Ramai yang dah cuba Kek Milo 3 bahan yang viral baru-baru ini. Namun ramai juga yang kurang berpuas hati dengan hasilnya sebab kek tak jadi gebu atau bantat. Sebenarnya bila guna teknik kukus, kena tahu cara yang betul iaitu bekas perlu ditutup dan jangan bagi air pada penutup pengukus menitik dalam adunan kek.
“Fuhhhhh..lega rasa kejadian memuaskan Kek Milo 3 bahan yang dok viral dalam FB. Macam tak percaya je tanpa tepung kek akan menjadi. Pertama kali cikza buat Alhamdulillah tak mengecewakan. Sangat sedap gebu dan lembut. Cik Kiahhh semua bila lagi nak mencuba?”
Bahan-Bahan:
2 cawan Milo
4 biji telur
2 Sudu besar susu pekat
Ads
Cara Membuat:
1. Blender semua bahan dan kukus selama 1jam.
InfoEkstra
Cikza tutup dengan penutup mangkuk kaca tak bagi air menitik atas adunan. Disebabkan air menitik la kek tak naik dan menjadi bantat. Kemudian tutup pengukus dengan penutup dia (tak perlu balut dengan kain dah).
Ads
Untuk topping,saya guna serbuk koko, sedikit Planta dan susu pekat.
Saya guna mangkuk kaca yang dah ada penutup siap-siap.Bekas kaca besar tapak tangan je. Adunan tu tak penuh sis separuh je.
Ads
Guna api sedang. Saya guna kuali je, lapik redai besi dekat bawah.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi mak-mak yang nak mencuba Kek Milo Viral 3 bahan ni. Kena tahu tip dan cara yang betul nak buatnya barulah kek naik elok, tak bantat.
Rupanya senang sangat nak buat resipi Scones guna 3 bahan je. Malah bila buat sendiri kos pun jimat tak sampai RM10 pun.
Scone ni antara menu klasik cukup popular untuk hidangan minum petang bagi orang di Eropah. Jika pernah ke kafe di tanah tinggi Cameron Highlands banyak dijual scone ni. Rasanya memang cukup sedap dan tak jemu makan.
Boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Mell Abdul Rahman ini sebagai rujukan.
SCONE 3 BAHAN. Tak payah pi Cameron Highlands dah.Orang Aloq Pongsu (kampung saya) pun boleh makan dah aih..Hebat tak sangga la makan scone oii.Kalau beli seketoi RM4. Buat sendiri bahan tak sampai RM10.
Saya nak share scones cuma menggunakan 3 bahan yang sangat-sangat senang dan mudah.Tapi ini versi tawar sebab kita akan makan dengan Strawberry Jam yang dah manis. So saya tak pakai gula. Lagipun saya sendiri dah manis.
OPTIONAL:
Boleh pakai sedikit esen vanila, sedikit gula castor dan sedikit garam (tapi untuk yang kali ini saya tak pakai).
Bahan-Bahan:
2 1/2 cawan tepung naik sendiri (Jangan naik tinggi sangat nanti gayat)
1 cawan susu segar sesegar haruman kasturi
130g (lebih kurang 1/2 cawan) butter
*Jangan tiru jenama tu ye mak..sebab saya di Australia. Jenuh pulak nak pusing Tesco nanti.
Cara Membuat:
1.TEKNIK BERDUA LEBIH BAIK.
Saya ayak sikit tepung tu biar dapat tekstur gebu gebas dan kenalkan dengan butter. Gaul-gaulkan berdua tu biar sampai jadi seperti serbuk roti. Seroi kata orang utagha.
2.TEKNIK BILA BERDUA PASTI ADA YANG KETIGA
Bila dah berdua mesti kena tangkap basah.So kita basahkan dengan secawan susu segar. Gaul chill-chill je tak payah uli ye. Sebab depa ni tak bergaduh.
(Masa ni kalau yang suka manis tambah gula sedikit, essen vanilla dan garam. Ini optional saja ya)
3.TEKNIK MERAPATKAN SILATURRAHIM
So kita dah sebatikan bersama penyek-penyek sikit supaya lebih akrab persahabatan. Tiber.
4.TEKNIK BERTENANG DAN BERMUHASABAH
Beri sedikit ruang kepada mereka untuk muhasabah diri masing-masing dalam 10 minit untuk mengenali hati budi.
5.TEKNIK SIAP SEDIA
Lapik baking paper atas dulang pembakar supaya mereka tadi tidak melekat dan berebut kawasan. Kita ingin mencegah mereka dari berselisih faham ya.
(kalau tak ada, sapu saja pakai butter sikit)
6.TEKNIK MENYIAPKAN DIRI
Kita leperkan mereka (tak perlu pakai roller) dan tekup bulat-bulat.Saya pakai acuan kecil konon-konon nak nampak comel.
7.TEKNIK PERHIMPUNAN SEKOLAH
Susun atas dulang pembakar macam beratur dalam perhimpunan di sekolah. Yang tinggi di depan, yang rendah di belakang. Yang lebar dok tengah-tengah. Cover gittew. Macam mak-mak la ambil gambar dok belakang anak.
8.TEKNIK BERDANDAN
Ini juga optional. Saya suka permukaan scone nampak garing. So saya guna telur dan sedikir susu.Kacau sebati jangan sampai berbuih-buih cinta pulak. bukan nak buat teloq sarang burung.
9. TEKNIK MEMANJAKAN DIRI
Lulurkan dengan lemah gemalai permukaan scone dengan berus.Biar sekata seperti mak pakai face masker dengan baju kelawaq tu.
10. TEKNIK WEFIE
Begini hasilnya (ini nak masuk 2nd bake. sebab tu paper tu dah ada kesan. Yang 1st tadi lupa nak snap).
11. TEKNIK SPA
Depend pada oven mak-mak ya. Kalau saya panas spa tu 250degrees dan 15minutes. (sebab saya suka garing. kalau taknak, kurangkan sikit suhu atau masa)
Agak panas tapi cepat masak.
12. TEKNIK SEJUKKAN BADAN
Kita bagi depa ni chill-chill sat dulu. Lepas spa katanya. Mulus gittewwhhh.
14. TEKNIK OOTD
Beginilah hasilnya.Sapu dengan strawberry jam boleh, dengan whipped cream boleh. Kalau nak letak tuna pun why not. Sebab ini scones versi plain.
Tapi next time saya tak nak buat kecil-kecil la. Nak buat besar sikit. Tak comel pun kecik-kecik tu. Memang dah sah #GEMOKisAWESOME
Mingguan Wanita: Mudah je nak buat scone ni rupanya. Guna 3 bahan pun boleh jadi, kos pula tak sampai RM10. Sedap makan dengan whipped cream dan jem strawberi, tapi nak makan begitu saja pun boleh sangat.
Puding karamel, salah satu pencuci mulut yang paling mudah dan senang untuk buat. Resipinya berasaskan telur dan susu cair. Tak adalah susah sangat untuk membuatnya.
Tapi, ada juga yang buat puding karamel tak menjadi, karamelnya terlebih masak hingga rasa pahit sangat. Belum lagi bau telur pada puding tersebut. Mahunya terbantut untuk makan.
Jadi, ada cara nak tukar puding karamel tanpa menggunakan telur. Boleh ikuti resipi yang dikongsikan oleh Jalilah JJ Homemade ini.
Sedapnya makan sambal tempoyak daun kayu dengan ikan goreng. Dimasak pekat dan pedas, memang nikmat! Tak cari lauk lain dah. Ada cara yang ‘simple’ nak buat sambal ni, paling penting kena da petai dan tempoyak.
Boleh cuba resipi sambal tempoyak daun kayu yang dikongsikan oleh Puan Ina Abbas
Saya panggil sambal tempoyak daun kayu. Kalo ikut versi sebenar dari N9, banyak guna daun-daun ulaman, diracik halus & dilebur naikkan sekali tanpa ditumis.Yang ni versi yang simple je guna apa yang ada dalam peti dan keliling rumah. Yang penting mesti ada petai dan tempoyak.
Masak pekat-pekat dan pedas-pedas. Makan dengan nasi panas, fuhhh terangkat. Tak perlu banyak lauk lain lagi. Gu dengan ikan goreng is the best tapi dalam peti ada ayam je, so boleh juga lah kan. Sedapnya, makan sampai tak ingat orang belakang.
Bahan-Bahan:
Cili api
Kunyit hidup (serbuk pun boleh)
Serai
Sedikit ikan bilis
* Blend dengan sikit air
Bawang kecil
Pucuk ubi
Daun kunyit
*Dimayang/hiris halus
Ikan bilis (digoreng garing atau tak – terpulang)
Petai
Santan pekat
Tempoyak
Asam keping
Cara Membuat:
1.Pucuk ubi direbus smpi empuk.
2.Dalam kuali/periuk, masuk minyak sikit dan tumis bahan blend & bawang kecil yang dihiris.
3.Bahan tumis dah naik bau, masukkan tempoyak.
4.Tumis lagi sampai naik minyak sikit, masukkan santan pekat.
5.Masukkan asam keping, perasa, garam & gula.
6.Kuah mendidih, masukkan pucuk ubi, daun kunyit, ikan bilis & petai.
Siap! Selamat Mencuba!
Mesti Baca:Isi Durian Bergas, Buat Tempoyak Jangan Tutup Rapat Boleh Meletup Balang!
Baca Lagi Di Sini:Sambal Tumis Tempoyak Petai Pedas Paling Sedap, Tak Cari Lauk Lain!
Artikel Menarik:Resepi Sekuali Besar Sambal Tempoyak Daun Kayu, Ada Lebih Beri Ke Jiran
Mingguan Wanita:Sedapnya, memang membuka selera sungguh sambal tempoyak daun kayu ni. Tak cari lauk lain dah.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...