Kejamnya, Gara-Gara Beli Kucing Tanpa Izin, Suami Cederakan Isteri Hingga Parah

Share

Kejamnya, Gara-gara beli kucing tanpa izin. Allahu hanya kerana membeli seekor kucing, seorang isteri cedera parah dek kerana ditetak oleh suaminya sendiri.

Bagai tidak disangka suami sendiri sanggup menetak isterinya dengan parang sebanyak 16 kali gara-gara jual beli seekor kucing tanpa izin.

Kejamnya, Gara-Gara Beli Kucing Tanpa Izin Suami

Kejadian tersebut berlaku di daerah Baayah, Lebak di Wilayah Banten di Indonesia.

Seperti mana yang petik menerusi Kompas.com, menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lebak, Iptu Andi Kurniady berkata, suspek berusia 55 tahun pada awalnya mendapati isterinya berusia 37 tahun melakukan satu transaksi membabitkan seekor kucing.

Difahamkan juga, suspek berulang kali melarang isterinya untuk tidak melakukan jual beli kucing.

Baca Disini : Dakwa Pertahankan Diri, Isteri Ketiga Cederakan Madu, Isteri Keempat Guna Parang!

Tetak Isteri Guna Parang

Namun mangsa tetap berkeras dan memarahi suaminya kembali hingga mencetuskan pergaduhan.

“Si suami kemudian menetak isterinya beberapa kali menggunakan parang,” kata Andi.

Dalam keadaan parah, mangsa kemudian berlari menyelamatkan diri ke kawasan kejiranan.

“Mangsa mengalami kesan luka di kepala, punggung hingga tangan,” sambung Andi.

Jari telunjuk dan ibu jari mangsa turut putus dalam kejadian itu.

Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh penduduk.

Suspek kemudian melarikan namun berjaya ditangkap dan dibawa kepada polis.

Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian. Sementara itu, mangsa dibawa ke hospital dan dalam keadaan tidak sedarkan diri

Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut haram dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya.

Menarik Disini : Kenapa Isteri Sanggup Bertahan Walau Jadi Mangsa Deraan Emosi Dan Fizikal?

Sumber  : Kompas 

Sumber Foto : CANVA

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!

Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.

 

Published by
Norhayati Suboh