Sebaik selesai makan di kedai makan atau restoran, rajin-rajinkanlah untuk kemas pinggan mangkuk atas meja itu. Bukan suruh basuh sampai ke sinki kedai, cuma susun bagi kemas, mudah untuk pekerja membersihkan dan kemas meja makan kita itu kelak.
Dan amalan sebegini sudah menjadi rutin buat keluarga Rohayah Ropa. Katanya inilah yang selalu dilakukan apabila menikmati hidangan di mana-mana kedai makan atau restoran bersama keluarga.
Kongsinya,
“Ini bukan masak tak jadi.
Sebaliknya, ini amalan yang selalu kami lakukan bila makan mana-mana kedai atau restoran.
Kasihan pekerja penat bekerja,
Walaupun itu tanggungjawab mereka,
tapi kita permudahkan kerja mereka.
Katanya lagi,
“Dalam rezeki kita, ada rezeki mereka.
Dan dalam rezeki mereka, ada rezeki kita.
Sebaik-baik SYUKUR adalah dari sekecil pemberian.
Syukur Alhamdulillah.”
Baca sini : Kemas susun atur dapur tambahan, sentimental klasik itu buat orang suka
MW : Selain berkait soal rezeki, sebenarnya sikap kemas meja makan ini boleh dididik dari rumah lagi. Jika boleh dididik anak-anak agar berdisiplin dengan mengemas meja selepas makan, tentunya itu satu amalan yang bagus untuk diterapkan.
Jadi, terbiasa. Bila selesai saja makan di kedai, terus automatik tak suka nampak bersepah-sepah. Rasa nak susun dan kemas bagi teratur.
Mudah nanti pekerja nak ambil dan asingkan terus sisa makanan ke tong sampah.
Haa.. dekat IKEA pun diterapkan konsep sebegini. Asing siap-siap sisa makanan anda, kemas meja, letak pinggan mangkuk kotor di tempat yang disediakan.
Cara yang diperkenalkan ini tujuannya untuk meminimumkan harga makanan. Dengan itu, tak perlu dah nak bayar pekerja untuk kemas meja makan.
Kita sendiri dah buat semua itu. Mudahkan konsepnya.
Jadi, marilah terapkan amalan murni sebegini. Mudah saja, kemas, susun, asingkan siap sisa makanan kita sebaik selesai makan di kedai. Lagi-lagi kalau makan ramai-ramai tu.
Semoga selain amalan kita jaga kita, kita juga belajar untuk jaga kebersihan sama.
Sumber/Foto : Rohayah Ropa