Kehilangan Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, anggota bomba yang cedera parah selepas serangan insiden rusuhan kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya bukan sekadar perlu ditangisi.
Pemergiannya itu perlu dibela dengan proses undang-undang yang adil. Itulah antara pesan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam laman instagramnya.
Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Saya teramat hiba mendengar pemergian sdr Muhammad Adib. Beliau merupakan seorang wira.
Takziah diucapkan buat keluarga termasuk tunang beliau, sahabat handai dan seluruh warga Bomba.
Saya mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.
Adalah penting buat masa ini untuk seluruh warga Malaysia bersatu hati mengecam perbuatan jenayah ini.
Kita harus ingat bahawa ini bukan isu agama mahupun soal perkauman, akan tetapi ini merupakan perbuatan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah yang tidak berperikemanusian.
Pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia agar tetap tenang dan tidak bertindak mengikut emosi.
Seluruh rakyat Malaysia berkabung kerana jenayah kejam ini tetapi biarlah proses undang-undang berjalan dengan lancar
Keadilan pasti terbela.
Sumber/Foto : Dr Wan Azizah Wan Ismail