Ini cara paling mudah nak buat kek tiramisu versi bajet. Tak perlu sampai nak bakar-bakar kek span bagai. Dengan 6 bahan ini dah boleh jadi kek tiramisu yang boleh dimakan terus dalam cawan.
“Kalau tak pandai buat spongecake, boleh pakai kek Apollo macam dalam gambar. Buang intinya yang nipis tu. Tak buang pun tak apa. Pakai biskut Marie pun boleh
.“Senang betul. Tak ada lagi alasa tak mahu buat.” Ini perkongsian resepi kek Tiramisu daripada Iraqis Galfreda.
Tambahnya, hidangan ini juga best buat minum petang. “Sambil lepak dengan husben lepas balik dari kerja pun okay banget.”
250 gram cream cheese( pastikan suhu bilik) *a
4 sudu makan Gula caster *a
2 senduk susu cair *b
APOLLO layer cake (plastik merah) @ biskut Marie
Serbuk koko untuk di ayak di setiap lapisan
Min kaffe + air untuk melarutkan
1. Pukul bahan (a) sehingga sebati (tiada ketulan).
2. Masukkan bahan (b) sehingga lembut.
3. Alihkan adunan cheese ke tepi. Kita susun Apollo & cream cheese plak k?
4. Larutkan Min kaffe @ 3 in 1 & neskefe pun boleh + air suam. Ini untuk kita rendamkan Apollo kita kejap sebelum susun dalam bekas comel.
5. Susun layer by layer seperti dalam gambar (rujuk video).
Baca Sini : Resepi Kek Orea Versi Kukus Guna 2 Bahan
Sumber/Foto/Video : Iraqis Galfreda