Penggemar kek carrot atau lobak merah, bolehlah cuba buat kek bajet ini. Nak lagi sedap boleh letak topping cream cheese atas kek yang sudah siap itu.
Buat kalian yang masih mencari-cari resipi bagaimana hendak buat kek carrot, bolehlah cuba resipi ini. Resipinya mudah dibuat kerana ikut sukatan cawan sahaja.
1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 batang carrot (diparut jadikan 1 cawan)
1 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanila
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil ovalete (kalau tak letak pun boleh)
1/2 cawan minyak
Sedikit kismis atau walnut
250gm cream cheese
6 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
Baca Sini Juga:
Wanita Ini Kongsi Resipi Kek Buah Jualannya Selama 15 Tahun, Jom Buat!
Kek Batik Lembut Gebu, Seloyang Dapat 16 Potong, Boleh Buat Niaga!
1-Pukul telur, gula perang, ovalete hingga kembang.
2-Masukkan esen vanila dan carrot. Masukkan minyak.
3-Ayak tepung dan serbuk penaik dan masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit. Kacau sebati dan masukkan kismis atau walnut.
4-Lapikkan loyang dengan baking paper bawahnya dan tuangkan adunan.
5-Panaskan oven suhu 170 dan bakar selama 45-50 minit atau sehingga kek masak bergantung kepada oven masing-masing.
6-Dah siap sejukkan kek baru letak topping dan taburkan lebihan carrot, walnut tadi atau pun gula-gula manik jika suka.
7-Untuk buat topping – mixedkan (campurkan) cream cheese dengan gula hingga kembang dan masukkan esen vanila. Gaul sebati dan bolelah sapu atas kek.
Selamat mencuba!
MW: Bolehlah cuba kalau nak rasa kek carrot buatan sendiri. Tapi pastikan letak topping itu hanya apabila kek sudah disejukkan terlebih dahulu. Barulah cantik topping itu nanti.
Sumber: Hidayati Hana