Kekeluargaan

Kekuatan & Keazaman Bawa Kejayaan Wanita. SABIHAH GOLD Rai Kejayaan Wanita

Share

Wanita mana yang tidak ‘cair’ bila melihat deretan perhiasan barangan kemas yang dipamerkan di kedai emas. Mana tidaknya, emas sememangnya mempunyai daya tarikannya yang tersendiri buat kaum wanita bukan sekadar perhiasan semata-mata, malah ia turut menjadi elemen pelaburan jangka masa panjang untuk wanita yang bijak melihat potensi yang dimiliki oleh logam berharga ini.

Tidak hairanlah mengapa wanita ini, Puan Sabihah Binti Hashim nekad mengusahakan sebuah kedai barangan kemas dikenali sebagai Sabihah Gold yang terletak di Wangsa Maju Kuala Lumpur.

Emas Sebagai Cash

Meskipun baharu setahun ditubuhkan, wanita yang melibatkan diri dalam industri kewangan dan pelaburan ini telah membuktikan kejayaan dalam perniagaan berasaskan emas dan kini bersedia untuk membawa Sabihah Gold Sdn Bhd ke tahap yang lebih tinggi.

“Saya melihat emas sebagai cash.Lebih-lebih lagi untuk kaum wanita yang selalu mengalami “kebocoran Ringgit”. Menyimpan dan memiliki emas merupakan cara paling sesuai untuk mengelakkan kebocoran itu daripada terus berlarutan,” ujar Puan Sabihah Hashim memulakan bicara apabila diajukan tentang emas sebagai sebahagian daripada gaya hidupnya.

 

Tambah Sabihah lagi, secara peribadi, dirinya merupakan pencinta perhiasan emas dan sering membeli sama ada untuk tujuan penggayaan sendiri mahupun pelaburan dalam bentuk simpanan. Perhiasan emas juga merupakan perkara pertama yang terlintas di fikirannya apabila membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

Selain itu, permintaan pasaran yang berterusan, potensi pelaburan dan kepentingan budaya yang sangat dekat di hati setiap rakyat Malaysia khususnya orang Melayu, menjadi penguat dalam membuat keputusan untuk menceburi perniagaan ini.

“Saya lihat emas menjadi suatu perniagaan yang mampu bertahan lama. Dalam Al Quran turut disebut apabila wang menjadi inflasi, emas atau dinar yang akan diguna pakai dalam proses jual beli. Saya amat menggalakkan wanita untuk menyimpan emas untuk diri sendiri. Banyak faedah yang dapat dinikmati untuk jangka masa panjang,” ujar Sabihah lagi.

Sabihah Gold menawarkan kombinasi reka bentuk moden, elegan, dan eksklusif dengan harga yang berpatutan. Selain kualiti dalam setiap produk emas, Sabihah Gold juga menyediakan variasi rekabentuk yang menarik dan sesuai dengan trend semasa.

Perkhidmatan pelanggan yang berkualiti tinggi juga menjadi keutamaan, memastikan pengalaman membeli yang meninggalkan kesan positif bagi setiap pelanggan. Ditanya mengenai persaingan yang sengit dalam perniagaan berasaskan emas, Sabihah mempunyai pandangan yang tersendiri mengenai persoalan tersebut.

“Bidang perniagaan emas sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Perniagaan ini adalah untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar perniagaan viral yang datang sekejap dan pergi. Pemakaian dan perniagaan emas akan sentiasa ada dalam kehidupan”-Sabihah Hashim.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk menasihatkan wanita agar tidak menunggu harga emas turun untuk membeli, kerana emas adalah simpanan yang berharga dan mampu milik walaupun hanya bermula dengan 1 atau 2 gram, ujarnya lagi.

Kongsi Momen Ibu Inspirasi

Memilih berkongsi momen indah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita & Majalah NONA baru-baru ini, malam penghargaan tersebut turut diserikan oleh Sabihah Gold di mana salah seorang penerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita & NONA, Zarina Zainuddin.

Menurut Sabihah, dia berkongsi momen istimewa bersama selebriti yang cekal menjaga dua orang anak Autisme di samping menjalankan perniagaan dan karier seni secara beriringan.

“Zarina Zainuddin adalah epitom kecekalan seorang ibu, dengan kasih sayang dan ketabahan yang tidak pernah surut dalam mendidik dan menjaga dua anaknya yang menghidap Autisme.

Menghadapi cabaran yang tidak mudah, Zarina Zainuddin menunjukkan kekuatan luar biasa dan dedikasi tanpa henti untuk memastikan anak-anaknya mendapat perhatian dan sokongan terbaik.


Kesabaran dan ketabahannya menjadi inspirasi kepada ramai ibu bapa yang menghadapi situasi serupa, menunjukkan bahawa dengan cinta yang tulus dan usaha yang gigih, setiap cabaran boleh diatasi demi kebahagiaan dan kesejahteraan anak-anak tersayang.

Beliau bukan sahaja membuktikan bahawa wanita mampu berjaya sebagai ibu, menjalankan perniagaan, tetapi juga menunjukkan bagaimana kekuatan dan keazaman dapat membawa kepada kejayaan yang berterusan.

Pada pandangan saya, dia merupakan insan terpilih. Tidak semua wanita kuat dan mampu berhadapan situasi seperti dia. Malah, jika saya berada di tempatnya, saya sendiri tidak yakin adakah saya kuat sepertinya. Zarina Zainuddin sememangnya antara insan yang terpilih,” ujar Sabihah seraya mengakhiri perbualan.

Khas untuk semua wanita yang ingin berjinak-jinak menjadikan emas sebagai pelaburan ataupun perhiasan, jangan lupa follow media sosial Sabihah Gold di Facebook dan Instagram @sabihahgoldhq.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Published by
Rosmah Idayu