
Isi Kandungan
ToggleTerkini, resipi yang menjadi viral ialah Kek Oreo Versi kukus pulak. Mudah sangat nak buat Kek Oreo ni, guna dua bahan je pun mak-mak dah boleh jadikan kek yang sedap. Yang paling penting mudah dan jimat bajet sebab tak sampai Rm 10 pun. Hanya perlu guna Biskut Oreo dan air susu kotak coklat Dutchlady.
Jom cuba perkongsian resipi menarik oleh Hana Ramli ni.
Bahan-Bahan:
Dua Bungkus Biskut Oreo
Sekotak Susu Coklat (250ml)
Cara Membuat:
1.Masukkan susu dan Biskut Oreo ke dalam mesin pengisar (blender). Pastikan blender bebas dari bau bawang dan lada.
2.Kisar seperti dalam gambar.
3.Isi la adunan dalam bekas apa apa pun dan kukus. Kalau nak tahu masak ke belum, cuba cucuk guna garfu. Kalau masih ada adunan yang melekat pada garfu tu bermakna kek oreo kita belum masak. Kukus lagi.
4.Ni selepas siap kukus, ermmmm moist gittuuuu. Biar dia rest sejuk dulu sekejap.

5.Akhir sekali, tuang la topping apa-apa pun, tak letak topping pun takpa. Sedap
Kek oreo dua bahan, yang bahagian topping tu saya double boil chocolate.
Selamat Mencuba!
Sumber: Hana Ramli
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahan Rahsia AYAM MASAK KURMA Resipi Abah, Sedapnya Sampai Ke Kuah Habis Licin!

Isi Kandungan
ToggleAyam Masak Kurma memang ramai yang suka buat, apatah lagi menu ni tak pedas, anak-anak memang suka. Nak buat Ayam Masak Kurma yang sedap ada ramuan rahsianya yang tersendiri.Rupanya kena masukkan badam, daun ketumbar dan daun bawang kisar masa tumis, barulah Ayam Masak Kurma bertambah sedap, sampai ke kuah habis licin.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Umi Watie ini sebagai rujukan.
Dah masak untuk makan tengah hari ke tu uiiii? Meh nak kongsikan resipi Ayam Masak Kurma resipi dari abah kakchik. Dulu kalau bulan puasa abah selalu masak untuk kami sekeluarga.
Abah buat pekat kuahnya, nanti boleh cicah dengan roti atau lempeng. Selalu kalau kat kedai makan memang kakchik tak memandang lauk Kurma.Tapi kalau abah yang masak, sampai ke kuah habis licin. Rupanya ada bahan rahsia yang abah bubuh. Jom kita buat.
Bahan-bahan (Tumis):
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 ½ pek kecil rempah kurma MakSiti
Rempah 4 sekawan
Daun bawang
Daun ketumbar
Badam
½ ekor Ayam
Sedikit air
pes asam jawa
kentang potong dadu
lobak merah
1/4 cawan santan
Kentang
Lobak Merah
cili hijau
bawang merah
tomato
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
1. Tumiskan bahan tumisan yang dikisar sampai naik bau.
2. Bila dah garing masukkan serbuk Kurma.
3. Ini bahan rahsia kenapa Kurma abah sedap. Kisarkan Daun bawang, Daun ketumbar dan Badam tadi. Masukkan dalam bahan tumisan yang dah pecah minyak tadi. Masa ini bau dia yaaaa ampun. Berjoget cacing kelaparan.
4. Biarkan bahan tadi pecah minyak barulah masukkan ayam. Kacau kacau Kan semua bahan biar mesra.
5. Bila semua bahan dah mesra elok muafakat membawa berkat masukkan air.
6. Masukkan juga pes asam jawa. Kita nak kuah kita masam masam manja saja tau. Jangan kau yang bermasam muka. Kita bukan nak masak asam pedas.
7. Masukkan kentang.
8. Masukkan lobak. Senang kerja mak tak payah masak sayur dah. Ikut suka ya nak masukkan boleh, tak nak pun takpe.
9. Bila semua bahan dah empuk elok. Masukkan Santan ¼. Cawan.
10. Masukkan cili hijau, bawang merah dan tomato. Berkabus dapur oiii. Macam Kat London. Hahaha
11. Perasakan dengan garam dan gula. Ikut selera lah ye. Ejas sampai rasa yang kau nak cukup rasa.
12. Dah siapppppp. Perghhh ini kalau abah nampak mesti kata jadi dah ni jadi. Hahahaha.
Hidangkan pada anak dan suami. Selamat mencuba.
Memancor mancor oi. Nampaknya kena masak 5 pot nasi hari ni. Kalau bernasib baik boleh buat lempeng petang nanti cicah kuah Kurma. Kalau tak kita masak lain lah untuk malam.
Dah siap masak, jerit pada suami Dan anak. Panggil mereka makan. Pesan siap siap jangan tinggal kan baki. Mak nak diet. Dah berapa kali hati Isnin ni. Hishhhh
Selamat mencuba.
Baca Lagi Di Sini:
ISI AYAM Tak Laku, Bila Masak Begini Licin Habis Makan Anak Beranak!
CARA Simpan Ayam Elok Seketul-Seketul Tak Melekat, Senang Nak Masak!

Mingguan Wanita : Rupanya kena masukkan badam, daun ketumbar dan daun bawang kisar masa tumis, barulah Ayam Masak Kurma bertambah sedap, sampai ke kuah habis licin. Boleh cuba tip ni nanti.
Sumber : Umi Watie
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 7 & 8 Ogos 2021 (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Berliter-Liter YOGURT Homemade Untuk Berniaga, Dijamin Sedap Bersih Halal!

Isi Kandungan
ToggleRupanya kita boleh buat sendiri berliter-liter yogurt homemade, malah dijamin sedap, bersih dan halal. Boleh buat jual atau makan sendiri untuk keluarga. Bahan-bahan yang diperlukan pula tak banyak, malah sangat senang nak buat sendiri.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Mayah Rubel Hasan ini sebagai panduan;
Yogurt fully homemade by mayah.Setiap hari Khamis kami akan buat berliter-liter yogurt sendiri untuk berniaga hari Jumaat. Sekali mayah share resepi la wajib hangpa kena try ya. Dijamin sedap bersih halal dan sedap mampos.
Bahan-Bahan:
1 kotak Susu Kotak (Full Cream) atau Susu Segar
1 helai Daun Salam
1 biji Buah Pelaga
1 sudu besar yogurt asli
Daun pudina
Cara Membuat:
1. Panaskan periuk, pastikan periuk bersih dan kering.
2. Kemudian masukkan kesemua susu dengan api suhu sederhana.
3. Setelah itu, kuatkan api dan biarkan sehingga susu mendidih dan kacau rata.
4. Masukkan pula daun salam dan buah pelaga, kacau sebati dalam 1 hingga 2 minit, kemudian tutup api.
5. Kemudian pindahkan periuk susu ke tempat yang ada kipas untuk pastikan susu betul-betul sejuk dengan angin kipas.
6.Sambil itu boleh buang buah pelaga dan daun salam tadi.
7.Pastikan susu tadi dalam keadaan suam, sederhana panas.Setelah itu masukkan pula yogurt asli dan kacau sebati.
8. Sediakan bekas kecil dan cepat-cepat isikan susu tadi.
9. Tutup rapat dengan kain/selimut selama 5 jam. Pastikan tidak masuk angin. Selepas 5 jam, bolehlah terus masukkan dalam peti sejuk.
Ni yang dah siap minggu lepas punya.
Bangun pagi subuh buka tengok dah menjadi yogurt kita. Terus ambil letak peti ais na . Tempat normal. Sedia untuk jual atau makan sendiri.
Ni yang Mayah punya cantik kan. Rasa pergh tak boleh lawan kat kedai punya . Padu bersih halal.
Ni Panipurii Mayah .Setiap Jumaat mayah jual beratus bekas !
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.
Baca Lagi Di Sini:
Begini Cari Yogurt Yang Betul-betul Sihat Dan Baik Untuk Anak
Resipi AISKRIM YOGURT Sedap, Nampak Mewah Sebiji Macam Aiskrim Mahal!
“Kukkra Curry” Sedap Tak Pakai Santan, Guna Yogurt & Daun Ketumbar
Mingguan Wanita: Mudah je rupanya nak buat sendiri yogurt homemade di rumah.Boleh buat berniaga atau makan sendiri di rumah. Malah dijamin sedap, bersih dan halal!

Sumber: Mayah Rubel Hasan
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi Resipi Jagung Cheese Leleh, Manis Lemak Berkrim Nak Buat Pun Senang Sangat!

Isi Kandungan
ToggleJika selalu, mak-mak rebus jagung seperti biasa dengan air, garam dan sedikit gula,apakata kali ini cuba resepi Jagung Cheese Leleh yang dikongsikan oleh Siti Nabilah Jamaluddin ini. Rasa lemak berkrim, secukup rasa.Nak buat pun senang sangat, masukkan je semua bahan-bahannya. Resipi ini wajib dicuba terutamanya buat penggemar cheese dan jagung!
Berikut antara perkongsian beliau;
“Saya nak kongsi resepi Jagung Cheese leleh resepi ni pun saya ambil dari facebook sahabat saya. Terima Kasih untuk resepi ini.”
Bahan-Bahan:
4 tongkol jagung
1 tin susu cair (saya guna fresh milk Dutch lady)
2 sudu besar susu pekat (kalau nak manis bole tambah lagi )
2 sudu besar planta /buttercup
Garam
Lada sulah
4 keeping keju Cheddar
Cara Membuat:
1.Masukkan semua bahan kedalam periuk biarkan sehingga mendidih.
2.Siap! Untuk nak wangi letak beberapa helai daun pandan yang disimpul.

Posted by Siti Nabilah Jamaluddin on Tuesday, 6 March 2018
Selamat Mencuba! Bolehlah buat untuk anak-anak, minum petang nanti.
Sumber: Siti Nabilah Jamaluddin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI