Ramai yang dah cuba Kek Milo 3 bahan yang viral baru-baru ini. Namun ramai juga yang kurang berpuas hati dengan hasilnya sebab kek tak jadi gebu atau bantat. Sebenarnya bila guna teknik kukus, kena tahu cara yang betul iaitu bekas perlu ditutup dan jangan bagi air pada penutup pengukus menitik dalam adunan kek.

Boleh ikut resipi Kek Milo yang dikongsikan oleh Puan Noriza Awang Hamat ini;

“Fuhhhhh..lega rasa kejadian memuaskan Kek Milo 3 bahan yang dok viral dalam FB. Macam tak percaya je tanpa tepung kek akan menjadi. Pertama kali cikza buat Alhamdulillah tak mengecewakan. Sangat sedap gebu dan lembut. Cik Kiahhh semua bila lagi nak mencuba?”

Bahan-Bahan:

2 cawan Milo
4 biji telur
2 Sudu besar susu pekat

Kek Milo Viral Tak Bantat,Tutup Penutup Mangkuk Jangan Bagi Air Menitik!

IKLAN

Cara Membuat:

1. Blender semua bahan dan kukus selama 1jam.

InfoEkstra

  • Cikza tutup dengan penutup mangkuk kaca tak bagi air menitik atas adunan. Disebabkan air menitik la kek tak naik dan menjadi bantat. Kemudian tutup pengukus dengan penutup dia (tak perlu balut dengan kain dah).

Kek Milo Viral Tak Bantat,Tutup Penutup Mangkuk Jangan Bagi Air Menitik!

  • Untuk topping,saya guna serbuk koko, sedikit Planta dan susu pekat.

Kek Milo Viral Tak Bantat,Tutup Penutup Mangkuk Jangan Bagi Air Menitik!

IKLAN
  • Saya guna mangkuk kaca yang dah ada penutup siap-siap.Bekas kaca besar tapak tangan je. Adunan tu tak penuh sis separuh je.

Kek Milo Viral Tak Bantat,Tutup Penutup Mangkuk Jangan Bagi Air Menitik!

  • Guna api sedang. Saya guna kuali je, lapik redai besi dekat bawah.

Kek Milo Viral Tak Bantat,Tutup Penutup Mangkuk Jangan Bagi Air Menitik!

IKLAN

Baca Lagi Di Sini: Senangnya Buat Souffle Cheesecake, Hanya 3 Bahan & Tak Guna Tepung Langsung!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi mak-mak yang nak mencuba Kek Milo Viral 3 bahan ni. Kena tahu tip dan cara yang betul nak buatnya barulah kek naik elok, tak bantat.

Sumber: Noriza Awang Hamat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI