Keliling Rumah Kayu Semak, Dapur Reput, Tiga Bulan BERSIHKAN Hasilnya Superb!

Share

Ramai yang kagum dengan rumah kayu usang di kelilingi semak, akhirnya bertukar jadi kemas, cantik. Malah dihiasi bunga terutama bunga Ati-ati, kaktus. Tentu ramai tertanya-tanya cerita di sebaliknya.

MW menghubungi pemiliknya, Siti Aishah bertanya serba sedikit kisah rumah kayu yang terletak di Kg. Sentosa, Maran, Pahang ini. Katanya, tiga bulan mereka sekeluarga bersihkan rumah yang dikelilingi semak, rumput lalang.

Dalam posting sebelumnya, pemilik ini maklumkan akan kesyukurannya dengan rezeki yang Allah beri. “Tidak pernah mengeluh. Terima itu adalah rezeki kami. Teringin nak landskap macam dalam grup ini (grup Laman Landskap Keliling Rumah) cantik-cantik belaka. Tapi nampaknya masih lagi jauh perjalanan saya

.”

Kata Siti Aishah, rumah itu dibelinya dari hasil simpanan keluarga hampir 10 tahun. Rumah yang baru dibeli itu, tak lagi diduduki.

Rumah kayu tu tak duduk lagi, masih banyak kena buat. Tapi slow-slow, sebab bajet dah habis. Dapur dah reput. Kena kumpul duit semula.”

Tambahan pula, suaminya hanyalah bekerja kampung. Manakala dia cuma seorang suri rumah, yang membantu menambah pendapatan suami dengan berniaga kecil-kecillan.

Jual-jual kek kat rumah.”

Hasrat mereka untuk membeli sebidang tanah dengan rumah kayu itu tercetus dari minatnya yang suka bercucuk tanam.

Saya mahukan tanah tu boleh bercucuk tanam. Sebab saya suka menanam. Nak buat rumah batu cantik-cantik, modal pun dah tak ada.”

Bagaimana pun, Siti Aishah merancang untuk memohon bantuan Mesra Rakyat bagi merealisasikan impiannya itu.

Memandangkan masih banyak yang perlu dibaiki, Siti Aishah sekeluarga cuma membersihkan dahulu lama dan kediaman di tanah barunya. Buat masa ini, mereka masih lagi menetap di kediaman asal yang tak jauh dari rumah barunya itu.

Dalam 5km juga nak gi rumah tu.” Maklumnya lagi.

3 Bulan Siap Bersihkan Rumah Kayu Dikelilingi Semak

Akui Siti Aishah lagi, kerja-kerja mengemas dan membersihkan dalam dan luar rumah usang itu dilakukan bersama suami dan anak-anak.

Mula-mula tu kesian juga kat anak-anak. Habis gatal-gatal badan. Dulu anak panggil rumah itu, rumah h4ntu. Sekarang dah panggil rumah baru.”

Proses membersih itu mengambil masa dekat tiga bulan lamanya.

Kami buat dari bulan 9 sampai hari ini. Sebelum ini, setiap kali nak buat kerja membersih, tunggu anak-anak balik dari Sekolah Kafa. Ambil diaorang terus pergi ke rumah tu buat kerja bakar ranting, rumput.”

Mereka akan habiskan masa sampai 2 jam untuk kerja membersih di rumah berkenaan. Kecuali hari Sabtu dan Ahad, dapatlah mereka berlama-lama di situ. Memandangkan anak-anaknya tak bersekolah pada hari tersebut.

Sekarang anak-anak tak sekolah memang pergi hari-hari. Buat sikit-sikit.”

Bukan saja luaran kediamannya jadi bersih dan cantik, malah dalam rumah pun dihias kemas. Malah, Siti Aishah menggunakan cat warna hijau untuk mencantikkan hiasan dalaman ruang tamu.

MW : Ramai yang kagum dengan kegigihan keluarga ini. Serba sedikit menyuntik inspirasi kepada ramai orang. Tak mewah pun asalkan pandai jaga, rumah tetap nampak cantik di mata.

Sumber/Foto : Siti Aishah

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer