Keluarga Zayn Rayyan gembira dibebaskan, kongsi momen berpelukan dan menulis “akhirnya bersatu kembali…”. Semalam kisah keluarga adik Zayn Rayyan yang mati dibunuh menerima sorotan media.
Siapa pembunuh anak syurga ini masih menjadi tanda tanya kerana tiada pengakuan bersalah dari kedua ibu bapanya, Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan yang sebelum ini direman hampir dua minggu bagi membantu siasatan kematian anak mereka.
Kisah keluarga ini terus dramatik apabila datuknya, Zahari Mohd Reba, 56 dan nenek Zayn Rayyan, Hasni Zakaria, 56 turut ditahan polis bagi membantu siasatan namun telah dibebaskan dari tahanan polis semalam.
Begitu juga keduanya ibu bapanya turut dibebaskan semalam di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya dengan jaminan sebanyak RM10,000 seorang.
Disatukan kembali sebagai sebuah keluarga, satu video yang dikongsi oleh datuknya, Zahari Md Reba di akaun facebooknya memperlihatkan keluarga ini berpelukan gembira selepas disatukan kembali sebagai ahli keluarga.
Pertemuan mereka berlaku di rumah selepas datuk dan nenek dibenarkan pulang dengan jaminan polis kira-kira jam 2.30 petang.
Dalam video pendek itu, ahli keluarga mengucapkan syukur kerana mereka akhirnya bersatu semula selepas ujian hebat yang menimpa mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah, akhirnya bersatu semula,”demikian caption yang ditulis di video berkenaan. Dapat dilihat Hasni Zakaria memeluk erat menantunya, Ismanira Abdul Manaf.
Dalam pada itu, di facebooknya, datuk Zayn Rayyan ini menulis :-
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :–Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Sungai Untuk Lakonan Semula Kejadian, Lokasi Penemuan Mayat Anak Ditemui
Adik Lelaki Zayn Rayyan Tunggu Ibu Ayah Balik, Kerap Buka Pintu & Selak Langsir
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE