Anak kelahiran Palembang, Indonesia dan juga menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Arifin tidak pernah lokek berkongsi tip kecantikannya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga akui dirinya sentiasa menitikberatkan aspek penjagaan dan penampilan diri walaupun sibuk mengendalikan perniagaan dan menguruskan rumah tangga.
Seperti mana wanita yang bergelar isteri dan ibu di luar sana, selebriti ini juga melalui proses proses mengandung, melahirkan dan berpantang.
Namun ibu kepada Arif Jiwa Asyraf Khalid dan Azzahra yang tidak pernah lekang dengan senyuman ini sentiasa kekal cantik dan bertenaga. Malah keayuannya terserlah apabila mengambil keputusan berhijab.
Malah isteri kepada Asyraf ini juga masih kekal langsing, cantik dan sihat. Figura ini juga turut berkongsi tip kuruskan badan selepas bersalin menerusi laman sosial Instagram @kitaibuhebat.
“Hello Ibu Hebat! Salam sayang buat semua Ibu Hebat
“Berat Badan Naik Mendadak Setelah Melahirkan. Tya yakin ramai Ibu Hebat yang menghadapi masalah ini kan?
“Apa yang perlu kita buat apabila berat badan naik? Apa caranya nak kurus? Kalau duluan beli baju sizenya kecil, sekarang harus beli yang lebih besar. Pernah tak kalian rasa bila pakai baju tu kelihatan tak cantik.
“Biasanya bila berat badan naik, automatis kita akan kurang kepercayaan kepada diri sendiri dan keyakinan diri menurun. Rasa malu mahu keluar rumah dan ketemu dengan orang ramai.
“Ibu Hebat jangan khuatir. Setiap permasalahan ada cara penyelesaiannya. Di sini Tya akan share tips dari Tya sendiri dengan Ibu Hebat karna Tya sendiri pernah gemuk. Jadinya mungkin tips ini boleh berkesan dan membantu kalian ya.
1. Kurangkan manis
Buat kalian yang sukakan makanan manis seperti snek, coklat dan biskut, sila minta berhenti menikmatinya. Jangan ambil makanan dan minuman manis. Mereka yang terbiasa minum minuman ringan sebaik-baiknya tinggalkan terus tabiat tersebut sekiranya ingin kurus.
Sebaik-baiknya disarankan minum air putih, jus buah, air lemon atau lemon bercampur madu (honey lemon). Saya amalkan air honey lemon kerana rasanya manis masam yang natural.
2. Kurangkan karbohidrat
Apa itu karbohidrat? Ia adalah makanan yang terdiri daripada nasi, roti, pizza dan pasta. Maka, tukat pengambilan nasi putih kepada beras perang. Ini disebabkan beras perang yang mengandungi banyak serat mudah dicerna, sekali gus membantu mengurangkan berat badan.
Selain itu, #IbuHebat yang ingin cepat kurus boleh gantikan karbo lebih bagus seperti jagung dan kentang. Cuba lakukannya secara berperingkat ya.
3. Makan sayur
Seterusnya, gantikan nasi dengan memperbanyakkan sayur mengandungi serat tinggi dan serat pemakanan yang membantu menyerap toksin, sekali gus melancarkan pencernaan.
4. Bersenam
Seterusnya, amalkan dengan senaman ringan. Tidak perlu ke pusat gimnasium. Wanita boleh mulai dengan jogging, jalan di sekeliling rumah. Lakukan aktiviti jogging sekali sehari atau tiga kali dalam seminggu. Jika pemakanan juga dijaga dan disusuli dengan bersenam pasti ia membuahkan hasil.
“Tya berharap tip dikongsikan memberi manfaat buat semua golongan ini yang mengalami masalah berat badan selepas bersalin.
“Tya faham apabila hilang keyakinan diri, kita akan berasa diri tidak cantik. Jadi kita hanya perlu konsisten ya selama dua minggu,” kongsi Tya.
Baca disini juga:
Tya Terpaksa Tinggalkan Keluarga & Kerjaya, Tak Pernah Kesal Kahwini Asyraf
Sumber/Sumber Foto: Instagram Tya Ariffin & @kitaibuhebat
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita