Keluarga Puteri Sarah ‘Kunci Mulut’ Tapi Sentiasa Menyokong, Ada Kelas Tersendiri & Profesional!

Share

Kunci mulut. Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang ahli keluaga Puteri Sarah Liyana yang seakan tiada langsung keterangan daripada mereka. Mungkin hanya dengar penerangan dari pihak keluarga mentua atau daripada ‘pihak sana’.

Namun, ia tidak bermakna ahli keluarganya tidak mahu ambil tahu atau lepas tangan tentang keadaan kemelut rumahtangga Puteri Sarah Liyana. Sebaliknya mereka ini adalah bersikap profesional dan mempunyai kerjaya yang hebag membuatkan mereka tidak lantang dan kunci mulut.

Sudah tentu, ahli keluarganya sentiasa menyokong apa jua keputusan yang dibuat oleh Puteri Sarah Liyana demi kebaikan diri dan anak-anaknya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Puteri Sarah Pertahankan Tindakan Ibu Mertua “Luahkan Ketidakpuasan Hati Dapat Kecaman Orang Ramai”

Ibu Mertua Puteri Sarah Doakan “Semoga Allah Gantikan ‘Ayah’ Yang Lebih Baik Untuk Cucu-Cucu Saya” 

Kunci Mulut Sebab Kerjaya Profesional

Seperti kita ketahui, krisis rumahtangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dengan suaminya, Syamsul Yusof maslh lagi menjadi topik hangat di media sosial. Selain Puteri Sarah Liyana dan Syamsul, keluarga pengarah tersohor (pihak mentua Puteri Sarah) turut membuat kenyataan tentang rumah tangga yang sedang diuji.

Dalam masa yang sama, ramai peminat dan pembaca tertanya-tanya mengapa tiada seorang pun ahli keluarga Puteri Sarah yang tampil mengulas perihal isu tersebut sedangkan mereka sentiasa menyokong setiap tindakan pelakon itu dalam menegakkan keadilan untuknya dan anak-anak.

Dalam perkongsian Puteri Sarah sendiri, dia memaklumkan keluarganya terutama ibu bapa tidak lantang dalam isu rumah tangganya disebabkan faktor kerjaya yang terlibat dalam bidang profesional.

“Selama ini orang tertanya-tanya di mana keluarga saya. Sebenarnya mereka ada tetapi disebabkan kerjaya, mereka tidak boleh ke depan,” katanya.

Adik Beradik Kerja Hebat

Ketika ditemui di perkarangn Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk membuat tuntutan penceraian, dia turut memperkenalkan dua orang adiknya, Puteri Sofia dan Megat Imran yang menemaninya.

“Ini adik perempuan kedua saya, Puteri Sofia ialah seorang doktor. Tak akanlah seorang doktor yang lantang bersuara.

“Kemudian, Megat Imran pula seorang konsultan pengurusan material.

“Profesion mereka tidak membolehkan untuk lantang bersuara seperti pihak belah sana tetapi saya tetap gembira ahli keluarga hadir untuk beri sokongan,” ujarnya.

Tindakan pelakon drama Sabarlah Duhai Hati yang menuntut cerai kepada suaminya adalah disebabkan kemelut rumah tangga yang dihadapi sejak 4 tahun lalu.

Kemuncaknya berlaku apabila Syamsul sendiri memuat naik video mengakui telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan wanita itu, Kazar Saisi.

Sekadar info, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, serta Sumayyah kini berusia 3 tahun.

Mingguan Wanita : Ini baru betul. Tak cepat melatah dan menyokong dari belakang. Tahu mana yang terbaik untuk ahli keluarga yang kita sayangi.

Sumber: Kosmo

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora