Mak-mak yang tak ada oven jangan susah hati, atau patah semangat nak cuba buat kek marjerin marble. Cara yang dikongsikan Nor Elyani Ramli ini bantu mak-mak masak kek marble atas dapur gas letak dalam periuk saja.
Tak rumit pun, sebab tip yang dikongsikan ini tak buatkan periuk terbakar, hangit apatah lagi berlubang. Asalkan ikut tip yang dikongsikan ini.
“Menjadi jugak kek marble nya walaupun bakar dalam periuk atas dapur je tak ada oven.. seronok anak-anak makan sebab bertahun tak buat kek kat rumah sendiri.. kalau raya buat kat kampung rumah nenek dorang je
..”Resepinya :
1 cawan marjerin ( saya guna cap pelangi je)
1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecik esen vanilla
5 biji telur size B
2 sudu besar susu cair
Pewarna hijau & merah
Cara membuat :
1. Pukul gula dengan marjerin sampai kembang, masukkan esen vanilla & susu cair. Masukkan telur sebiji demi sebiji & pukul sampai sebati. Last masukkan tepung yang dah diayak.
2. Lepas tu bahagikan 3 untuk letak pewarna. Dah masukkan loyang, masukkan dalam periuk, tutup dan masak dengan api kecil dalam 45 minit.
3. Tak payah buh air masa bakar. Masukkan dia saja dalam tu dengan api kecik ye.
Kek span marble susu sukatan cawan, mudahnya bakar guna kuali je
“Sebab ramai yang tanya, periuk tak hangit ke, tak terbakar ke, tak berlubang ke..
TAK.. asalkan api kecik elok, kalau api meranggah bukan takat hangit, terbakar siap la kot kan.. ok?”
1) Periuk kena tutup masa bakar/masak kek.
2) Tak payah letak air, kalau letak air jadi stim/kukus.
3) Boleh letak alas / tungku dapur / tudung periuk / pasir
Semoga dapat membantu
Sumber/Foto : Nur Elyani Ramli