Keluarga Pak Aq Rasa Bersalah, Ustaz Ebit Lew Henti Turun Padang Bantu Orang Susah

Sebak.. sedih.. tak tau nak cerita. Sepatutnya 1 Ramadan inilah kerja-kerja sedekah makin giat diperluaskan. Sebaliknya yang jadi pada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang sememangnya aktif dengan kerja-kerja kemasyarakatan ini.

Apabila dirinya dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan di Cawangan Khas Bukit Aman, Ustaz Ebit Lew sendiri memaklumkan dirinya akur dan tidak lagi turun padang untuk membantu orang-orang susah. Sebaliknya, hanya disalurkan menerusi akaun bank sahaja.

Penjelasan keterangan itu berkaitan adanya aduan berkenaan kerja-kerja kebajikannya terutama kes viral yang berlaku beberapa hari lalu.

Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal.

Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral ke apa. Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz, saya bayarkan yuran mereka.”

Maklum ustaz, perniagaan yang diusahakan berkembang dengan sangat baik. Rezekinya juga melimpah ruah. Dari situlah Ustaz Ebit belanjakan duitnya sendiri, sejak dari dulu lagi untuk membantu orang di mana-mana.

Masa PKP ini dah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan.” Maklumnya lagi, usaha yang dilakukan itu telah menjadi inspirasi pada yang lain untuk menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuklah bantuan pada frontliner.

IKLAN

“Atas nasihat, setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah.

Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu.”

Ustaz Ebit Lew Tak Bersalah – Keluarga Pak Aq

Sementara itu, keluarga besar Pak Aq atau Ishak Darus, 77 yang seramai 28 beranak itu berasa sangat sedih apabila mendapat tahu keputusan yang terpaksa Ustaz Ebit Lew pilih.

Ustaz tak bersalah, beliau santuni kami sekeluarga dengan baik. Kami tak rasa pun dia aibkan keluarga kami yang sememangnya dari dahulu berkeadaan begitu.” Kata Siti Nor Saadiahton, 25 anak keenam Pak Ishak.

Mereka sangat sedih dengan apa yang dilalui Ustaz Ebit Lew. Malah berdoa, jika keluarga mereka menjadi punca mereka bermohon agar Allah membukan jalan dan rezeki yang luas untuk Ustaz terus membantu orang memerlukan.

Jika ustaz dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan ketika dalam usaha membantu mengubah kehidupan kami 28 beranak tular di media sosial, kami mohon maaf.”

Kami telah menyusahkan dan menyebabkan usaha beliau membantu orang miskin dalam tempoh ini terhenti.”

Kehadiran Ustaz Bawa Sinar Pada Keluarga Pak Aq

Maklumnya lagi, selama ini mereka sekeluarga begitu menghargai bantuan yang diberikan kerajaan negeri, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), penduduk kampung dan ahli jawatan kuasa masjid.

Bantuan yang diberikan sangat banyak dan kami bersyukur dengan pertolongan semua pihak.”

Kemudian, Allah atur pertolongan daripada Ustaz, sememangnya waktu itu kami sekeluarga mahu berpindah. Tak ada siapa yang bersalah dan kami terima bantuan daripada sesiapa pun dengan hati terbuka.”

Anak keenam dari 10 beradik ini akui mereka sudah lali dengan hinaan orang. Bila Ustaz Ebit datang, ia memberi sinar untuk keluarga mereka jadi lebih baik.

Saya doakan ustaz tak putus asa dan percaya lebih ramai di luar masih perlukan ustaz.”

Ketika ini, keluarga yang berjaya dipujuk berpindah oleh Ustaz Ebit lew ini berpindah di kediaman baru mereka yang lebih selesa di Lorong Fajar, Jalan Sultanah, Alor Setar. Meninggalkan kediaman daif mereka di Lorong Gedebang, Jalan Langgar, Alor Setar.

MW : Semoga di bulan Ramadan ini, dapatlah kiranya hati-hati ini belajar berlapang dada dalam melihat kebaikan orang lain. Semoga Ustaz Ebit dipermudahkanNya dalam kerja-kerja kebajikan membantu orang susah dan kerja-kerja dakwah.

Sumber/Foto : Ebit Lew, Harian Metro, Sinar Harian