Kasih sayang ibu dan ayah sememangnya tidak ada galang gantinya. Sentiasa menghormati dan menurut kata mereka merupakan perkara wajib buat seorang anak termasuklah pelakon dan pengacara Zoey Rahman.
Berada dalam bidang seni dan kemudian berjaya dalam bidang perniagaan, ibu dan ayahlah orang paling utama diberikan penghargargaan. Malah segala usaha keras yang dilakukan dan limpahan rezeki yang diterima merupakan dari dorongan kedua ibu bapanya iaitu, Azizah Ibrahim, 63, dan Abd. Rahman Ngah, 77.
Tanggungjawab Ketua Keluarga Didik ADAB, Pastikan Anak Tahu HORMAT Ibu Sendiri
Justeru sebagai tanda penghargaan, Zoey menghadiahkan sebuah unit kondominium di Cheras, Kuala Lumpur berharga RM500,000 buat ibu bapanya.
“Alhamdulillah berkat doa mak ayah, saya dah sampai ke tahap ini dan berjaya dalam bidang perniagaan dan seni. Ini hadiah paling besar yang pernah saya berikan buat ibu dan ayah saya.
“Saya memang berniat nak balas jasa dan beri penghargaan buat kedua ibu bapa yang selama ini sentiasa menyokong saya. Ibu dan ayah sentiasa bagi kata-kata semangat untuk saya.
“Hadiah ini adalah bagi membalas jasa ibu bapa yang selama ini sentiasa memberi semangat dan menjadi pendengar setia apabila saya berdepan masalah. Mereka sering mengingatkan agar menjaga solat,” ujar Zoey ketika ditemubual di majlis pelancaran produk MikaSeries baru-baru ini.
Buahkan Hasil
Usaha keras anak kelahiran Terengganu ini bagi memajukan perniagaan produk kosmetik serta penjagaan kulit miliknya membuahkan hasil.
“MikaSeries mula diwujudkan pada tahun 2016. Asalnya nama Mika diilhamkan dari Malaikat Mikail, malaikat yang ditugaskan memberikan rezeki kepada semua makhluk. Bermula dengan tiga orang, iaitu saya bersama dua orang lagi rakan,” sambungnya.
Tidak merasa bimbang kerana kewujudannya sebagai pemilik MikaSeries tidak diketahui ramai, Zoey ada pendapatnya tersendiri.
“Sebagai pengusaha produk, saya akui ramai yang tak tahu saya merupakan pemilik MikaSeries tapi saya lebih senang dengan cara pemasaran begini.
“Saya mahu produk lebih ditonjolkan daripada diri saya yang ke hadapan, kalau kita lihat produk antarabangsa, kita pun tak tahu siapa pemiliknya. Itu yang cuba saya terapkan pada MikaSeries,” jelasnya yang akan menjayakan drama bersiri Black musim kedua.
Foto/Sumber: Terima Kasih Sam Samin
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Definisi Bahagia BERBEZA, Ada WANITA Sanggup Lepaskan SEGALANYA Kerana Komitmen, UJIAN
Definisi Bahagia Berbeza
Pilih Jalan Bahagia Kerana Ujian, Komitmen
Setiap Orang Berhak Bahagia
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teacher Mok Cun Terang Kenapa Kaedah Fonik Gabung Bunyi, Lebih Cepat Dan Mudah Ajar Anak Tabika Membaca
Kalau mak ayah masih ingat tahun lalu telatah Teacher Mok Cun ini begitu mencuit hati netizen. Dalam kelas tabika Teacher Mok Cun ajar anak-anak muridnya membaca. Dengan gaya watak Mok Cun yang dipopularkan oleh sutradara & pelakon, Erma Fatima itu. Bezanya Mok Cun yang mengajar ini adalah guru tabika KEMAS yang mengajar murid-muridnya dengan pemakaian malah loghat Kedah seakan Mok Cun.
Kata Teacher Mok Cun atau nama sebenarnya, Masturah A. Latib, 34 watak yang dipilih itu bersebab. “Watak Mok Cun ini dah dikenali tak kira usia.”
“Tujuannya pun nak dapatkan perhatian anak-anak didik saya. Saya mahu buktikan guru tabika yang tak fasih berbahasa Inggeris seperti saya juga mampu mengajar anak didik membaca bahasa Inggeris. Walaupun pdpc yang berjalan tidak menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.”
“Watak Mok Cun dan loghat Kedah yang digunakan mampu menutup kelemahan saya di situ. Mungkin sesetengah pihak tak sependapat tentang loghat bahasa yang digunakan, Dan kenapa ajar BI tapi cakap Melayu?
“Pada saya, itu hanyalah satu pendekatan dan usaha nak memastikan objektif pdpc pada sesi itu tercapai. Tak guna juga kalau cakap oghang putih berhabuk tapi anak murid blur. Satu habuk pun tak faham. Objektif tak tercapai, Pdpc pun tak bermakna.”
Kaedah Fonik Gabung Bunyi Ajar Anak Membaca Ikut Fitrah
Selepas 8 tahun berkhidmat sebagai Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS (Guru KEMAS), kini Mastura mempunyai pusat membaca phonicsmart mahicphonics di Johor Bahru.
Akuinya kaedah fonik gabung bunyi (syntetic phonics) digunakan untuk mengajar anak-anak tabika membaca bukan saja bahasa Inggeris malah bahasa Melayu.
“Kaedah fonik gabung bunyi menekankan konsep belajar berdasarkan bunyi dalam bahasa pertuturan dan membaca dengan cara menggabung-gabung bunyi untuk membaca. Ia sangat mudah, cepat logik dan mengikut fitrah.
“Kaedah ini semakin dibuktikan dengan hasil kajian secara saintifik yang membuktikan otak membaca dengan cara menggabung bunyi. Pendekatan mengajar dengan kaedah ini digunakan sejak 1996 iaitu siri cepat membaca Bacalah Anakku yang sistematik dan guru yang dedikasi adalah ramuan yang paling baik mencapai objektif sifar buta huruf di Malaysia.”
Kalau mak ayah nak tahu Teacher Mok Cun ini mendapat pendidikan tertinggi di Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan, Besut Terengganu. Dan mempunyai Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Kenapa Kaedah Fonik Gabung Bunyi Berjaya
Hasil penggunaan kaedah fonik semenjak 1996 sehinga sekarang, keberkesanan fonik semakin ketara. Kaedah ini telah banyak membantu kanak-kanak membaca seawal usia 3-4 tahun membaca dalam masa 3 hingga 4 bulan, membantu kanak-kanak prasekolah berusia 5-6 tahun membaca dalam masa 3 bulan, dan kanak-kanak pemulihan membaca dalam masa 2 bulan sahaja.
Cepat
- Kaedah ini membantu kanak-kanak cepat membaca kerana hanya 28 – 30 sahaja bunyi dan simbol yang perlu dikuasai. Oleh itu masa yang diperlukan untuk menguasai bunyi dan simbolnya adalah pendek.
Mudah
- Kaedah menggabung bunyi adalah natural, automatik dan logik dan asas kepada cara kanak-kanak berbahasa dan sesuai dengan cara otak membaca yang dibuktikan secara saintifik. Dengan cara ini kanak-kanak boleh menggabung bunyi secara bersahaja.
Lancar
- Dengan menggabung bunyi, setiap bunyi boleh digabungkan secara berturutan tanpa perlu dipecahkan kepada suku kata, suku kata tertutup atau seterusnya. Hanya dengan menggabung-gabung bunyi , perkataan yang panjang pun dapat dibaca dengan lancar.
Senang Membaca Dalam Bahasa Inggeris
- Sebenarnya kaedah yang sama juga boleh digunakan untuk menggabung bunyi-bunyi yang ada dalam perkataan Inggeris kerana perkataan Inggeris juga terbina daripada bunyi-bunyi. Hanya dengan mempelajari bunyi-bunyi sebutan dalam bahasa Inggeris, kanak-kanak dengan mudah menggunakan kemahiran gabung bunyi mereka untuk perkataan membaca bahasa Inggeris.
Beberapa faktor berikut adalah kunci kepada kejayaan mengajar membaca.
1. Kaedah yang betul dan sesuai dengan kanak-kanak dan menepati fitrah – fonik gabung-bunyi
2. Teknik mengajar yang betul untuk menguasai bunyi dan mengenalpasti huruf – teknik Bacalah Anakku
3. Teks bacaan yang sistematik, terancang dan berperingkat untuk melancarkan bacaan – Bacalah Anakku
4. Suasana belajar sambil bermain – secara kreatif untuk membina kemahiran dan fokus
5. Guru-guru yang terlatih, dedikasi dan penyayang bagi membina keyakinan diri
Penangan Mok Cun Dan Uncle Muthu
“Tak semua orang boleh menerima kaedah fonik pada permulaannya walaupun kaedah fonik ini telah lama bertapak dalam dunia pendidikan, lebih 20 tahun.
“Masih ramai yang tegar dengan ABC, dan menyebabkan kaedah fonik (bunyi) ini tidak dapat di terima pada permulaannya. Namun alhamdulillah, teacher mendapat sokongan daripada ibu bapa 100% pada ketika itu.
“Mereka bersama-sama dengan teacher untuk memastikan kaedah ini berjaya menjadikan anak-anak mereka mampu membaca dengan baik, malah berjaya menjadi ‘independent reader’ .
“Semenjak itu, fonik mula di terima dan dengan kehadiran Mok Cun dan Uncle Muthu, fonik mula di terima dan mereka mula yakin dengan keberkesanan kaedah fonik itu sendiri. Mok Cun dan Uncle Muthu hanya menyambung perjuangan penulis dan pengasas kaedah fonik dan buku Bacalah Anakku serta read easy yang telah berjuang lebih 20 tahun.”
“Alhamdulillah, kini fonik gabung bunyi bukan sahaja membuka mata guru, malah ibu bapa juga. Kaedah ini menjadi pilihan utama guru-guru tadika dan ibu bapa untuk mengajar anak-anak mereka membaca.”
Sumber/Foto/Video : Mastura A. Latib
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hal “Tersembunyi” Yang Ejen Mungkin Tak Beritahu Bila Melabur Di Unit Trust, Semuanya Janji Pulangan Tinggi
Hal “Tersembunyi” Yang Ejen Mungkin Tak Kongsi Bila Melabur Di Unit Trust
Semuanya Janji Pulangan Tinggi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI