Kekal Tenang Walau Hati Terluka, Mizz Nina Titip Pesanan Doa Yang Baik & Jauhi Prasangka

Share

Tiada isteri yang mahu bermimpi rumahtangga yang dibina terhenti di tengah jalan. Pasti semua mahu bermimpi yang indah-indah agar memori itu kekal hingga hari menua. Namun takdir Allah tiada siapa menduga.

Bab jodoh pertemuan, ajal maut semuanya atas kehendakNya yang maha esa. Manusia hanya mahu merancang dan Allah menentukannya.

Dalam pada itu rumahtangga pasangan selebriti Mizz Niza dan Noh Salleh sudah pun berakhir selepas 11 tahun mendirikan rumahtangga. Pasangan ini tidak dikurniakan zuriat sebaliknya ada mengambil anak angkat iaitu Musa baru-baru ini.

Di instagramnya, @officalmizznina dirinya kekal kenang mengumumkan perpisahannya dan bekas suami, Noh Salleh.

Jelasnya, selepas melalui pelbagai cabaran dan berbincang, kami akhirnya sepakat untuk berpisah dan membawa haluan sendiri.

“Alhamdulillah, kami bersyukur kerana berpeluang untuk menjalani kehidupan indah selama 11 tahun dan melalui pelbagai dugaan, jatuh serta bangun bersama-sama.

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang selama ini banyak memberi sokongan dan kasih sayang kepada kami selama bertahun-tahun. Jangan risau, kami masih berkawan dan baik,” katanya.

Kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan. Mohon doakan kami dapat menjalani kehidupan di sepanjang tempoh idah.

“Saya amat menghargai kalian yang menghormati privasi kami berdua,” katanya.

BACA SINI :-“Hijab Adalah Pilihan Saya, Luahan Rasa Cinta Pada Tuhan..”, Mizz Nina

Dalam pada itu, Mizz Nina turut meminta agar peminat semua menjauhi prasangka hingga boleh mendatangkan fitnah seperti mana yang tertulis dalam surah Al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud iaitu :-

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, kerana sebahagian dari sangkaan itu dosa. Dan janganlah kamu mengintip dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Apa yang pasti, manusia hanya mampu merancang Allah menentukannya. Jangan dibicara siapa salah, siapa betul kerana hanya mereka yang duduk di dalamnya tahu apa yang terjadi.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
almaswa Haji Che Ros