Kejutan sempena hari jadi ke-47, Noorkhiriah terima kejutan daripada suami. Pelakon senior yang terkenal dengan drama air mata, Noorkhiriah kini genap berusia 47 tahun. Isteri dan ibu kepada tiga orang anak itu terkejut dengan hadiah yang diberikan oleh suaminya, Azfaizul Ahtan.

Kejutan Sempena Hari Jadi ke-47

Mana tidaknya, Noorkhiriah dihadiahkan set kain kafan daripada suaminya. Namun ibu kepada tiga anak itu berlapang dada dengan hadiah yang diikat dengan reben berwarna merah.

“Saya nak pergi jalani penggambaran, sekali pandang belakang. Kain kafan hadiah hari jadi dari suami.

“Siap dengan riben. Saya terima,” tulis Noorkhiriah di hantaran Instagram miliknya.

Kejutan Sempena Hari Jadi ke-47, Noorkhiriah Terima Kejutan Dapat Set Kain Kafan Daripada Suami

Simbolik Hari Kematian

Menurut Noorkhiriah hadiah tersebut merupakan simbolik memperingati hari kematian, satu detik pasti bagi umat manusia yang hidup di dunia ini.

Ads

“Terima kasih atas hadiah ini. Makan dalam Pa. Halus permainan ini. Dahla hari ini penggambaran di kubur.

“Tahniah sebab kita semakin dekat dengan kematian,” jelas pelakon yang kini sedang hangat menerusi drama Seribu Tahun.

Semoga Diberikan Kesihatan Yang Baik –  Ucapan Hari Lahir Dari Rakan Artis & Netizen 

Kejutan Sempena Hari Jadi ke-47, Noorkhiriah Terima Kejutan Dapat Set Kain Kafan Daripada Suami Kejutan Sempena Hari Jadi ke-47, Noorkhiriah Terima Kejutan Dapat Set Kain Kafan Daripada Suami

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @khiriah17

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @khiriah17

Baca Disini : Gaji DJ Radio Cecah RM150K Sebulan, Fauziah Nawi Maklum RM5K-RM40 K Adalah Biasa

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Ads

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.

Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI