Keluarga Positif Covid-19, Bagaikan Mimpi Ngeri, Aiman Tino Bimbang Keadaan Ibu Hidap Asma

Share

Bagaikan mimpi ngeri apabila Aiman Tino mengetahui 10 ahli keluarganya dijangkiti dan Positif Covid-19. Akui dirinya berasa cukup risau dan gementar apatah lagi keadaan ibunya yang mempunyai penyakit asma dan batuk berpanjangan.

Bagaikan Mimpi Ngeri, Aiman Tino Bimbang Ibu Yang Hidap Asma & Batuk

Ibu bapa Aiman bersama empat adik beradiknya iaitu Nurisfasha, 19, Mohd Haikal, 15, Nur Alya Mahsuri, 12, dan Nina Izzara, 6, kini menjalani kuarantin kendiri di kediaman mereka di Kuala Kubu Bharu.

Manakala, kakak sulungnya iaitu Nurfara Ain, 27, dan suami, Mohd Zafril, 36, serta anak mereka yang berusia sebulan di samping seorang lagi adik Aiman, Nur Qaseh Mahsuri, 10, menjalani kuarantin secara berasingan di Bukit Jelutong.

Siapalah yang tidak risau jika ibu, ayah dan ahli keluarga yang lain positif Covid-19. Aiman yang tinggal di ibu kota berasingan dengan keluarganya yang berada di Kuala Kubu Bharu gementar dengan keadaan ibunya, Hazelina Mat Jalil juga mempunyai penyakit asma dan batuk berpanjangan.

“Setakat ini saya hanya membuat panggilan video untuk mengetahui keadaan diri masing masing. Saya juga tak lepas meniup semangat untuk mereka kuat melawan ujian hebat ini. Mereka kena kuat.

“Bapa saya antara yang akan memaklumkan perkembangan keluarga saya di sana. Keadaan bapa dan yang lain nampaknya makin okey. Tapi yang paling membimbangkan saya ialah melihat keadaan ibu.

“Memang kena beri tumpuan lebih kepadanya. Ibu memang ada asma, malah kerap batuk. Bapa ada cakap mungkin juga ibu ada kuman dalam paru paru. Kalau semakin teruk, bapa tak teragak agak untuk membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya seperti mana dipetik menerusi Berita Harian.

Baca Disini Juga:

10 Anggota Keluarga Aiman Tino Termasuk Ibu, Ayah Disahkan Positif “Covid-19 Bukan Benda Main-Main.”

Siti Sarah Masuk ICU, Mohon Doakan Ibu Dan Anak Dalam Kandungan

Paras Oksigen Siti Sarah Semakin Baik, Bayi Akan Dikeluarkan Secara Pembedaha

Virus Covid-19 Semakin Berleluasa

Akui Aiman walaupun keluarganya menjaga SOP namun tidak pasti dari mana mereka dijangkiti.

“Perkara yang selama ini saya minta dijauhi, akhirnya datang juga menyerang keluarga. Saya reda. Hingga kini memang tak tahu di mana puncanya. Sebab mereka semua cuba menjaga diri dan prosedur operasi standard (SOP) sebaik mungkin.

“Cuma kita sendiri tahu bagaimana virus ini semakin berleluasa di luar sana. Ada yang saya baca kena wabak ini walaupun tak bergejala.

“Saya harap ujian yang dunia dan kita lalui ini akan ada penamat dan penawarnya. Saya harap semua kita lebih berhati hati dan patuh perintah kerajaan,” ujarnya.

Masuk Hospital Selepas Rebah, Arwah Sempat Urus 19 Jenazah Covid-19 Sebelum Meninggal

Ramai Meninggal Akibat Covid, Sampai Ada Merayu Diselamatkan Supaya Boleh Kembali Sihat

Sumber : Berita Harian
Sumber Foto: Instagram Aiman Tino

Mingguan Wanita : Semoga ibu ayah dan ahli keluarga Aiman kembali pulih dan kuat melawan Covid-19.

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Norhayati Binti Suboh