Kejutan Seminggu Sebelum Isteri Bersalin, Rezeki Dapat Kembar 3!

Share

Kehadiran anak-anak setelah sekian lama menanti pastinya memberi kebahagiaan dan penyeri dalam rumahtangga. Siapa sangka, jangkaan awal hanya memiliki kembar dua, namun kejutan seminggu sebelum bersalin, rupanya diberitahu rezeki bakal dapat kembar 3.

Selepas hampir tiga tahun menanti kehadiran cahaya mata, doa ejen hartanah, Mohamad Safwan Abd Rahim dan pasangannya, Nurul Farhana Fatin Salim akhirnya termakbul apabila dikurniakan bayi lelaki kembar tiga.

Kisah kembar tiga diberi nama Idlan, Izhan, dan Ilhan atau gelarannya ‘The Antriplets’ itu mendapat perhatian ramai selepas Mohamad Safwan, 31 memuat naik video bayinya di TikTok dengan rata-rata netizen memuji kecomelan mereka.

Periksa Tahap Kesuburan Di (LPPKN)

Bercerita lanjut, Mohamad Safwan yang menetap di Bandar Baru Uda, di sini, berkata, dia dan Nurul Farhana, 29, mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 selepas dua tahun berkenalan.

“Selepas bergelar suami isteri, kami menjalani kehidupan rumah tangga seperti biasa, sama seperti pasangan lain.

“Setiap pasangan tentu mahukan anak tetapi kami tidak tertekan malah sering luangkan masa bersama termasuk pergi bercuti kerana percaya dengan rezeki yang sudah ditetapkan, cuma cepat atau lambat saja.

“Masuk tahun kedua perkahwinan, sudah ada orang sekeliling bertanya soal zuriat tetapi kami tidak kecil hati kerana anggap pertanyaan itu perkara biasa. Lagipun, kami tidak hanya berdiam sebaliknya ada berikhtiar termasuk ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi memeriksa tahap kesuburan,” katanya.

Mohamad Safwan berkata, hasil pemeriksaan dilakukan, doktor mengesyorkannya dan pasangan mengambil ubat, mengubah cara pemakanan dan tabiat gaya hidup.

“Saya juga cuba dengar nasibat doktor untuk berhenti merokok walaupun hakikatnya seorang perokok tegar. Usaha itu membuahkan hasil kerana tiga bulan kemudian, isteri disahkan hamil.

Kejutan Seminggu Sebelum Bersalin

“Awalnya, hanya ada dua janin dikenal pasti dalam kandungan isteri namun ada keajaiban berlaku kerana seminggu sebelum isteri bersalin iaitu ketika pemeriksaan terakhir, doktor dapati ada lagi satu janin.

“Ia satu kejutan juga kerana saya dan isteri sudah buat persiapan beli pakaian serta kelengkapan untuk kembar dua.

“Alhamdulilah, mereka dilahirkan sihat walaupun secara pra matang iaitu pada usia kandungan isteri tujuh bulan. Disebabkan itu, Idlan dan Izhan ditempatkan 82 hari di unit rawatan intensif neonatal (NICU) manakala Ilhan selama 62 hari,”

katanya yang turut menjalankan perniagaan pakaian terpakai di Pandan Uptown, Pasar Borong Pandan, di sini.

Kembar Tiga Penyeri Rumahtangga

Menurutnya, dia dan menganggap kehadiran kembar tiga mereka sebagai penyeri selepas hampir tiga tahun rumah mereka ‘sepi’.

“Bukan hanya kami malah saya percaya ramai lagi pasangan di luar sana menginginkan zuriat malah ada yang lebih lama berumah tangga tetapi belum ada rezeki.

“Saya harap pasangan lain tidak berputus asa dan terus berusaha termasuk ke LPPKN, dapatkan rawatan perubatan dengan pakar, terus berdoa kepada Allah serta bersangka baik dengan-Nya,” katanya.

Baca Lagi Di Sini:
Suami Isteri Namakan Kesemua 11 Anak Hanya Guna Abjad A, E, L & X

Bayi KEMBAR 9 Pecah Rekod Dunia Semakin Sihat, Siap Sedia Pulang Ke Rumah!

Rezeki Wanita Lahirkan KEMBAR 3 Lelaki, Bersalin Secara NORMAL

Lahir Sewaktu Perintah Berkurung, Bayi Kembar Diberi Nama ‘Corona’ Dan ‘Covid’!

Mingguan Wanita : Alhamdulillah, rezeki sungguh dapat anak kembar. Malah tak disangka-sangka dapat kembar 3 hanya seminggu sebelum bersalin. Semoga bayi-bayi yang dilahirkan ini membesar dengan sihat.

Sumber: Hmetro

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:

Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 019632875

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwan

Published by
Suhaidah Abd Wahab