Selama 14 tahun bergelar pendidik pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui. Namun itu semua bukanlah satu halangan untuk Noor Asmaa’ Hussein, terus mengajar anak bangsa. Pensyarah dari Politeknik Kota Bharu (PKB) Kota Bharu Kelantan ini mengajar sejak tahun 2007 di PKB dan sebelum ini berkhidmat di Politeknik Kulim, Kedah selama dua tahun.
Banyak pengalaman manis sepanjang bergelar pendidik diperolehi sewaktu mengajar di dua buah politeknik.
“Bagi pengalaman pahit, saya tak ada sangat cuma kadang-kadang terpaksa berdepan dengan karenah dan sikap pelajar yang pelbagai ragam. Pada saya menangani isu ini adalah perkara biasa dan ianya sudahpun sebati dalam hidup seorang yang bergelar pendidik.
“Apa yang penting kita hendaklah menganggap para pelajar yang dalam usia remaja sebagai rakan karib kita. Sebarang permasalahan dan karenah mereka hendaklah ditangani dengan lebih profesional dan bersesuaian dengan tujuan untuk mendidik tanpa mereka merasa tersisih atau jauh hati.
“Dalam bidang pendidikan, pendidik yang komited dan pelajar yang memberi fokus dan tumpuan sepenuh hati dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sudah tentu menghasilkan objektif yang maksimum. Seorang pendidik hendaklah sentiasa bersungguh untuk mencurahkan segala ilmu dan kemahiran yang ada. Kejujuran dan kesetiaan adalah dua sifat mulus seorang pendidik saat berhadapan dengan para pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan,” ujar Noor Asmaa’ yang begitu peramah.
Tenaga pengajar ini juga turut memaklumkan antara pengalaman manis sepanjang bergelar pendidik apabila beliau dan rakan-rakan mencipta inovasi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
“Saya dan rakan dapat mencipta inovasi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di mana objektif kepada inovasi tersebut adalah untuk membantu para pelajar supaya lebih berminat dengan matapelajaran Bahasa Inggeris. Inovasi yang kami cipta adalah berpusatkan pelajar dan mengambil kira minat dan keperluan mereka.
“Apa yang membuatkan kami makin teruja untuk lebih komited dan bersemangat adalah dua inovasi yang kami cipta telah memenangi anugerah emas, satunya diperingkat politeknik dan satu lagi di peringkat negeri Kelantan. Saya dan kumpulan juga pernah mendapat jemputan dari Kerajaan Negeri untuk membuat pameran inovasi kami di Karnival Sains dan Teknologi Kelantan 1.0 pada tahun 2016.
“Selain itu saya dan kumpulan pelajar di bawah seliaan saya pernah memenangi dua pertandingan Drama dan Choral Reading dalam Bahasa Inggeris di peringkat Politeknik Kota Bharu. Menjadi mentor dan pembimbing kepada para pelajar dalam pertandingan sebegitu telah memberi pengalaman yang paling berharga buat diri ini. Bakat dan kebolehan para pelajar telah dapat dicungkil melalui penyertaan mereka di dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan,” ungkap guru yang mengambil jurusan Ilmu Wahyu (Usul a-Din dan Perbandingan Agama) di Universiti Islam Antarabangsa dan menyambung pengajian di peringkat diploma di Maktab Perguruan Kota Bharu bagi jurusan TESL (KPLI).
Menyentuh tentang cabaran dalam mendidik anak bangsa, sememangnya sesuatu yang sangat sukar.
“Para pendidik perlu lebih kreatif dan sering melakukan inovasi dalam penyampaian ilmu. Reaksi positif seorang pendidik untuk sentiasa komited dalam mendidik anak bangsa biarpun pelbagai cabaran melanda adalah bukti kemuliaan profesion ini sekali gus memartabatkan lagi keprofesionalan kerjaya sebagai seorang pendidik,” sambungnya yang seronok dapat menyumbangkan idea dan tenaga dalam mendidik anak bangsa bagi melahirkan graduan TVET yang lebih holistic dan berketerampilan.
Mempunyai hubungan rapat dengan pelajar wanita ini tidak mempunyai masalah dalam mendapatkan sokongan dan bantuan pelajar dalam apa-apa tugas atau program yang dianjurkan.
“Saya sering mendapat ucapan selamat hari guru dari bekas pelajar yang masih mengingati diri ini. Saya merasa sangat berbangga dengan pencapaian mereka sehingga ada yang berjaya meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Kami sering bertanya khabar melalui media sosial. Pada saya bukan nilaian hadiah yang kita lihat tapi tanda ingatan itu yang lebih penting,” ungkap Noor Asmaa’ yang turut mendapat sokongan dari suami dan seluruh ahli keluarga.
Baca Disini Juga:
‘Perginya Si Ibu Disaat PdPR..’ Guru Sebak Kenang Dedikasi Arwah
Nur Eliyani Mahu Jadi Pendidik Bantu Bentuk Generasi Cemerlang
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Klik ini untuk mendaftar: https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com