung tu. Bahan pencuci dalam bakul.
Di dapur pun kena ada cermin. Senang tengok tudung senget ke tak bila tiap kali bunyi pin pin pos laju hantar barang shopee yang anak-anak order. Belah kiri tu rotan tepuk-tepuk karpet… gantung aje la senang nak capai.
Baca sini : Anak bujang hadiahkan tudung saji moden bertingkat, meja bertukar kemas teratur.
Sumber/Foto : Zaza Zalina *Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis.