Keluar berjimba, tak pakai mask! Degil betul mereka ni.Tegur sudah, marah pun sudah malah ada yang geram sangat sampai maki hamun golongan yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan. Dalam keadaan yang begitu serius dengan peningkatan kes covid-19 melambung tinggi, masih ramai yang keluar berjimba.
Tanpa rasa bersalah, golongan ‘kebal’ ini tidak memakai mask dan masih ada yang membawa anak membeli barang di pasaraya. Ya Allah, ayat apa lagi nak bagi mereka faham tindakan mereka sangat bahaya.
Bila sentuh bab mask ni ramai yang ‘tercuit’. Ada yang cakap kalau sihat tak perlu pakai mask. Dalam banyak-banyak kenyataan, yang ini paling menarik perhatian golongan degil. Itulah yang mereka pegang. Kenyataan yang mengatakan risiko tinggi dijangkiti jika tidak pakai mask, tak pula diberi perhatian.
Di tempat awam, sejauh mana kita tahu mereka bukan pembawa virus Covid-19? Sebab ada yang rahsiakan status kesihatan diri dan ramai juga sebenarnya yang tak tahu mereka sudah dijangkiti. Paling memburukkan keadaan, jika masa tu mereka tak pakai mask. Ha fikir sendiri apa yang jadi selepas itu.
Ads
Pakai je lah mask setiap kali keluar rumah, apa yang susah sangat. Jangan asyik beri alasan, kita bercakap soal nyawa. Ambil langkah pencegahan awal sebelum semuanya terlambat.
Berbulu mata saya melihat kedegilan golongan ini. Hati mereka seakan ‘mati’, tidak kasihan pada diri, anak-anak dan masyarakat. Golongan degil ini bukan sahaja menggadaikan nyawa sendiri malah merisikokan nyawa orang lain. Tidak cukupkah dengan kematian yang berlaku? Bukalah hati, jangan menjadi manusia yang pentingkan diri.
Gadai Nyawa Demi Tanggung Jawab
Saban hari bertebaran video dan voice note luahan hati petugas hospital. Mereka menangis mengenangkan nasib diri yang terpaksa berkorban demi tanggung jawab. Mereka tinggalkan pasangan dan anak-anak demi menyelamatkan nyawa pesakit.
Kasihan frontliner ini, mereka bekerja sehingga keletihan yang melampau. Mereka tak minta dibalas budi, cukup sekadar masyarakat faham, sedar dan ikut arahan kerajaan untuk membendung covid-19. Bukan minta duit atau tenaga, tapi cuma minta MASYARAKAT DUDUK DI RUMAH DIAM-DIAM, JANGAN MERAYAU!
Ads
Tidak Jujur Status Kesihatan
Mendengar kisah petugas yang dijangkiti Covid-19 ketika merawat pesakit amat meruntun hati. Paling kecewa apabila ramai pesakit yang tidak jujur dengan status kesihatan. Malah ada yang merahsiakan sejarah perjalanan ke luar negara. Entah apa yang hendak disorokkan, sungguh saya tak faham!
Tindakan ini amat pentingkan diri, kalian telah meletakkan petugas hospital dalam keadaan bahaya. Mereka kontak terus dengan kalian. Sampainya hati menganiaya mereka. Bagi saya, tindakan ini tidak berhati perut.
Tolonglah rakyat Malaysia, patuhi arahan. Semua pun rindu nak hidup bebas seperti dulu. Jadi, bagi kerjasama pada pihak berkuasa. Kedegilan adalah punca kes covid-19 meningkat, kontak merata-rata sehingga sukar untuk putuskan rantaian.
Tak Boleh Bagi Muka, Kena Paksa
Jika dilihat keadaan di negara kita, sudah tiba masanya pihak berkuasa bersikap TEGAS. Jangan bagi muka pada golongan yang degil, paksa mereka ikut arahan. Kerana jelas sekali, golongan degil ini berhati batu. Rayuan dan pujukan tak ‘lut’ buat mereka, kita mesti berkeras demi kebaikan semua.
Ads
Dalam keadaan ini, kita semua mesti bersatu hati. Kita mesti menjalankan tanggung jawab, jaga diri dan keluarga. Ibu dan ayah mesti monitor kesihatan ahli keluarga dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan premis perniagaan yang dibenarkan beroperasi, saring pelanggan anda! Pastikan hanya pelanggan yang memakai mask dan bersendirian sahaja dibenarkan membeli barang atau berurusan. Jangan lupa jaga jarak anda!
Ya Allah, satukan hati kami semua untuk ‘berperang’ habis-habisan melawan Covid-19. Ya Allah, kasihanilah kami. Beri kami peluang perbaiki kelemahan kami. Berikan semangat dan kekuatan luar biasa kepada petugas hospital merawat pesakit. Amin.
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Terlalu sibuk Nora Danish terkilan tak dapat khatam al-Quran. Ramadan kali ini tidak seperti Ramadan dua tahun berturut-turut sebelum ini di mana pelakon Nora Danish dapat sempurnakan ibadah dengan mengaji al-Quran sehingga khatam.
Malah pemilik nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif itu kali ini berasa ralat. Dek kerana terlalu sibuk dengan urusan berpindah rumah baru aktiviti sepanjang Ramadan dengan pengisian agama tidak dapat dipenuhi seperti tahun-tahun lalu.
Terlalu Sibuk Nora Danish Terkilan Tak Dapat Khatam Al-Quran
Akui Nora, jadual hariannya terlalu padat dan agak kelam kabut. Hingga dirinya tidak terkejar untuk melakukan pelbagai perkara.
Nora juga sentiasa berdoa agar dapat lebih aktif untuk melakukan ibadah termasuk menghabiskan bacaan al-Quran pada Ramadan akan datang.
“Urusan pindah rumah menyebabkan jadual harian saya pada Ramadan kali ini agak kelam-kabut dan tidak berkesempatan untuk melakukan aktiviti mengaji sehingga khatam seperti dibuat sebelum ini.
“Saya sibuk sampai tak sempat nak kejar macam-macam benda. Jadi, memang agak terkilan juga apabila tak dapat khatam al-Quran untuk tahun ini. Semoga masih ada rezeki untuk khatam al-Quran pada Ramadan tahun depan,” ungkapnya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Aidilfitri Secara Sederhana
Menyentuh tentang sambutan hari raya Aidilfitri, ibu kepada dua orang cahaya mata, Putra Rayqal Ramli dan Mohamed Neqayl Nedim lebih selesa menyambutnya secara sederhana.
“Saya lebih selesa memilih menyambut raya secara sederhana.
“Selepas dua tahun kita semua tak dapat balik ke kampung untuk berhari raya, saya pasti Aidilfitri kali ini ramai yang beraya sakan bersama keluarga dan sanak saudara,” sambungnya.
Baru sebentar tadi dimaklumkan oleh ayahnya sendiri, di ruang instagram miliknya,
Tulis Ali,
“Salam semua.. nak bagitau pada semua anak saya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah dah kembali kepada penciptaNya.”
“Sedekah Al Fatihah buat anak syurga ini.”
“Tunggu walid dan ibu di sana. Tidurlah sayang. Rehat lah sayang. Syurga tempat kamu sayang..! Allahuakbar.”
Walid Dan Ibu Sentiasa Ada Bersama Kamu
Sehari sebelum Ainul kembali ke rahmatullah, Ali berkongsi momen dia bersama isteri dan anaknya itu di hospital.
“Gambar ni masa sebelum adik operation. Masa ni masih di Hospital Ampang. Esok hari Isnin, keputusan doktor berkenaan kamu sayang. Semoga ada sinar buat kamu esok. Semoga semuanya dipermudahkan buat kamu sayang esok.”
“Teruslah kuat sedaya kamu. Walid dan ibu sentiasa ada bersama kamu dan terus berdoa untuk kamu.”
Alami Komplikasi Pembedahan
Ainul dilahirkan pada 6 Ogos yang lalu di Pusat Rawatan Islam Kohilal, Taman Melawati, Kuala Lumpur dengan alami juandis pada hari kelima kelahirannya.
Kemudian, arwah dipindahkan ke Hospital Ampang dan mendapat rawatan susulan pula di Hospital Serdang selepas disahkan menghidap injap jantung terbalik dan jantung berlubang.
Anak Ali puteh juga lalui tempoh 12 jam pembedahan untuk membetulkan injap jantungnya. Ainul kemudiannya, alami komplikasi pada paru-paru selepas pembedahan. Malah bergantung pada alat bantuan pernafasan selepas itu.
Ali juga mempunyai seorang lagi anak sulung, Sharifah Nur Aaira Qaireen. Menerusi perkongsian Ali dua hari sebelum pemergian Ainul, anak sulungnya itu meragam.
Tulisnya, “kakak meragam je 3, 4 hari ni. Tapi malam-malam kakak doakan walid dan ibu dan adik Ainul. Sabar ya kakak. Doakan adik sihat yer. Nanti walid bawak kakak jalan-jalan ya sayang.”
Namun, sudah tertulis akhirnya Ainul pergi juga dan Allah lebih sayangkan Ainul. Al Fatihah.
Sepanjang Ramadan ini, pelakon popular Rita Rudaini isi masa mengaji Al-Quran. Secara online dengan anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Selama setengah jam setiap hari.
Bagus sungguh cara didikan Rita ini, walaupun berada dalam tempoh kawalan pergerakan. Rita masih ada cara alternatif yang baik untuk diisi oleh anak-anaknya.
Tapi, mengaji Al-Quran ini pun perlu ada guru yang membimbing, agar bacaannya betul tajwidnya. Sekarang ini lebih mudah, kerana ada guru online yang boleh memberi bimbingan walaupun tidak perlu bersemuka.
Bak kata Rita, “Setiap hari 1/2 jam ngaji online dengan ustaz @hjzalie ….bila ada masa terluang, tambah-tambah bulan puasa ni kul 5 petang baru sibuk di dapur kan…. apa kata kita perbetulkan bacaan dengan orang yang lebih bertauliah….lepas ni bila baca surah apa pon dah confident.
Nasihat ulama terkenal, Allahyarham Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz yang menyarankan umat Islam supaya mengambil inisiatif mempelajari tajwid bukan sahaja menjaga kemuliaan al-Quran, tapi mengelakkan daripada dosa kerana sengaja mengabai, melanggar dan meninggalkan kaedah membaca dengan betul.
Zaman sekarang ni senang, tak yah kayuh gerek pi umah tok guru… bole ngaji online dengan tok guru…sapa teringin nak blajaq bole watsap ustaz @hjzalie ….ajak satu family, suami, anak-anak perbetul bacaan kita… seronok mengaji beramai-ramai… sambil mengeratkan lagi ikatan family.”
Anak Jadi Imam Solat Tarawih – Rita Rudaini
Dalam pada itu, Rita yang membesarkan anak-anak sendirian ini juga mengambil inisiatif melakukan solat sunat tarawih di rumah. Yang mana, anak-anaklah menjadi imam untuk keluarga kecil mereka.
“Imam terawikh kami malam ni ajak selfie. Alhamdulillah.. malam Ramadhan pertama untuk kita semua moga diberi keberkatan… di setiap kejadian ada hikmah… selamat berpuasa semua… jangan lupa baca niat posa.” kongsinya pada awal Ramadan lalu.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.