
Isi Kandungan
ToggleSebenarnya walaupun tanpa guna ‘oven’ mak-mak tetap boleh bakar kek atas dapur gas.Manalah tahu, bila dah siap kacau adunan semua, tiba-tiba bila nak guna oven, ia boleh rosak pulak! hah, ikut cara ni sebagai penyelamat. Jadi walaupun oven tiada dirumah, ia tak jadi satu masalah.Mak-mak tetap boleh teruskan minat membakar kek dengan cara ini. Salah satu resipi yang boleh dicuba ialah Kek Span Marble Susu.
Berikut perkongsian daripada Puan Farah Nazri sebagai panduan;
“Disebabkan teringin sangat nak makan kek tapi oven takda so hari ni kita try membaking kek span marble susu pakai kuali. Resepi mudah je, saya dapat dari FB. By the way adunan tu saya punya terlebih sebab loyang kecik. Mujur masak dalamnya. Selamat mencuba.
Resipi Kek Span Marble Susu
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/3 cawan susu tepung
3/4 cawan gula kastor
1/4 cawan susu segar
6 biji telur
40g ovalette
80g mentega (dicairkan)
Cara Membuat:
1. Pukul kesemua bahan-bahan (kecuali mentega cair) sehingga menjadi warna putih dan betul-betul gebu.
2. Cedokkan sedikit adunan dan gaul bersama mentega cair. Kemudian tuangkan semula ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
3. Sapukan loyang dengan mentega dan taburkan tepung gandum.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Titiskan pewarna-pewarna yang diingini.
5. Gunakan lidi dan lorekkan pewarna untuk hasilkan corak yang diingini. Hentakkan loyang beberapa kali.
6. Bakar 35 ke 40 minit pada suhu 170°C dengan setting bakar atas-bawah.
7. Siap untuk dihidang!
P/S: Untuk pilihan pewarna dan corak, anda boleh mengikut kreativiti sendiri

Kredit Resepi: Irfan Syazwanshah
Info Ekstra!
- Pada yang nak guna kuali tu, lapik dengan pelapik dapur tu je ye dekat bawah loyang. Saya lapik dengan ni je sebab ni je yang ada. Tu pun ambik stove sebelah punya. Jangan risau tak rosak kuali.Saya ada attach gambar cara letak loyang dalam kuali.
- Pastikan api sederhana perlahan. Saya buat dalam 45 minit.
- Nak tahu masak ke tak kena cucuk tengah-tengah kek tu. Kalau tak melekat tu maksudnya dah masak.
Baca Lagi Disini: Ini Caranya Mak-Mak Tetap Boleh Bakar Kek Atau Biskut Dengan Mudah Walaupun TANPA Guna Oven!
MW: Jadi buat mak-mak yang tiada oven dekat rumah tu, atau oven rosak boleh cuba kaedah yang dikongsikan ini. Kek tetap ‘naik’ dan sempurna kejadiannya.
Sumber: Farah Nazri
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengat Bebola Durian, Kali Kedua Buat Tapi Kejap Je Licin!

Sempena musin buah durian, mak-mak boleh cuba buat Pengat Bebola Durian ini pula. Resepi yang dikongsikan Puan Nurhazirah M.Yunus ini tular dan ramai yang teruja nak buat.
Haaa… kalau mak-mak nak kelainan menu petang ini, jemput godek resepi pemanis mulut ini dulu. Confirm sedap!
Pengat Bebola Durian
Buang biji dan lenyek-lenyek kan isi durian.
Gaulkan isi durian tadi dengan tepung pulut. Jangan tambah air ya.. Nanti tak rasa manis durian. Haa… ingat ya, guna tepung pulut, bukan tepung gandum atau tepung beras.
Isi durian dan tepung pulut tadi. Gaul sampai jadi doh macam ni.. Asal tak lekat kat tangan tu maknanya dah jadi la tu.
Dah siap, bentukkan bulat-bulat kecik macam ni.
Dah siapppp.. Dapat banyak ni untuk sedebuk doh tadi.
Didihkan air, kemudian masukkan bebola durian tadi. Tapi pastikan air betul-betul panas dan menggelegak ya.
Dah siap, kalau nak tahu tepung tu dah betul-betul masak, masa dia duduk dalam air yg mnggelegak td, dia akan timbul kat atas permukaan air. Masa tu dah boleh angkat.
Sekarang buat kuah dia. Masukkan santan dalam periuk. Kalau pakai santan kotak, letak separuh je. Tambah air sikit jangan bagi pekat sangat. Letak lah dua helai daun pandan nak kasi kuah tu wangi, gunakan api perlahan ya. Jangan bagi santan tu menggelegak.
Kemudian, masukkan 2 ulas durian untuk perasa yang sangat kuat kat dalam kuah tu. Nak guna lebih pun boleh, tak ada masalah tapi nanti kuah tu akan jadi sangat pekat.

Masukkan gula merah.. Nak letak gula melaka pun boleh.
Akhir sekali, masukkan bebola durian yang kita dah masak awal td.. Gaul rata, bagi dia mendidih manja-manja dan lepas tuuuuu…
DONE. Dah boleh hidang.. Makan panas-panas tak sedap sangat, jadi masuk dalam peti ais, makan sejuk-sejuk baru umphhh!
Dah siap.. Ini hasilnya. Selamat mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 25 Menu Berpantang Mudah Masak, Untuk Rujukan Mak-mak 30-an Lepas Bersalin

Isi Kandungan
ToggleSatu hal yang jadi masalah untuk bakal mak usia 30-an ini adalah mencari menu berpantang atau lauk pauk berpantang sepanjang 44 hari memulihkan diri.
Mak-mak yang pertama kali bersalin, mereka pasti akan melalui emosi sebegini, ‘asyik lauk yang sama je. Mana nak dapat zat.. mana nak keluar susu ibu.’ Haa.. jangan nak nafikan, pasti akan ada kata-kata sebegini kan waktu mak-mak berpantang kali pertama.
Mereka rasa lemas dengan lauk berpantang yang sangat plain, ‘zuhud’ dan sama saja hampir setiap hari. Sebenarnya ada saja menu berpantang bersalin yang sihat dan berkhasiat. Cuma mak-mak perlulah kreatif mengolahnya agar tak mencampurkan makanan sejuk atau gatal yang boleh menyebabkan bentan.
Dalam grup masakan terkenal, Puan Nor Sofiah Hussin berkongsi menu berpantang yang dinikmatiknya sepanjang lebih 2 minggu lepas melahirkan. Yang mana, mak-mak berpantang pun boleh mencubanya.
“Siapa kata lauk dalam pantang tak best. Sedap tu. Siap menambah lagi. Saja nak share menu dan resepi masa saya berpantang lepas 2 minggu lebih bersalin. Siapa nak share silakan. Nanti bila berpantang balik, boleh tengok balik.”
25 Menu Berpantang Wajib Cuba
Siakap stim
Ikan
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Halia – hiris
Serai – hiris
Lada hitam
Air limau nipis (bagi yang tak tahan boleh tukar dengan air asam jawa)
Daun ketumbar (dalam gambar guna daun bawang je sebab tak ada stok)
Garam
Gula
Cara masak:
1. Letak semua bahan atas ikan
2. Kukus ikan sehingga masak
Ikan bakar berempah
Ikan
bawang putih -tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk /serbuk kunyit
Serbuk kari
Garam
Lada hitam
Cara masak:
1. Lumurkan semua bahan pada ikan
2. Bakar ikan sehingga masak.
Sup ikan
Ikan (merah/jenahak/tenggiri/siakap) – lumur ikan dengan garam,goreng dan ketepikan.
* tak goreng pun boleh..(pilihan masing-masing)
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Sup bunjut ikan
Air
Sayur (lobak,bunga kobis)
Lada hitam
Daun sup
Cara masak:
1. Masukkan bahan kisar, air dan sup bunjut ikan ke dalam periuk
2. Masukkan sayur lobak & bunga kobis
3. Bila sayur dah hampir lembut, masukkan ikan
4. Last sekali masukkan garam dan lada hitam. Bila kuah dah mendidih boleh tutup api. Siap
5. Taburkan daun sup sebelum hidang
Ikan Bilis Berkunyit
Ikan bilis
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit
Lada hitam
Air asam jawa
Cara masak:
1. Tumbuk semua bahan kecuali air asam jawa
2. Masukkan bahan tumbuk tadi dalam periuk, masukkan air asam. Masak hingga mendidih.
Kari ikan (tanpa santan)
Ikan
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Halba campur
Daun kari
Air asam jawa
Kari ikan
Tomato
Air
Cara masak:
1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, halba campur dengan sedikit minyak.
2. Masukkan tomato dan daun kari, masak sehingga layu.
3. Masukkan kari ikan. Masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air, ikan dan air asam jawa.
5. Bila ikan dah masak, masukkan garam tunggu sehingga mendidih. Siap.
Serunding Halia
Halia
Lada hitam
Garam
Ikan bilis – goreng
Bawang putih – goreng
Cara masak:
1. Sagat halia dan perah/tapis airnya
2. Goreng halia yang disagat tadi dengan api sederhana sehingga garing. Dah siap goreng, toskan minyak.
3. Campurkan halia goreng, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, garam dan lada hitam.
4. Gaul sebati dan simpan dalam bekas.
Ayam Bakar Berempah
Ayam
Bawang putih – tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk
Serai – tumbuk
Lengkuas – tumbuk
Serbuk kari
Lada hitam
Garam
Gula / madu
Cara masak:
1. Gaul semua bahan bersama ayam. Perap sekejap.
2. Bakar sehingga ayam masak.
Singgang Ikan
Ikan
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Kunyit – kisar
Serai -dititik
Air
Sedikit air asam jawa
Lada hitam
Garam
Cara masak:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk.
2. Masak sehingga ikan masak. Siap.
Air Asam Lada Hitam
Bawang putih
Bawang merah
Lada hitam
Air asam jawa
Garam
Gula
Air suam
Cara masak:
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan lada hitam.
2. Kemudian campurkan bahan tumbuk tadi dengan asam jawa dan sedikit air suam.
3. Masukkan garam dan gula. Gaul sebati. Siap.
Daging Goreng Kunyit
Daging
Kunyit
Bawang putih
Bawang merah
Garam
Lada hitam
Air
Cara masak:
1. Perap daging dengan kunyit, garam dan lada hitam lebih kurang 10 minit, ketepikan.
2. Masukkan daging tadi ke dalam kuali, masukkan sedikit air. Masak sehingga air daging kering dan daging empuk.
3. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah. Gaul sebati. Siap.
Ayam Ungkep Lada Hitam
Ayam
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Kunyit – kisar
Ketumbar – kisar
Jintan – kisar
Serai – ketuk
Lada hitam
Air asam jawa
Cara masak:
1. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak hingga naik bau.
2. Masukkan serai yang diketuk, tumis hingga garing.
3. Kemudian masukkan ayam dan air (ikut nak kuah banyak mana)
4. Tutup kuali dan biarkan ayam masak.
5. Bila ayam dah masak, masukkan garam, asam jawa dan lada hitam. Gaul sebati. Siap.
** Kalau tak nak tumis. Masukkan semua bahan dalam kuali. Tutup kuali, masak sehingga ayam empuk.
Ikan Masak Asam
Ikan goreng
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Halia – hiris
Air asam jawa
Lada hitam
Cara masak:
1. Tumis bahan hiris dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
2. Masukkan air asam jawa dan lada hitam.
3. Masukkan garam dan sedikit gula.
Khailan Ikan Masin
Ikan masin
Khailan
Bawang putih
Bawang merah
Garam
Sedikit gula
Sedikit air
Cara masak:
1. Goreng ikan masin dan hancurkan.
2. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah, tumis hingga layu.
3. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan khailan.
4. Masukkan garam dan sedikit gula. Siap.
5. Last sekali, masukkan ikan goreng. Masak sehingga mendidih. Siap.
**Kalau tak nak goreng & tumis renehkan semua bahan dalam kuali sehingga ikan masak.
Sup Ayam
Ayam
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Rempah sup
Lobak
Bunga kobis
Air
Daun sup
Cara masak:
1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan rempah sup dengan sedikit minyak.
2. Masukkan air dan ayam.
3. Bila ayam dah hampir masak masukkan lobak dan bunga kobis.
4. Bila sayur dah lembut, masukkan garam. Siap.
**Kalau tak nak tumis, masukkan semua bahan kecuali daun sup. Renehkan sehingga ayam masak. Taburkan daun sup sebelum hidang.
Ikan Bakar Kosong Dan Sup Sayur
Ayam Masak Lada Hitam
Ayam
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Halia -hiris
Sos lada hitam
Sedikit sos tiram ( tak nak pun tak apa)
Lada hitam
Air
Cara masak:
1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dengan sedikit minyak.
2. Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan air ( ikut banyak mana nak kuah )
3. Kemudian masukkan ayam. Masak sehingga ayam masak.
4. Selepas itu, masukkan garam, gula dan lada hitam. Siap.

**Kalau tak nak tumis masukkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga ayam masak.
Sup Ikan Dan Sawi Goreng
Ayam Masak Halia
Ayam
Halia – hiris
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Sedikit sos tiram
Air
Tepung jagung – untuk pekatkan kuah (optional)
Lada hitam
Garam
Lobak merah (optional)
Daun bawang (optional)
Cara masak:
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah & halia dengan sedikit minyak.
2. Bila dah naik bau, masukkan ayam.
3. Masukkan sos tiram, garam dan air. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan lada hitam, lobak dan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
5. Bila kuah dah jadi sedikit pekat. Tutup api dan masukkan daun bawang. Siap.
**Kalau tak nak tumis, masukkan semua bahan kecuali tepung jagung. Renehkan sehingga ayam masak. Bila ayam dah masak, masukkan tepung jagung yang dibancuh, gaul sehingga kuah sedikit pekat. Siap.
Sup Sawi Bertauhu
Sawi
Bawang putih
Bawang merah
Ikan bilis tumbuk
Air
Garam
Tauhu
Cara masak:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali sawi.
2. Bila air dah mendidih, masukkan sawi. Tutup api dan siap.
Singgang Ayam Ala Kelantan
Ayam
Bawang putih – tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Lengkuas – tumbuk
Ketumbar – tumbuk
Serai – dititik
Lada hitam
Asam jawa /asam keping
Air
Daun kunyit (optional)
Cara masak:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Bila dah mendidih, masukkan garam dan daun kunyit. Tutup api dan siap.
Sup Brokoli Bertauhu
Brokoli
Bawang putih
Bawang merah
Ikan bilis tumbuk
Air
Garam
Tauhu
Cara masak:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali brokoli.
2. Bila air dah mendidih. Masukkan brokoli, tutup api dan siap.
Daging Masak Lada Hitam
Daging rebus
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Halia – hiris
Sos lada hitam
Sedikit sos tiram ( tak nak pun tak apa )
Lada hitam
Air
Cara masak:
1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dengan sedikit minyak.
2. Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan air ( ikut banyak mana nak kuah )
3. Kemudian masukkan daging.
5. Masukkan garam, gula dan lada hitam. Siap
**Kalau tak nak tumis masukkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
Baca sini : Menu berpantang PKP tak stress, suami masak isteri makan
Sup sawi
Sawi
Lobak
Bawang putih
Bawang merah
Serbuk ikan bilis (ikan bilis sangai dikisar)
Air
Garam
Cara masak:
1. Masukkan air, bawang putih, bawang merah, serbuk ikan bilis dan lobak.
2. Bila lobak dah agak lembut. Masukkan sawi dan garam. Bila sawi dah layu tutup api. Siap.
Oren Sunkist
Epal Merah
Sumber/Foto : Nor Sofiah Hussin
Baca sini : Ada sebab kena pantang makan lepas bersalin, ini kesan bila mak-mak 30an main langgar.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi ‘BEEF WRAPS’ Sedap & Paling Mudah, Sukatan ‘Filling’ Ngam-Ngam Untuk 5 Biji!

Isi Kandungan
ToggleAdakalanya buntu juga nak sediakan sarapan pagi atau minum petang untuk seisi keluarga. Yang penting sedap anak-anak suka dan senang nak disediakan. Jika dekat rumah tu ada ‘wraps’ dan daging kisar, mak-mak boleh buat resipi ‘Beef Wraps’ yang mudah dan sangat sedap ni.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Irma April ini sebagai panduan;
Beef wraps.Bungkuih-bungkuih, boh dalam microwave sat bagi cheese btoi-btoi cayaq..Keliaaa… Ajom makan.
Ada dok tanya resepi. Kami tak pandai sangat ikut tekak sendiri ja. Tak tau nak habaq portion resepi tu banyak mana nak guna. Ampa agak-agak sesuai la na.
Bahan-Bahan:
Separuh bungkus Daging kisar (Minced beef) *kami guna brand saudi dalam tiub kecik tu.
5 keping Roti pita (wraps)
1 sudu besar marjerin/butter
1/2 biji Bawang holland
1 biji Cabai benggala (capsicum)
1 sudu besar Gula Perang
Cheese (slice & mozarella)
Bawang putih ni optional. *Cincang halus.
Sos Black pepper
Sos sweet & sour / plum sauce (boleh ganti sos tomato & cili)
Cara Membuat:
1. Panaskan butter/marjerin, masukkan bawang dan tumis sampai agak layu. Selepas itu masukkan gula perang dan kacau sampai jadi macam warna karamel. Orang kampung kami sebut caramelized onion.
2. Kemudian masukkan daging dan kacau-kacau sikit dan masukkan sos black pepper, bbq souce, sweet & sour atau plum sauce. Sos-sos ni kalau takdak ampa balance kan ja dengan gula dan serbuk perasa. Guna sos tomato atau buah tomato pon ok dah. Takyahla nak suruh encik laki ampa pederaih pi beli sos-sos tu pulak satgi lain yang dia beli.
3.Selepas itu dah masuk semua bahan ni kacau-kacau rata next masukkan cabai benggala tu dan terus tutup kuali dalam 3 ke 5 minit macam tu. Pastu siap.
4. Next step susun ja la camni. Saya buat filling ni ngam-ngam untuk 5 biji beef wraps.
5. Dah siap bungkus camni kalau ampa nak makan terus pon boleh kalau nak melt sikit cheese tu boleh masuk sat dalam microwave. Kalau nak garing-garing sikit kulit atas wraps tu boleh sapu butter atau merjerin pastu masuk dalam oven atau lagi mudah masuk dalam air fryer sat. Suhu 160c bakar dalam 3 ke 5 minit. Tepulang pada jenis air fryer masing-masing. Rupa wraps akan lagi cantik la garing-garing merelit gitu.
6.Ni rupa bila dah potong.Saja la nak tunjuk rupa dalam wraps camna hihi.

Selamat Mencuba! Sori na lau tak kena selera dan tekak ampa.. Kami tera-tera tu kena dah la selera.
Mesti Baca:RESIPI ‘Breakfast Dip’ SEDAP, ‘Wraps Chips’ Rangup Cicah Telur Hancur!
Baca Lagi Di Sini:Mudah Buat Sendiri ‘Flour Tortillas’, Simpan Dalam Freezer Berbulan Tahan!
Artikel Menarik:DIY NACHOS Chip Mudah Guna Wraps Gardenia, Bakar Dalam Air Fryer!
Mingguan Wanita: Mudah je nak buat ‘beef wraps’ ni. Sesuai nak buat untuk sarapan pagi atau minum petang.Memang kenyang!
Sumber: Irma April
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI