Kek Batik Lembut Gebu, Seloyang Dapat 16 Potong, Boleh Buat Niaga!

Sedapnya kek batik! Lembut, gebu dan ‘melting’ dalam mulut bila dimakan. Kalau nak dibuat niaga pasti jualan laris. Order sentiasa tak pernah putus.

Kali ini kita boleh cuba resipi dan cara buat kek lapis perkongsian seorang peniaga kek batik dari Kuantan, Pahang ini.

Semenjak dia menjual kek lapis viral ini, order yang diterima tidak pernah putus. Oleh itu dia mahu berkongsi rezeki dengan berkongsi resipi kek batik viral lembut dan gebu ini.

Boleh Cuba Resipi Kek Batik Perkongsian Arnie Abdullah Ini.

“Kek batik viral yang lembut gebooosss. Memang jadikkk nih…Batik melting tobak sedakkk gaisss…bole buat niage sebab teman pun dah buat niage haaaa…Alhamdulillah tak pernah putus order lagi. Sempena jumaat yang barakah ni teman mau share resepi dengan u alls. Cara membuat pada setiap gambar.”

Bahan-bahan

125g buttercup
8 sudu besar susu pekat
5 sudu besar milo
1 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan air panas
sebiji telur
1 sudu besar esen vanilla
400g biskut meri (saya beli biskut meri di bakery je)

Baca Sini Juga:
Wanita Ini Kongsi Resipi Kek Buah Jualannya Selama 15 Tahun, Jom Buat!
Resipi Kuih Lapis Ubi Kayu 3 Warna, Masak Guna Pengukus Sahaja!

Cara Buat

Kek Batik Lembut Gebu, Seloyang Dapat 16 Potong, Boleh Buat Niaga!

1-Masukkan butter dan cairkan butter, Nak cair semua boleh, nak cair separuh terus masuk bahan lain pun boleh. (Masak guna api perlahan). Saya terus je masuk susu pekat ni sebelum butter habis cair. Lambat sangat eh nak nunggu..kiki…(Masak guna api perlahan).

2-Selepas itu masukkan milo. Nyum nyum nyum (Api masih lagi perlahan). Masukkan pula serbuk koko. Tak kisah cap apa asalkan serbuk koko yea. (Api masih perlahan tau). Selepas itu kacau-kacau.

3-Matikan api sekejap. Lepas itu masukkan sebiji telur. Terus kacau-kacau. Laju sikit kacaunya sebab nak bagi telur itu cepat sebati dan tidak berketul-ketul. (Step ini masa api tengah padam tau). Masa inilah masukkan esen vanilla terus. Selepas itu masukkan biskut meri yang dipatah dua itu. Masa step ini nyalakan balik api. Guna api biasa jangan api perlahan dah.

Kek Batik Lembut Gebu, Seloyang Dapat 16 Potong, Boleh Buat Niaga!

4-Kacau-kacau sampai sebati dan kering gituu. (Kacau-kacau sikit kemudian tunggu sekejap. Lepas itu kacau pula dengan perlahan supaya biskut meri tak hancur). Kacau sampai sebati betul dan kering. Masukkan dalam Loyang. Tolak-tolak dengan sudu dan ratakan semua.

Kek Batik Lembut Gebu, Seloyang Dapat 16 Potong, Boleh Buat Niaga!

5-Selepas itu bubuh la ganache kat atasnya. Tak nak bubuh pun tak apa. Sejukkan bawah kipas sekejap. Selepas itu masukkan ke dalam peti ais. Sejukkan dalam 3 hingga 4 jam. Keluarkan dari peti ais dan potong. Saya pakai Loyang 8 x 8. Potong dapat 16 pcs. Camni la saya packing untuk jual. Kalau nak yang sebiji pun boleh.

Kek Batik Lembut Gebu, Seloyang Dapat 16 Potong, Boleh Buat Niaga!

MW: Bolelah buat kek batik ini untuk dimakan mahu pun untuk dijual. Pasti sedap sebab ramai sudah beli kek batik ini.

Sumber: Arnie Abdullah