Kelemahan mak sudah tentulah pada anak-anak. Dia tak kisah akan dirinya asalkan anak-anak sentiasa terjaga. Begitu juga bila berlaku perpisahan, mak dah tak fikirkan tentang hal lain asalkan anak di bawah jagaannya.
Namun, tak mustahil juga atas sebab-sebab tertentu, mak sanggup berikan hak jagaan anak kepada bekas suami. Boleh jadi juga sebab berlaku ugutan atau bekas suami menjadi pembuli pada bekas isteri tentang hak jagaan anak. Kita tak tahu.
Bila dikatakan buli bekas isteri tentang ugutan jagaan anak, Khairul fhami Ramli, peguam syarie tidak nafikan tentang perkara ini. Sebenarnya ada cara untuk atasinya tentang isu ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini:Hak Jagaan Anak, IBU Didahulukan, Tak Perlu BEREBUT Sebaliknya Utamakan KEBAJIKAN, Kasih Sayang
Surirumah Berhak Dapat Hak Jagaan Anak Sebab Tanggungjawab Nafkah, Ayah Beri Bukannya MAK
Info Lebih Menarik DI SINI
Hentikan ‘buli’ bekas isteri dengan ugutan jagaan anak
Siapa pernah rasa dibuli ketika di sekolah? Suka tak? Confirm kita benci dengan pembuli. Kalau boleh kita rasa macam nak balas dendam saja bila sampai waktunya kan?
Kita fikir, bila dah habis zaman sekolah, zaman belajar dah tak ada buli. Rupa-rupanya zaman kerja pun kadang-kadang ada buli. Tapi, yang lebih dahsyat adalah ‘Buli dalam rumahtangga’.
Ada ke buli dalam rumahtangga?
Ada. Cuma kita sedar atau tak sahaja. Biasanya buli ni terjadi bila seseorang yang ada kekuatan, keberanian dan kepandaian akan selalu mengambil kesempatan pada yang lemah.
Pembuli akan sentiasa menekan dan menzalimi yang lemah dan kemudian mungkin mengugut orang yang dibuli tersebut dengan kelemahannya.
Pada saya, dalam rumahtangga pun boleh jadi.
Baru-baru ini saya geram bila dapat luahan daripada seorang bekas isteri yang menjadi mangsa keganasan, penipuan dan ugutan daripada bekas suami. Wanita ini telah berkali-kali dipukul dan dimaki dalam tempoh kahwin. Sudahlah duit isteri ditarah sedikit demi sedikit. Hutang pun banyak bertimbun atas nama isteri konon minta bantuan perniagaan.
Akhirnya, wanita ini diceraikan begitu sahaja di luar Mahkamah. Saya tanya, ‘Kenapa puan tak buat report polis masa kena pukul dulu?’
‘Saya takut tuan sebab dia mesti akan mengamuk dan selalu cakap akan ambil anak jika buat laporan’, ujarnya.
‘Masa nak cerai dahulu pun, apa sahaja dia tak kata dekat saya dan keluarga saya. Saya hanya minta wang yang dipinjam dikembalikan sahaja, terus saya dicop ‘binatang’, ‘pelacur’, ‘beruk’ dan macam-macam lagi’.
Selepas cerai ini, wanita ini jadi takut kerana meskipun diceraikan, dia masih lagi dibuli bekas suami. Hutang enggan dibayar. Buat-buat liat. Nafkah anak pun culas. Asal buka suara saja, maki dan ugut akan ambil anak.
Saya pasti, kelemahan ramai para ibu diluar sana adalah anak. Ya, bab lain mungkin boleh pejam sebelah mata. Tapi, jangan sesekali ambil jagaan anak daripadanya.
Kelemahan inilah yang digunakan oleh ramai ‘lelaki pembuli’ diluar sana.
Bagi wanita yang kuat, pastinya dia tidak akan biarkan dirinya dibuli. Sama ada dalam tempoh kahwin atau selepas diceraikan.
Apa contoh buli dalam perkahwinan?
Banyak contoh buli dalam tempoh kahwin ini. Misalnya, mengarahkan isteri buat kerja rumah A to Z sedang suami boleh keluar lepak dengan kawan-kawan hingga tengah malam.
Tak bagi balik rumah ibu bapa untuk melawat walaupun ibu bapa sakit, kalau balik juga dikatakan nusyuz.
Ugut diceraikan jika bertanyakan tentang nafkah diri atau ugut akan bawa lari anak jika kerap meminta hutang dikembalikan.
Ugut tak cium bau syurga sebab tak setuju suami berpoligami pun ada.
Ini lagi banyak. Cuma ia hal berkaitan dengan anak kebanyakannya.
Misalnya, kalau bekas isteri buat tuntutan Mutaah, dia akan ambil hak jagaan anak sebab bekas isteri tak bekerja.
Kalau tuntut nafkah anak, bekas suami akan ambil hak jagaan sebab bekas isteri nak kahwin lain.
Ugut akan malukan kepada semua kenalan dan keluarga tentang perilaku dan kesilapan bekas isteri semasa dalam tempoh kahwin. Nak buka aib kepada ramai orang walaupun mungkin itu adalah fitnah dan dusta semata-mata.
Ini pun banyak contoh. Cuma ini antara yang selalu didengari.
Atasi Pembuli
Buli hanya dapat diatasi jika kita ada keberanian dan ilmu. Kalau di sekolah, andai ada orang yang membuli, mungkin kita boleh laporkan kepada guru disiplin. Atau mungkin, kita belajar seni pertahanan diri untuk mempertahankan diri kita.
Jadi, yang menjadikan seseorang tersebut semakin kuat adalah jika dia mempunyai ilmu. Andai seorang wanita itu tahu, apakah haknya dalam tempoh perkahwinan disisi undang-undang, pasti dia tahu bagaimana nak atasi dibuli oleh suami sebegini. Andai dia sering dipukul, dan ada keberanian, pasti dia tidak akan teragak-agak untuk buat laporan polis dan pelihara diri sendiri daripada menjadi mangsa suami dayus sebegini.
Kesimpulan,
Alhamdulillah, selepas saya menasihati wanita tersebut, saya dapat rasakan yang dia sudah semakin tabah dan berani untuk tegakkan haknya. Semua tuntutan yang berhak untuknya pasti akan dituntut.
Kasihan bila ada lagi wanita yang takut bila diugut bekas suami untuk dapat hak jagaan anak andai membuat tuntutan selepas cerai. Sedangkan, di sisi undang-undang dan Hukum Syarak, hak jagaan anak itu tersangatlah kuat kepada ibu selagi ibu itu tidak hilang kelayakannya.
Mingguan Wanita : Seorang mak sanggup lakukan apa saja untuk anaknya.
Sumber: Khairul Fahmi Ramli
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita