
Isi Kandungan
ToggleDah nak raya ni selain hidangan wajib, ketupat, rendang dan kuih muih, kek juga antara yang menjadi pilihan penyeri di meja makan. Kek Milo 3 bahan ni antara kek paling senang yang mak-mak boleh buat, hanya guna tiga bahan je iaitu telur, milo dan susu pekat sebagai bahan utama. Menariknya ‘kek’ ini tak perlu guna tepung pun, tapi rasa nya sedap dan ‘chewy’ macam brownies!
Boleh cuba perkongsian resipi oleh Sara Vee ini;
Bahan-Bahan :
4biji telur
2cawan milo
2sudu besar susu pekat
Cara Membuat:
1.Pukul (mixer) semua bahan-bahan tersebut selama 3 minit.
2.Kemudian masukkan dalam loyang, bakar 45 min pada suhu 180’c.
Siap!
Selamat Mencuba!

“Maka jadilah seperti gambar. Lepas tu tak payah tepung memang wow lah! Yang penting husband mak suko kemain. Chewwy gowwy brownies milo.
Sedappp!”
Senang je kan, guna 3 bahan je pun dah boleh jadi kek untuk raya nanti.
Sumber: Sara Vee
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hilangnya Sebutir Mutiara, Pemergian Glenn Fredly Mengejutkan Dunia Hiburan Indonesia

Berita yang cukup sedih dilaporkan oleh agensi berita Antara dan media tempatan lain di Indonesia, penyanyi popular dari negara itu, Glenn Fredly telah meninggal dunia di Rumah Sakit Fatmawati di Jakarta.
Penyanyi itu dilaporkan terjatuh di apartmennya sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
Rakan Artis Glenn Fredly Turut Bersedih
Berita sedih itu turut disampaikan rakan baik Glenn iaitu Tompi melalui pesanan WhatsApp kepada Kompas.com.
“Telah berpulang (meninggal) saudara kami, Glenn Fredly malam ini.
“Mohon dimaafkan semua salahnya, dia yang selalu hadir menggerakkan kita semua,” tulis Tompi.
Rakan artis lain turut berkongsi rasa sedih dengan pemergiaan sebutir mutiara dari negara seberang itu antaranya Ariel Noah dan Rossa menerusi akaun instagram milik mereka.
“Aku akan mengingatmu selamanya sebagai seseorang yang selalu tersenyum, selalu manis dan sebagai seorang musisi terhebat.
Rest in love Glenny. 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 #gonetoosoon”


Tinggalkan Isteri & Anak Perempuan Baru Berusia 2 Bulan

Glenn meninggalkan isterinya, Mutia Ayu dan seorang anak perempuan yang baru berusia dua bulan.
Dalam status terakhir di Instagramnya, Mutia Ayu memuatnaik potret kebahagiaan sambil memeluk Glenn.
“Ketika Gewa dewasa nanti dan mengerti, Gewa pasti akan berkata ‘Gewa Bangga menjadi anak Perempuan Ayah’ Tuhan selalu jaga kami,” tulis Mutia Ayu pada kapsyen foto itu.
Masuk tiga hari Abam tiada, kuburnya tak putus-putus diziarahi rakan artis
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kate Middleton Sahkan Hidap Kanser, Akui Ia Satu Kejutan Besar Buat Dirinya

Isi Kandungan
ToggleKate Middleton sahkan hidap kanser, akui ia satu kejutan besar buat dirinya. Selepas pelbagai spekulasi berlalu termasuk pertanyaan di mana Kate Middleton kerana menghilang sejak Disember tahun lalu, kini teka teki keberadaan Princess of Wales menjawab semua spekulasi mengenai dirinya.
Semalam menerusi klip video yang dirakam di Windsor, Kate Middleton, memaklumkan dirinya mengidap kanser dan mengesahkan dirinya sedang menjalani kemoterapi pencegahan.
Kate Middleton Sahkan Hidap Kanser
“Ini sudah tentu merupakan kejutan besar. Saya dan William telah melakukan segala yang kami mampu dan menguruskan perkara ini secara peribadi demi keluarga muda kami,” kata Kate, 42 yang dilihat agak lemah dan pucat.
BREAKING
Kate Middleton announces she has cancer and is undergoing the early stages of chemotherapy. pic.twitter.com/60fEKb6xhc
— Yashar Ali 🐘 (@yashar) March 22, 2024
Akui Ia Satu Kejutan Besar Buat Dirinya
Isteri kepada pewaris takhta Britain ini berkata, penemuan kanser selepas susulan pembedahan perut yang dijalaninya jelas satu kejutan besar buatnya dan keluarga.
“Pasukan perubatan saya menasihatkan agar saya menjalani kemoterapi pencegahan dan saya kini berada pada peringkat awal rawatan itu,” katanya yang dilihat mengenakan seluar jeans dan baju panas dalam klip video berkenaan.
“Saya akan mengambil masa untuk pulih daripada pembedahan besar bagi memulakan rawatan (kemoterapi) saya.
“Namun paling penting, kami mengambil masa untuk menjelaskan segala-galanya kepada George, Charlotte dan Louis dengan cara yang sesuai untuk mereka dan untuk meyakinkan mereka bahawa saya akan baik-baik saja.
“Seperti yang saya katakan kepada mereka, saya sihat dan semakin kuat setiap hari dengan memberi tumpuan kepada perkara yang akan membantu saya sembuh, dalam fikiran, badan dan semangat saya,” katanya yang tidak memaklumkan jenis kanser dihidapinya.
Dalam sejarah perkahwinannya bersama Putera William, Kate Middleton yang merupakan rakyat biasa dan menjadi sangat popular di hati rakyat sejak mengahwini William pada 2011 lalu.
Dalam pada itu, Raja Britain Charles III berbangga dengan Kate, Princess of Wales, kerana keberaniannya bercakap mengenai rawatan kansernya. Dirinya kini turut menjalani rawatan akibat kanser.
Sementara itu, Putera Harry dan isteri, Meghan turut menyampaikan kata-kata sokongan kepada Kate.
Dia yang kini tinggal di California, Amerika Syarikat bertindak memutuskan hubungan dengan istana dan memilih kehidupan biasa.

“Kami berharap Kate dan keluarga diberi ruang untuk sembuh tanpa gangguan dan secara aman,” kata Harry dan Meghan, yang juga Duke dan Duchess Sussex.
Pemimpin politik Britain menawarkan sokongan kepada Princess of Wales, Kate Middleton, selepas pengumuman pengesahan mengenai kanser dihadapinya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Kate Middleton Dipilih Sebagai Kerabat DiRaja Paling Bergaya Di Dunia!
Kate Middleton Manis Ukir Senyuman, Cergas & Ceria Meskipun Baru Lepas Bersalin Anak Ketiga
Dalam Diam Putera William Dikatakan Curang Dengan Kawan Isteri, Kate Middleton
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kerana Layang-Layang Gergasi, Kanak-Kanak Diterbangkan Berbelas Meter Dari Tanah

Isi Kandungan
ToggleSiapa sangka, dalam keseronokan bermain atas tanah lapang sekumpulan kanak-kanak berdepan situasi panik apabila salah seorang daripada mereka “terbang”.
Dikatakan anak-anak ini sedang bermain, kerana layang-layang gergasi, kanak-kanak diterbangkan berbelas meter dari tanah.
Bermain Layang-layang Gergasi
Akibat bermain dengan layang-layang gergasi, seorang kanak-kanak di Sumatera, Indonesia patah tulang tangan selepas diterbangkan alat permainan itu.
Dalam kejadian tengah hari 1 Disember lalu, kanak-kanak berusia 12 tahun itu diterbangkan layang-layang ketika bermain di padang sekolah berdekatan wilayah Pringsewu, Lampung.
Menurut Ketua daerah Ambarawa, kanak-kanak itu tersangkut pada tali layang-layang itu sebelum diterbangkan berbelas meter dari tanah.
Baca Juga Di sini:
Bila Ada Anak Perempuan, Waktu Dia Kecillah Kita Bagi Bermain Sepuasnya
Doktor Jelaskan Perlu Atau Elak Bawa Anak Bermain Di Kolam Bola
Kanak-Kanak Diterbangkan Berbelas Meter Dari Tanah
Abang sulungnya, Acil, 28, berkata, sebelum kejadian, layang-layang itu diterbangkan seorang adiknya yang lain manakala mangsa memegang talinya.
“Dia memegang terus tali layang-layang itu menyebabkan insiden itu berlaku,” katanya dalam portal Coconuts.co.
Katanya, dia menemani adik-beradiknya itu ke padang berkenaan namun hanya menunggu dalam kenderaan.
Jatuh Atas Tanah Lepas Terbang
Agensi Perlindungan Kanak-kanak (LPA) Pringsewu mengesahkan mangsa mengalami enam keretakan di kedua-dua tangannya.
Ia selepas kanak-kanak itu terjatuh ke atas tanah dan kini dilaporkan semakin sembuh selepas menjalani dua prosedur pembedahan.
Susulan kejadian itu, LPA memberi amaran kanak-kanak harus bermain layang-layang yang sesuai dengan saiz badan mereka

Menurut agensi berkenaan, kejadian seumpama itu bukan pertama kali berlaku.
Sebelum ini, remaja berusia 14 tahun di wilayah Bantul, Yogyakarta turut diterbangkan layang-layang setinggi 3.35 meter dari tanah, mengakibatkan pahanya patah.
MW: Mak, ayah sebaiknya memantau anak-anak yang bermain, bimbang sekiranya kejadian sebigini berlaku tanpa kita sedar. Maklumlah anak-anak hanya tahu mengejar keseronokan tanpa memikirkan kesan ke atas diri mereka.
Sumber: myMetro
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI