Uncategorized

“Ini Semua Mak Kau Punya Pasal…” Salah Asuh Punca Anak Keliru Jantina

Share

Transgender, isu ini sentiasa dibincangkan dari masa ke semasa dan sudah tentu ramai yang ‘kondem’ dengan kewujudan transgender ini. Walaupun ditentang hebat tetapi masih ada segelintir yang teruskan dengan cara kehidupan begini. Di mana silapnya, sehinggakan ada yang menuding jari menyalahkan ibu bapa yang tidak mendidik dengan baik sejak kecil lagi. Mengupas lebih lanjut tentang persoalan ini bersama Dr Ben Fadzil Mohd Salleh.

Katanya, perbuatan ini menjadi makin bahaya apabila anak-anak ini hanya mencuba dan mengayakannya. Di situ datang keseronokan kepada anak-anak ini.

“Daripada sekadar ingin mencuba dan berseronok, sehinggalah boleh menjurus serta mengadaptasikan percubaannya,” jelas Dr. Ben.

Ubah ‘Kejadian’

Ada kalanya perasaan seperti ini bermula dari umur seawal empat tahun di mana niat dan nalurinya akan diketahui apabila dia memberitahu ibunya tentang apa yang dia rasa. Jika si ibu mengiyakan dan bersetuju maka berkembanglah niat anak itu untuk menjadi apa yang dia tidak sepatutnya.

Timbul perasaan seperti “Pussy Envy atau penis envy” dan akan terkeluar kata kata “kami ada, awak tak de”, di situ timbul yang anak lelaki ingin ada kemaluan seperti perempuan dan sebaliknya, sekiranya tidak boleh memiliki kelamin perempuan atau lelaki dia ingin bergaya seperti seorang perempuan akan menggaya dirinya seperti perangai perempuan, berpakaian, bersolek, mempunyai payu dara seperti perempuan atau bagi yang menyerupai lelaki ingin
bergaya seperti lelaki dengan menyembunyikan payu daranya dengan ikatan yang ketat supaya dada nampak rata, sering berpakaian seperti lelaki serta berkelakuan lasak. Bagi yang lelaki timbul lah perangai cross dresser, memakai seperti perempuan dari seluar dalam, mempunyai koleksi bra dan sebagainya.

Ibu Bapa Dipersalahkan

Betul. Ibu bapa adalah orang utama yang sering kali dipersalahkan dengan cara mendidik dan membentuk anak-anak.

Sering kali ibu akan berkata biarlah dia nak berkawan, sehingga situasi sudah terlambat apabila naluri anak itu telah bertukar. Masa itu sudah terlambat untuk diperbetulkan.

Selain itu, ada sesetengah ibu bapa mendedahkan anak-anak bermain dengan kanak-kanak perempuan sejak kecil lagi. Begitu juga dengan menggayakan anak perempuan seperti lelaki atau anak lelaki seperti perempuan adalah permulaan pembesaran yang salah.

Ini seperti membenarkan anak itu menjiwa perubahan perasaan terhadap jantinanya. Perubahan perasaan jantina bagi anak-anak sangatlah mudah seperti d rasuk dan ini akan terbawa-bawa hingga dewasa.

Sekira anak-anak sudah melewati umur enam tahun dan masih belum menjiwai jantinanya, ibu bapa perlu risau dan berjumpa dengan pakar-pakar jiwa yang boleh membezakan jantina anak anak dengan aktiviti yang sepatutnya dia lakukan.

Tindakan Ibu Bapa

Sekira ibu bapa melihat perubahan anak yang cenderung kepada kelakuan yang sebaliknya, ibu bapa sepatutnya berbual dengan memberi kesedaran pada anak-anak tersebut dan memahami apa yang dia perkatakan.

Bentuklah anak itu seperti jantina nya dan bukan seperti jantina yang lain. Jangan mengharapkan anak itu akan berubah apabila sudah dewasa kerana ia akan menambahkan kan lagi kekeliruan anak tersebut. Dorongan dari ibu bapa itu penting.

Langkah terbaik oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak adalah dengan pendedahan kepada agama di awal pembesaran, berpakaian seperti jantinanya, berkawan dengan sebaya, elakkan daripada tidur bersama tanpa pakaian atau dalam berpelukan, banyakkan beriadah bersama keluarga dan jangan sesekali menyebutkan “saya nak kan anak perempuan supaya dia boleh tolong ibunya tetapi yang keluar lelaki” di depan anak. Ini mengundang bahaya.

Ibu bapa juga hendak lah sering mengawasi pergerakan anak. Apa yang paling ditakuti apabila anak-anak tidak seperti jantinanya atau menyukai sesama jantina. Kasih sayang anak-anak perlu diambil berat. Anak lelaki akan cuba sedaya upaya mengikut cara ayahnya dan perempuan mengikut ibunya.

Jangan selalu melihat drama yang ada cerita lelaki lembut atau perempuan kasar, ini ada lah kelakuan yang selalu boleh di tiru oleh anak-anak tanpa mengetahui implikasi dirinya bila besar nanti.

Cara Terbaik

Ibu bapa hendaklah mengawal pergaulan anak-anak semasa kecil. Hanya kerana tiada anak lelaki, dia diberi kebenaran bergaul dengan perempuan berlebih-lebihan, ini adalah permulaan dia berkecenderungan untuk mengikut gaya perempuan.
Anak lelaki perlulah lasak, mesti bermain bola atau permainan lelaki dan biarkan dia berkawan dengan kanak-kanak lelaki yang lain. Diberi dan memakai pakaian lelaki sepenuhnya dan tidak boleh bermain anak patung, bersolek atau masak-masak.

Anak anak semasa kecil tidak boleh terlalu didedahkan dengan gajet terkini seperti melihat telefon bimbit tanpa diawasi, terlalu kerap dengan adanya bahan-bahan lucah yang tidak dikawal. Dengan cara ini akan menimbulkan kanak-kanak apabila dia sudah mula bersekolah dan mempunyai keinginan untuk mengetahui dan mencuba.

Anak-anak lelaki perlu dibawa ke masjid dan memberi dia ruang untuk bergaul dengan orang dewasa.

Ibu bapa hendaklah mengambil tanggungjawab bersama dan tidak boleh kata “Ini semua mak kau punya pasal”

Published by
Nora